Bilangan Pengunjung:

Saturday, June 9, 2012

Misi Menawan Kelantan Tak Akan Berjaya

Misi Menawan Kelantan Tak Akan Berjaya
Oleh: yieMEGA

NAMPAKNYA Barisan Nasional begitu bersungguh-sungguh berusaha untuk menawan Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13 yang bakal menjelang, kelihatan pihak BN begitu yakin yang mereka dapat menumbangkan Kerajaan PAS Kelantan.

Penulis merasakan misi menawan Kelantan yang dijalankan oleh BN tidak akan berjaya di atas beberapa faktor yang lebih memihak kepada PAS. Pendek Kata petugas-petugas PAS tidak perlu bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan kerana BN tidak akan berjaya membentuk kerajaan di Kelantan.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan BN menawan Kelantan ialah Menteri Besar Kelantan itu sendiri iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Sepertimana semua sudah maklum mengenai Tok Guru yang sudah sinonim di hati sanubari rakyat Kelantan ini sekiranya Tok Guru masih lagi menjadi Menteri Besar ternyata amat susah bagi BN di dalam usahnya untuk menumbangkan Kerajaan PAS Kelantan.

Selain itu, faktor dalaman BN itu sendiri juga bakal menyumbang kepada kegagalan BN di dalam misinya untuk menawan Kelantan. Satu masalah dalaman BN Kelantan yang tidak menemui jalan penyelesaian sampai sekarang ialah masalah persengketaan sesama ahli parti sendiri ataupun ungkapan yang paling sinonim dengan BN Kelantan ialah Sindrom 'Cah Keting'. Masalah inilah yang menjadi duri dalam daging bagi BN Kelantan sehingga kini, dan khabarnya sudah beberapa persengketaan telah terjadi di kalangan pemimpin-pemimpin BN di Kelantan. Sindrom ini menjadi penyumbang terbesar kepada kegagalan BN untuk menawan Kelantan.

Selain itu, pemilihan Calon semasa menghadapi PRU13 juga menjadi instrumen terpenting bagi menentukan kejayaan atau kegagalan BN Kelantan untuk menumbangkan Kerajaan PAS Kelantan. Pemilihan calon yang bermasaalah dan tidak disukai akar umbi juga menjadi punca kepada kegagalan BN menawan Kelantan.

Daripada beberapa faktor yang telah penulis senaraikan di atas, ini bermakna kerja-kerja PAS untuk mempertahankan kepimpinan PAS di Kelantan menjadi semakin mudah, jadi tak payahlah nak bekerja keras sangat nak mempertahankan Kelantan kerana ternyata PRU13 Kelantan tetap milik PAS.

Baca Lagi!

Monday, May 14, 2012

PRU 13 Akan Diadakan Pada 6.6.2012 ?

PRU 13 Akan Diadakan Pada 6.6.2012 ?
Oleh: yieMEGA

BAHANG Pilihan Raya Umum Ke 13 semakin hangat kebelakangan ini, bermacam-macam andaian telah dibuat mengenai tarikh Parlimen dibubarkan dan tarikh Pilihan Raya akan diadakan. Bermacam-macam versi ramalan tarikh pembubaran Parlimen dan juga tarikh Pilihan Raya digembar-gemburkan.

Penulis ingin turut sama membuat ramalan mengenai tarikh-tarikh tersebut. Sengaja penulis tidak mahu ketinggalan di dalam membuat ramalan mengenai tarikh penting tersebut. Namun, ramalan yang penulis buat ini adalah di dalam versi penulis dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Ramalan penulis ada dua kemungkinan, kemungkinan yang pertama ialah kemungkinan Parlimen dibubarkan pada 6.6.2012 ini adalah berdasarkan kepada sambutan 66 tahun UMNO, ini bermakna angka 6.6 memang sinonim dengan sambutan tersebut.

Kemungkinan kedua ialah PRU 13 akan di adakan pada 6.6.2012, ini kerana sekiranya Parlimen dibubarkan pada 6.6.2012, ini berkemungkinan memaksa PRU13 dilakukan pada hari persekolahan dan dikhuatiri akan menganggu waktu persekolah pelajar-pelajar sekolah. Jadi, setakat ini tarikh yang terbaik untuk PRU 13 di adakan ialah pada 6.6.2012.

Jadi secara tepatnya penulis meramalkan tarikh PRU13 iala pada 6.6.2012 dan berkemungkinan parlimen dibubarkan 21 hari sebelum tarikh tersebut atau lebih lewat. Adakah ramalan penulis ini akan menjadi kenyataan atau sebaliknya? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Baca Lagi!

