Bilangan Pengunjung:

Tuesday, September 28, 2010

Al-Fatihah - ADUN Galas Kembali ke Rahmatullah


Al-Fatihah - ADUN Galas Kembali ke Rahmatullah
Oleh: yieMEGA

Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Gua Musang, Kelantan iaitu Che Hashim Sulaiman telah pergi menyambut seruan Ilahi di Hospital Pakar Kampung Baru (KBMC) Kuala Lumpur, Pada jam 4.30 petang 27 September 2010. Terlebih dahulu penulis memohon maaf di atas kelewatan makluman ini disiarkan kerana semalam penulis terlalu banyak tugas untuk diselesaikan.

Jenazah Allahyarham akan disemadikan di Gua Musang, Kelantan pada sebelah malam 27 September 2010. Marilah bersama-sama kita menyedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham, agar roh Allahyarham dicucuri rahmat hendaknya. Al-Fatihah...

Pemergian beliau menyebabkan kerusi Dewan Undangan Negeri Galas yang disandang Allahyarham sebelum ini menjadi kosong. Walaubagaimanapun penulis tidak mahu lagi bercerita mengenai Pilihan Raya Kecil DUN tersebut bagi menghormati Keluarga Allahyarham, PRK DUN Galas hanya akan diulas penulis beberapa hari lagi.

"Setiap yang bernyawa pasti akan mati, kematian itu hakiki" semoga semua pembaca insaf dengan kematian walau siapa pun kita, kita tetap akan mati. Dalam masa yang sama, penulis merasakan eloklah tidak menceritakan hal-hal negatif mengenai Allahyarham kerana kehidupan beliau sudah tamat. Usah lagi diaibkan Allahyarham, kita yang tinggal ini kena membuat persediaan untuk menghadapi perkara yang sama satu hari nanti.


Enhanced by Zemanta

No comments:

Blog Widget by LinkWithin