Bilangan Pengunjung:

Wednesday, September 15, 2010

Bantahan Terhadap Cadangan CUEPACS


Bantahan Terhadap Cadangan CUEPACS
Oleh: yieMEGA

KELMARIN Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Perkhidmatan Awam atau ringkasnya Cuepacs telah mencadangkan kepada kerajaan supaya usia persaraan dinaikkan dari 58 tahun pada masa ini kepada 60 tahun kerana kata mereka di negara-negara lain umur persaraan kebanyakkanya 60 tahun, jadi Malaysia pun perlu mengambil mereka sebagai contoh.

Ini bukan kali pertama Cuepacs mencadangkan umur bersara dinaikkan, malah umur bersara yang baru dinaikkan baru-baru ini pun ianya dicadangkan oleh Cuepacs. Penulis tidak bersetuju dengan cadangan Cuepacs tersebut kerana ianya akan memberi impak yang sangat besar kepada negara kita.

Pertama sekali, sekiranya umur bersara dinaikkan dari 58 tahun ke 60 tahun, besar kemungkinan kadar pengganguran di dalam negara semakin bertambah, ia sesuatu yang tidak elok untuk ekonomi negara kita. Cuba bayangkan had umur bersara 58 tahun pun kadar pengangguran masuh tinggi, inikan pula dilanjutkan sehingga 60 tahun. Penulis merasakan cadanga Cuepacs ini tidak praktikal.

Apabila kadar pengangguran tinggi ia dikhuatiri mendatangkan masalah lain seperti peningkatan kes-kes jenayah berdasarkan teori pengangguran akan menggangu ekonomi negara dan sepertimana kata kebanyakkan pakar ekonomi "If Economy Go Down, Crime Go UP". Secara tidak langsung jika cadangan Cuepacs ini dilaksanakan ia akan mengundang peningkatan kes jenayah.

Tambahan pula, mengikut tahap-tahap kehidupan berdasarkan ilmu Psikologi umur 55 tahun ke atas sudah hilang motivasi dirinya dan juga semangat kerja juga akan berkurangan. Kerja secara acuh dan tak acuh mula menjadi pilihan pada waktu umur ini atau dalam bahasa yang lebih mudah, biasanya pekerja di dalam lingkungan umur ini akan dijangkiti sindrom 'Malas Bekerja'. Ini bermakna Kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukkan wang rakyat untuk pekerja yang kurang kualiti kerjanya.

Dengan ini, penulis berpendapat cadangan Cuepacs ini harus dibantah kerana ia akan merugikan negara dan juga matlamat "Pencapaian diutamakan" tidak akan tercapai sekiranya kerajaan menerima pakai cadangan Cuepacs ini.

Kepada Cuepacs penulis ingin menyatakan jangan hanya pandai mengeluarkan cadangan tanpa berfikir apa implikasinya terhadap orang-orang yang berada di luar daripada kongres itu contohnya siswazah-siswazah yang masih ramai menganggur. Dalam masa yang sama, penulis merasakan umur bersara yang terbaik bagi kakitangan awam ialah 55 tahun sepertimana yang telah diamalkan Kerajaan sebelum ini.
Enhanced by Zemanta

1 comment:

Unknown said...

Kalangan belia seharusnya membuat bantahan keras terhadap cadangan yang tidak bernas dari CUEPACS ini.

Dari segi sudut pandangan yang lain, CUEPACS seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap kerajaan dan langsung tidak memikirkan generasi akan datang.

Blog Widget by LinkWithin