Thursday, May 10, 2012

Bersih 3.0

Bersih 3.0
Oleh: yieMEGA

TELAH sekian lama juga penulis tidak mengemaskini blog ini, bukan sengaja penulis tidak mengemaskini blog ini tetapi masa tidak mengizinkan penulis kerana sibuk dengan tugas-tugas seharian penulis, Hari ini kebetulan ada sedikit kelapangan jadi penulis guna kesempatan ini untuk mengemaskini blog ini.

Baru-baru ini, tempat yang penuh bersejarah bagi negara kita telah dicemari dengan satu perhimpunan oleh sebuah NGO yang dikenali dengan nama BERSIH. Perhimpunan itu dikenali dengan nama Perhimpunan Bersih 3.0. Perhimpunan tersebut telah bertukar menjadi perhimpunan yang ganas apabila peserta-peserta perhimpunan itu merusuh.

Sebelum ini pihak Kerajaan telah mencadangkan satu tempat lain menggantikan Dataran Merdeka untuk perhimpunan tersebut, namun tawaran tersebut ditolak oleh NGO terbabit. Tindakan kerajaan mencadangkan satu tempat lain menggantikan tempat tersebut untuk mengelakkan berlakunya insiden-insiden seumpamanya.

Berdasarkan kepada perkara ini nampak jelas sekali, BERSIH sengaja nak mencari nahas dan mencari populariti, jelas di sini kerajaan bukanya menghalang perhimpunan ini, cuma kerajaan tidak mahu ia diadakan di Dataran Merdeka kerana dikhuatiri akan mendatangkan kekecohan, dan lihat sahaja ramalan tersebuit telah menjadi kenyataan.

Ayat yang sering penulis dengar ketika kecil dahulu orang tua-tua ada cakap "Tak ada Penyakit, cari penyakit" kan dah dapat penyakitnya. Maksudnya sudah tahu perbuatan itu akan mendatangkan musibah tetapi mereka tetap lakukanya juga.

Pasca Perhimpunan Bersih 3.0 telah mencacatkan pemandangan tempat bersejarah kita apabila kelihatan sampah berselerakkan di sana-sini. Kata Bersih tetapi kenapa buat kekotoran pula, tak tahulah penulis mungkin kebanyakkan orang yang menyertai perhimpunan Bersih ini pengotor orangnya.

Khabarnya selepas ini NGO yang bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan bersih merancang untuk mengadakan Perhimpunan Bersih 4.0 pula, entah berapa versi mereka nak buat, berapa banyak lagi duit rakyat terpaksa digunakan untuk menampung kerugian semasa perhimpunan Bersih 3.0 untuk menampung kerugian perhimpunan Bersih 4.0.

Baca Lagi!

Friday, April 6, 2012

UMNO Kelantan Jangan Ulangi Kesilapan Lalu...

UMNO Kelantan Jangan Ulangi Kesilapan Lalu...

Oleh: yieMEGA

BAHANG Pilihan Raya Umum ke 13 semakin jelas terasa walaupun kita masih belum dapat pastikan bilakah tarikh sebenar Pilihan Raya Umum tersebut namun kehangatanya semakin hangat dari hari ke hari. Begitulah kiranya dengan kebelakangan hari ini. 

Satu sejarah telah diukir semasa Pilihan Raya Umum Ke 12 yang lalu, dimana ada beberapa  negeri yang ditunjangi oleh BN  telah berjaya ditumbangkan oleh parti yang menggelarkan diri mereka 'Pakatan Rakyat' dan mendabik dada merekalah 'juara kepada rakyat'.

Dalam PRU12 juga kita dapat menyaksikan kegagalan UMNO/BN Kelantan di dalam misinya untuk membentuk Kerajaan Negeri Kelantan. Selain begitu banyaknya isu nasional terdapat juga beberapa isu domestik atau tempatan yang menjadikan misi tersebut gagal.

Taktik Paling tidak berkesan yang dikenakan oleh UMNO/BN ialah dengan 'menjaja' poster calon Menteri Besar Kelantan yang pada masa itu ialah Dr. Awang Adek Husin. Penulis hairan kenapa mereka memilih taktik ini sedangkan UMNO/BN negeri jiran merekapun yakni Kelantan tidak menggunakan taktik ini.

