Bilangan Pengunjung:

Tuesday, September 14, 2010

Hilangnya Seorang Jutawan Melayu!



Hilangnya Seorang Jutawan Melayu!
Oleh: yieMEGA

DI AIDILFITRI ini kita kehilangan seorang lagi Jutawan Melayu yang pergi menyambut seruan Ilahi selepas beliau dibunuh dengan kejam oleh orang yang berjiwa binatang. Kehilangan salah seorang jutawan Melayu ini merupakan satu kehilangan yang besar buat industri perniagaan Melayu di tanah air kita.

Kematian menyayat hati Datuk Sosilawati Lowiya telah benar-benar mengguriskan hati kita, apa lagi dia seorang yang berbangsa Melayu yang juga bergelar Jutawan. Dalam sasaran 30% penguasaan ekonomi oleh orang Melayu masih belum tercapai alih-alih statistik sedia ada pula berkurangan seorang.

Bagi penulis, pemergian Datuk Sosilawati Lawiya merupakan satu kehilangan besar di dalam industri perniagaan negara terutamanya dalam bidang kosmetik. Begitulah adat dunia kita bukan selalu berada di atas, akhir sekali kita berada dibawah jua.

Dalam kesempatan ini penulis ingin bersama-sama dengan pembaca untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah tuhan seru sekian alam. Al-Fatihah...

Penulis juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan kepada kerajaan agar segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kes kematian Datuk Sosilawati Lawiya.

Penulis juga berharap agar mereka-mereka yang terlibat di dalam pembunuhan kejam ini dikenakan hukuman yang setimpal kerana sebab mereka kita kehilangan permata berharga dunia perniagaan kita.

Dalam masa yang sama, penulis ingin menggesa semua peniaga-peniaga Melayu tempatan supaya berusaha dengan lebih gigih lagi untuk kita menjadi jutawan. Peristiwa yang berlaku terhadap Datuk Sosilawati ini semoga akan memberi petunjuk berguna kepada jutawan-jutawan Melayu lain agar mereka lebih berhati-hati didalam berurusniaga.
Enhanced by Zemanta

No comments:

Blog Widget by LinkWithin