Bilangan Pengunjung:

Sunday, August 29, 2010

Merdeka Kali Ini....


Merdeka Kali Ini....
Oleh: yieMEGA

SENGAJA penulis memilih tajuk artikel terbaru penulis pada kali ini dengan tajuk "Merdeka kali ini..." ini adalah bersesuaian cuma tinggal kurang daripada dua hari lagi negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan. Jadi adalah sebaiknya kita berbicara mengenai kemerdekaan negara kita.

Istimewa merdeka pada tahun ini ialah ianya disambut semasa umat Islam berada di bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, bulan yang lebih baik daripada seribu bulan. Ini menjadikan sambutan kemerdekaan tahun ini lebih istimewa.

Merdeka kali ini, kalau kita lihat macam-macam perkara ataupun isu yang terjadi. Macam-macam isu lah juga. Dari Isu Buang Bayi, terus ke isu Doa untuk bukan Islam semasa Khutbah Jumaat. Isu Video Namewee, dan yang terbaru isu bukan muslim masuk masjid.

Dengan timbulnya isu-isu seperti dinyatakan di atas, kadang terfikir juga penulis adakah benar kita masih merdeka! atau kita sebenarnya telah dijajah kembali? cuba kita lihat sejak akhir-akhir ini dasar devide and rules seolah-olah telah kembali ke bumi Malaysia ini cuma bezanya kali ini umat Islam yang dipecahkan kepada beberapa puak, dan yang rules adalah orang bukan Islam, kalau tidak percaya cuba hayati betul-betul beberapa isu yang timbul sejak kebelakangan ini. Kita bergaduh sesama Islam tetapi yang bukan Islam tepuk tangan melihat sesama Umat Islam bergaduh.

Merdeka kali ini juga kita dapat melihat tiada satu apa pun yang dibuat dan boleh dibanggakan dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yakni Khairy Jamaluddin. Setakat ini apa yang penulis lihat beliau lebih banyak mencari salah orang lain, Perkasa juga telah menjadi sasaran Khairy Jamaluddin.

Jika dahulu suara seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia kita boleh dengar dengan berdegar-degar, tapi sejak dua menjak ini, kenyataan Ketua Pemuda pun berbaur pondan. Inilah salah satu punca kenapa Pemuda UMNO menjadi lemah.

Penulis percaya sememangnya Khairy Jamaluddin tidak layak untuk memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, malah beliau lebih layak menjadi Ketua Wanita UMNO kot. Paling membuat penulis kurang senang dengan KJ ini ialah apabila kenyataan beliau mengenai PERKASA.

Penulis percaya kenyataan itu dibuat kerana ada kaitan dengan kisah silam beliau dengan Presiden Perkasa. Sebab itulah dia tak henti-henti menyerang Perkasa. Sepatutnya sebagai Ketua Pemuda UMNO beliau tidak boleh mencampur adukan hal peribadi dengan hal parti.

Penulis nasihatkan agar KJ segera berhenti daripada terus memalukan UMNO dengan kenyataan-kenyataan yang langsung tidak melambangkan beliau sebagai seorang ketua.

Izinkan penulis menyentuh mengenai isu Nik Aziz Restu Kafir Kencing dalam masjid. Terlebih dahulu penulis hendak ingatkan di sini, penulis tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam isu ini kerana isu ini berlaku kerana ada kesilapan komunikasi atau miss communications. Apabila berlaku kesilapan komunikasi mesej sebenar komunikasi tersebut gagal diakses oleh penerima ini akan membuatkan berlaku salah faham seperti ini.

Mungkin orang Kelantan faham dengan mesej yang cuba diberikan oleh Nik Aziz ini, memandangkan Nik Aziz menggunakan cara berkomunikasi orang Kelantan. Sebagai contoh sekiranya seseorang itu mahu pergi Kencing di tandas masjid dia akan berkata "Nak gi kencing mejid meta" atau "nak pergi kencing di Masjid sebentar". Mungkin kerana kurang faham tentang ini maka berlakulah kesilapan terjemahan mesej komunikasi dan akibatnya berlakulah salah faham seperti ini.

Jadi sebenarnya apa yang dikatakan oleh Nik Aziz itu (kencing dalam masjid) bukan bermakna kencing di dalam Masjid tetapi kencing di dalam tandas masjid. Penulis mohon maaf sekiranya ada yang tidak puas hati dengan penulis kerana menyebelahi beliau, tetapi sebenarnya penulis tidak menyebelahi beliau, apa yang penulis lakukan ialah yang benar di kata benar, yang salah dikata salah. Harap pembaca memahaminya.

Mungkinkah Merdeka kali ini yang terakhir buat kita? ataupun kita terus merdeka untuk selama-lamanya. Ingatlah kita hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang tetapi tuhan jua yang menentukanya.
Enhanced by Zemanta

No comments:

Blog Widget by LinkWithin