Bilangan Pengunjung:

Monday, September 13, 2010

Cina 1Malaysia Beraya


Cina 1Malaysia Beraya
Oleh: yieMEGA

KITA sebenarnya masih di dalam mood Hari Raya Aidilfitri kerana kata orang Raya Kan Sebulan, walaupun di kebanyakkan tempat di Pantai Timur sambutan hari raya sudah bertukar menjadi hari-hari biasa biarpun bulan Syawal adalah sebulan. Itulah orang kata lain padang lain belalang begitulah juga sambutan hari raya.

Dalam artikel kali ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca yang dikasihi satu pengalaman yang dilalui penulis sebentar tadi. Pengalaman yang amat mengejutkan dan mungkin boleh membuatkan pembaca teruja.

Kisah ini terjadi pada pagi tadi semasa penulis membawa motosikal penulis untuk dibaiki di sebuah bengkel motosikal yang letaknya di hadapan JPJ Panji, Kota Bharu, Kelantan. Kalau tak silap nama bengkel motor itu Ah Thong Motor Sdn. Bhd.

Tujuan sebenar penulis ke sana ialah kerana ingin menukar spoket motosikal penulis yang sudah sampai had usianya dan perlu ditukar bagi menjamin keselamatan penunggangnya. Pada mulanya penulis hanya menunggu mekanik di bengkel itu membuat proses penukaran spoket tersebut.

Sebaik sahaja selesai urusan penukaran spoket tersebut, penulis masuk ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran. Selepas bayaran selesai dibuat, tauke bengkel itu tiba berkata "Selamat Hari Raya" lantas menghulurkan tangan untuk berjabat salam. "Wah Ini Cina 1Malaysia"bisik hati kecil penulis.

Peristiwa ini benar-benar mengejutkan penulis, dan penulis juga tak sangka ada juga kaum yang berbangsa Cina dan bersemangat 1Malaysia, sesuatu yang jarang kita nak temui di kalangan kaum yang sama dinegeri-negeri luar dari Pantai Timur.

Penulis memuji sifat yang ditunjukkan oleh Tauke Bengkel Motor tersebut, penulis pun berharap agar kaum sebangsa denganya di negeri-negeri lain pun sepatutnya mencontohi beliau demi menyemarakkan semangat 1Malaysia yang sentiasa diwar-warkan oleh Perdana Menteri kita.

Penulis akui memang susah nak cari kaum sebangsa dengan Tauke Bengkel Motosikal tersebut yang bersemangat sama dengan dia, kalau yang ada pun banyak yang bersemangat ultrakiasu (meminjam ungkapan yang diberikan oleh Dr. Ridhuan Tee).

Liha sahaja Namewee dia adalah contoh sebagai tokoh Ultrakiasu bangsa cina. Ingatlah bukan kerana namanya Hong Leong, Hock Kick Seng, Ban Seng, Ah Seng, Ah Beng ia dibenci oleh orang Melayu tetapi apa yang dibenci sesetengah perbuatan mereka yang kadang-kadang melampaui sempadan dan melebihi batas.

Kalau tak ada perbuatan-perbuatan yang melampaui batas, penulis percaya orang Melayu tidak akan marah kepada mereka. Kata orang "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".
Enhanced by Zemanta

No comments:

Blog Widget by LinkWithin