Tidak Adakah Pemimpin Lain Mencontohi Tengku Razaleigh?
Oleh: yieMEGA
TENGKU RAZALEIGH HAMZAH dilaporkan telah menganjurkan majlis berbuka puasa di rumahnya. Tambah menarik majlis berbuka puasa di rumahnya ini juga disertakan dengan Solat Maghrib, Isyak dan Terawikh berjemaah.
Terlebih dahulu penulis memohon dan berharap agar pembaca tidak menyalahertikan artikel penulis pada kali ini, penulis tiada apa-apa kepentinganpun dengan Tengku Razaleigh Hamzah, tidak juga penulis diupah untuk mengeluarkan artikel ini, kalau sebelum ini penulis tidak bersetuju dengan Tengku Razaleigh tidak bermakna semua yang Ku Li buat penulis tidak bersetuju, cuma yang baik dipandang baik, yang buruk dipandang buruk.
Penulis sendiri tertanya-tanya adakah pemimpin-pemimpin lain terutamanya pemimpin UMNO mengadakan program seumpama ini, maksud penulis bukan setakat berbuka puasa sahaja, diikuti dengan Solat Maghrib, Isyak dan Sunat Terawikh berjemaah? Sepanjang pengetahuan penulis setakat tak ada lagi pemimpin sepertinya.
Kenapa tidak pemimpin-pemimpin UMNO yang lain turut mencontohi apa yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh, adakah mereka semua tidak berminat menganjurkan program-program seumpama ini memandangkan mereka tidak nampak keuntunganya. Ya memang kita tidak keuntungan dunia, tetapi keuntungan akhirat banyak untungnya dengan menganjurkan majlis seumpama ini.
Bukankah lebih baik bulan yang mulia ini yakni Ramadhan Al-Mubarak kita hiasinya dengan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti ini, bukankah ini salah satu cara untuk mengimarahkan bulan Ramadhan.
Mungkin pemimpin-pemimpin UMNO lain juga bolehlah membina surau-surau di kediaman masing-masing untuk diimarahkan bukan sahaja di bulan yang mulia ini, bulan-bulan lain pun boleh juga, besar juga pahalanya. Berguna juga untuk pelaburan akhirat.
Penulis akui pemimpin-pemimpin UMNO lain ada juga yang menganjurkan majlis berbuka puasa tetapi majlis itu sekadar berbuka puasa dan terus pulang, adalah lebih menarik kalau ianya dibuat dengan pengisian-pengisian yang boleh meningkatkan semangat Ramadhan.
Seperti yang penulis katakan tadi bukan maksud penulis untuk memuji Ku Li, tetapi apa yang baik hendaklah kita katakan baik kerana bukan selama-lamanya orang itu akan buat apa yang tak baik.
Tambahan pula program-program keagamaan seumpama ini boleh juga merapatkan jurang hubungan antara pemimpin dengan rakyat. Bukankah ia akan lagi kelihatan seperti berjiwa rakyat.
No comments:
Post a Comment