Bilangan Pengunjung:

Tuesday, August 31, 2010

Perutusan Hari Kemerdekaan Ke 53 Perdana Menteri


Perutusan Hari Kemerdekaan Ke 53 Perdana Menteri
Oleh: yieMEGA

1 Malaysia Menjana Transformasi menjadi tema hari kebangsaan negara kita pada kali ini. Perdana Menteri kita semua Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat Perutusan Hari Kemerdekaan yang ke 53, perutusan tersebut bertajuk "1Malaysia Menjana Transformasi".

Bersesuaian dengan hari ini 31 Ogos 2010, tepat pukul 12:00 tengah malam tadi kita telah menyambut kemerdekaan negara kita yang ke 53. Begitu pantas masa berlalu, pejam-celik, pejam-celik sudah 53 kali kita menyambut kemerdekaan kita.

Berbalik kita kepada perutusan kemerdekaan Perdana Menteri, banyak juga pesanan-pesanan dan mesej yang cuba disampaikan PM melalui perutusan tersebut. Marilah sama-sama kita menelitinya dengan penuh keprihatinan.

2. Dalam tempoh lebih lima dekad kemerdekaan, kita dapat menyaksikan pelbagai perubahan yang telah dialami tanah air tercinta. Dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, Malaysia telah tumbuh berkembang menjadi sebuah negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi.

Alhamdulillah dalam tempoh lima dekad kemerdekaan negara kita, kita berjaya menyaksikan pelbagai perubahan demi perubahan, antaranya ialah perubahan dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Syukur ke hadrat Ilahi.

3. Sesungguhnya, perubahan ini tidak datang bergolek atau ibarat bulan jatuh ke riba. Sebaliknya, kejayaan yang dinikmati adalah hasil iltizam, perancangan dan kerja keras kerajaan bersama rakyat dengan berpegang kepada falsafah untuk sentiasa berada di hadapan keluk perubahan dan pembaharuan. Ia juga manifestasi keberanian dan kesanggupan kerajaan serta rakyat untuk meneroka jalan dengan langkah yang progresif.

Sememangnya perubahan ini tidak akan datang dengan sendirinya, ini bukanya sepertimana cerita-cerita dongeng yang pernah kita tonto sebeulum ini. Usaha kita bersama mendaki tangga kejayaan sehingga negara kita semakin hari semakin terserlah keupayaanya. Hasilnya dapatlah kita menikmati nikmat kemerdekaan ini selama ini bermula 31 Ogos 1957 sehinggalah sekarang 31 Ogos 2010.

6. Justeru, cabaran sebenar kita hari ini adalah untuk mentransformasikan Malaysia supaya menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Ke arah itu, kita telah pun memasakkan asas-asas yang kukuh dalam bentuk pelan transformasi kerajaan atau GTP dan pelan transformasi ekonomi yakni ETP sebagai pelan hala tuju yang jelas ke arah matlamat mulia tersebut.

Marilah bersama-sama kita terus mendaki tangga kejayaan, marilah kita berpadu dan bersatu dalam menjayakan visi transformasi kerajaan yang dibawa oleh PM ini. Tingkatkan usaha, tingkatkan perpaduan dan seterusnya gapailah awan kejayaan.

8. Lalu, sudah tiba masa kita memanfaatkan sepenuhnya bakat-bakat tempatan yang ada. Alangkah ruginya negara jika bakat-bakat yang kita latih dengan segala susah payah berhijrah bagi mencari padang yang lebih subur hanya dek kegagalan kita mengadakan persekitaran terbaik untuk mereka menyumbang. Ini kerana fenomena globalisasi bukan sahaja menyaksikan pengaliran mudah modal dan teknologi merentas sempadan tetapi juga ia melibatkan pengaliran bebas modal insan.

Penulis sememangnya bersetuju dengan perutusan bernombor lapan ini. Sedar atau tidak betapa ruginya negara kita ini apabila ramai cendekiawan-cendekiawan tempatan berhijrah ke luar negara, disaat negara memang memerlukan khidmat-khidmat dari mereka. Kesempatan ini juga penulis ingin menyarankan kepada kerajaan, ramai graduan-graduan kita di luar sana yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing masih belum dapat memberikan khidmat kepada kerajaan kerana sepertinya kerajaan tidak berminat dengan bakat-bakat baru ini, penulis juga menyeru agar umur bersara kakitangan awam dikembalikan kepada 55 tahun sepertimana baru-baru ini, berilah peluang kepada bakat-bakat baru untuk berkhidmat di dalam sektor kerajaan.

15. Akhir kata, demi masa depan anak-anak kita, kelangsungan Malaysia mesti dipertahankan. Janganlah yang elok menjadi retak, Janganlah yang bersambung menjadi putus. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat. Merdeka, Merdeka, Merdeka.

Ya benar demi masa depan anak-anak kita kelangsungan Malaysia mesti dipertahankan, kemerdekaan negara kita juga harus dipertahankan, marilah sama-sama kita bersatu agar yang bersambung tidak akan menjadi putus, moga kita semua mendapat rahmat dari Allah tuhan seru sekian alam.


Enhanced by Zemanta

No comments:

Blog Widget by LinkWithin