Bilangan Pengunjung:

Saturday, September 25, 2010

RM 4B untuk Pas Kelantan: Siapa Kencing Siapa?


RM 4B untuk Pas Kelantan: Siapa Kencing Siapa?
Oleh: yieMEGA

RM 4 Billion untuk Pas kelantan: siapa kencing siapa menjadi tajuk pilihan penulis pada kali ini ekoran daripada isu yang sedang hangat diperkatakan kini. Malah isu ini juga turut menjadi perdebatan hangat di kalangan rakan-rakan blogawan.

Malah Kerajaan Negeri Kelantan pun telah mengambil tindakan drastik dengan mengharamkan syarikat yang ingin mendermakan RM4 Billion kepada PAS Kelantan itu dengan menyenarai hitamkan syarikat I'Da World Sdn Bhd. Penulis sendiri hairan apakah rasionalnya tindakan Kerajaan Negeri Kelantan itu.

Penulis sendiri tak sangka, syarikat sendirian berhad mempunyai dana sebanyak itu. Kalau syarikah Berhad tu boleh juga penulis percaya. Walau apa pun penulis sendiri pun kurang percaya dengan penafian Kerajaan Negeri Kelantan berkenaan dengan pemberian projek kepada syarikat tersebut.

Seperti biasa, PAS sekali lagi cuba mengaitkan pertikaian mereka dengan syarikat terbabit dengan UMNO, kerja mereka memang mudah, kalau apa-apa yang buruk berlaku mereka akan cuba mengaitkanya dengan UMNO, dari dulu sampai sekarang sepertimana dakwaan yang dibuat oleh MSO.

Di mana, MSO cuba mengaitkan CEO I'Da World Sdn Bhd dengan UMNO dengan menggunakan gambar CEO tersebut yang berada di majlis yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Seperti yang penulis katakan tadi akhirnya UMNO juga akan dikambing hitamkan oleh PAS.

Namun akhirnya I'Da World Sdn Bhd bertindak balas dengan mengeluarkan beberapa dokumen dan juga gambar lawatan-lawatan yang dilakukan ke tapak projek bersama Exco kerajaan negeri dan juga lawatan ke Pejabat Menteri Besar Kelantan. Maklumat berkenaan boleh didapati di sini.

Kenyataan daripada kedua-dua belah pihak itu telah menyebabkan kita sukar untuk mengetahui siapa yang kencing siapa di sini. Malah I'da world sendiri mempunyai bukti bertulis berupa dokumen berkenaan projek yang diberikan kepada I'da World.

Sebutkata 4Billion bukanya sedikit, malah ia hampir separuh tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Jadi sekiranya derma tersebut dapat ditunaikan, maka dapatlah ia digunakan untuk membangunkan negeri Kelantan. Akhirnya syarikat yang ingin menderma itu disenarai hitamkan oleh kerajaan negeri.

Timbul satu persoalan di sini, tindakan kerajaan negeri Kelantan itu seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri, kata orang berani kerana benar, jadi Kerajaan Kelantan sepatutnya tidak perlu tersentak dengan syarikat ini sekiranya mereka tidak melakukan kesalahan.

Dari segi Psikologi Kerajaan Kelantan sudah tewas dengan permainan syarikat ini. Cubaan mengait CEO syarikat ini dengan UMNO adalah mungkin satu usaha untuk menutup kesilapan mereka dan mengalihkan tumpuan daripada mereka kepada UMNO dan akhirnya UMNO dipersalahkan.

Seolah-olah apa yang baik datangnya dari PAS dan apa yang buruk datangnya dari UMNO. Walaubagaimanapun kita sama nantikan apakah kesudahan episod ini, dan berdoalah agar kita mengetahui siapa yang kencing siapa di dalam episod ini. Fikir-fikirkanlah.
Enhanced by Zemanta

No comments:

Blog Widget by LinkWithin