Bilangan Pengunjung:

Wednesday, September 1, 2010

Jalur Gemilang Dibakar dan Dipijak Lagi...


Jalur Gemilang Dibakar dan Dipijak Lagi...
Oleh: yieMEGA

JALUR GEMILANG itulah nama bagi bendera atau panji yang menjadi maruah negara kita yang kita sayangi yakni Malaysia. Sayang kita kepada bendera begitulah sayang kita kepada tanah air kita, bendera mewakili negara kita dan kita adalah rakyat kepada negara ini.

Penulis akui dengan kejadian terbaru yang berlaku di Indonesia benar-benar membuat penulis merasa sebak bercampur dengan marah. Penulis merasakan had kesabaran penulis sudah sampai ke penghujungnya. Penulis juga percaya yang ramai daripada rakyat Malaysia yang bersependapat dengan penulis.

Apabila berkali-kali Jalur Gemilang dibakar dan dipijak-pijak, penulis merasakan perbuatan itu tidak boleh dimaafkan lagi. Sampai bila kita mesti berlembut dengan mereka sedangkan mereka selalu berkeras dan juga iri hati dengan kita.

Memang kita dengan mereka adalah serumpun, namun apa gunanya serumpun kalau mereka tidak habis-habis hendak menjatuhkan maruah kita dan negara kita. Mereka tidak sedar di bumi Malaysia inilah tempat sahabat handai mereka mencari rezeki demi sesuap nasi kerana kehaprakkan pemimpin negara mereka sendiri yang tidak mampu memberi rezeki yang begitu melimpah biarpun negara mereka mempunyai kepadatan penduduk yang amat tinggi berbanding negara kita.

Tindakan Kerajaan negara kita yang memberikan peluang pekerjaan kepada sahabat handai mereka boleh diibaratkan sebagai seperti melepaskan anjing yang tersepit. Nah lihatlah sahaja betapa ramainya anjing-anjing yang membuat demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Indonesia.

Penulis merasakah sudah tiba masanya untuk Kerajaan bertindak tegas dengan mengharamkan terus pekerja-pekerja dari Indonesia untuk bekerja di Malaysia dan menghantar pulang kesemua pekerja-pekerja Indonesia yang bekerja di Malaysia pulang ke negara asal mereka.

Warga Indonesia juga hendaklah disenarai hitamkan di Malaysia dan selepas ini jangan lagi memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk mencari rezeki di negara kita ini. Banyak lagi pekerja-pekerja negara lain yang lebih memerlukan pekerjaan.

Kerajaan Juga diseru menarik balik semua permit-permit import barang-barang yang berasal dari Indonesia dan menghentikan kerjasama ekonomi dengan Indonesia mungkin inilah langkah terbaik untuk mendidik mereka.

Sampai bila kita sekadar hanya menyaksikan Jalur Gemilang dibakar tanpa membuat apa-apa. Tidakkah ini menampakkan kita rela Jalur Gemilang diperlakukan sebegitu rupa. Sudah tiba masanya orang yang tak sedar untung diberi pengajaran secukupnya, biar mereka benar-benar insaf dengan apa yang mereka lakukan.
Enhanced by Zemanta

1 comment:

Anonymous said...

Ass...salam kenal saya masyarakat indonesia sedih melihat malaysia-indonesia penuh kebencian antar sesama. Sama2 merasa benar dan sombong. Kita umat2 rasulullah harusnya malu tidak bisa mendahulukan musyawarah,perdamaian dan kerendahan hati. Jangan sampai negara islam satu-satu hancur kemudian negara yahudi n nasrani akan berjaya dan mengambil alih negara2 kita yg kita cintai ini. Waspadalah jgn2 indonesia-malaysia sedang di adu domba oleh negara2 yahudi sehingga seperti d timur tengah dimana negara islam satu demi satu di hancurkan. Wass...

Blog Widget by LinkWithin