Cadangan penulis pada PRU kali ini berbekalkan semangat Gelombang Merah bertatahkan misi Acu Try Sepengal jangan sekali-kali UMNO/BN Kelantan menggunakan taktik ini, biarkan rakyat 'tertanya-tanya' siapakah yang bakal bergelar Menteri Besar sekiranya UMNO/BN Kelantan dapat membentuk Kerajaan Negeri Kelantan, 

Begitu juga semangat setiakawan di kalangan ahli hendaklah dipertingkatkan bagi memastikan impian Acu Try Sepenggal menjadi kenyataan dan bukan lagi 'omong-omong' kosong, kesepakatan di dalam membentuk perpaduan di kalangan ahli parti hendaklah dilakukan, ini adalah penting di dalam merealisasikan hasrat Acu Try Sepenggal.

Baca Lagi!

Tuesday, February 7, 2012

PEMBUBARAN PARTI KITA

PEMBUBARAN PARTI KITA
Oleh: yieMEGA

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) merupakan sebuah parti yang ditubuhkan oleh Zaid Ibrahim selepas keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Namun semacam ada masaalah sahaja dengan parti KITA ini sejak akhir-akhir ini apabila Presidenya Datuk Zaid Ibrahim membuat sidang media meluahkan perasaanya ingin membubarkan kita.

Jika benar KITA hendak dibubarkan ini bermakna perjalanan parti KITA hanya terhenti setakat ini sahaja. Sekaligus menjadikan parti KITA sebagai parti yang paling singkat wujudnya di Malaysia ini. Persoalan yang timbul yang timbul di benak fikiran penulis adalah kenapa KITA nak dibubarkan sekarang kenapa tidak beberapa tahun akan datang, sedangkan parti ini masih belum diuji keupayaanya semasa pilihan raya.

Bagi penulis perbuatan Zaid Ibrahim maaf cakap bukan maksud penulis untuk membuat beliau marah tetapi sekadar renungan dan kritikan membina untuk beliau, perbuatan beliau itu boleh diumpamakan sebagai "Berundur sebelum berperang" Ya lah Pilihan Raya tak masuk lagi tapi dah nak bubar parti.

Parti KITA bagi penulis perlu terus wujud kerana ia dapat menyeimbangkan diantara oposisi dengan kerajaan, dimana rakyat ada satu lagi pilihan iaitu bagi mereka-mereka yang berkecuali sudah tentu mereka boleh memilih KITA sekiranya mereka merasakan kedua-dua pihak iaitu oposisi dan kerajaan tidak menepati citarasa mereka.

Kadang-kadang terfikir juga penulis, mengapa dengan tiba-tiba sahaja Zaid Ibrahim ingin membubarkan KITA sedangkan beberapa pemimpin negeri KITA masih mahukan agar parti ini terus wujud. Mungkin Kenyataan Akhbar mengenai masa depan parti kita ini boleh membantu.

Nasihat penulis kepada Zaid Ibrahim, jangan cepat berputus asa teruskan perjuangan anda dengan KITA dan cuba lihat penerimaan rakyat pada PRU13 yang bakal mendatang, setidak-tidaknya prestasi sebenar KITA dapat dinilai dengan seadil-adilnya.

Baca Lagi!

Sunday, February 5, 2012

Beri Peluang Kepada Graduan Menganggur Menjadi Pemimpin

Beri Peluang Kepada Graduan Menganggur Menjadi Pemimpin
Oleh: yieMEGA

GRADUAN merupakan aset terpenting bagi sesebuah negara. Universiti di sinilah tempat lahirnya mereka yang bergelar graduan. Negara kita mempunyai dua sektor pendidikan tinggi utama. Pertama sekali Institusi Pengajian Tinggi Awam atau ringkasnya IPTA dan satu lagi ialah Institusi Pengajian Tinggi Swasta atau ringkasnya IPTS.

Dewasa ini, kita sering mendengar berita-berita mengenai begitu banyaknya Graduan menganggur di negara kita yang tercinta ini. Semakin hari bilangan graduan yang menganggur terus meningkat, keadaan ini menjadi bertambah parah apabila had umur bersara kakitangan awam dinaikkan menjadi 60 tahun.

Penulis kurang pasti lah pulak kenapa had umur bersara kakitangan awam dinaikkan menjadi 60 tahun. Mengikut satu sumber ia adalah atas cadangan Cuepacs, namun maklumat ini belum betul-betul sahih lagi. Namun, sekiranya ia satu cadangan Cuepacs bagi penulis ini adalah satu cadangan yang amat buruk.

Kita lupakan mengenai had umur bersara kakitangan awam itu, berbalik kita kepada motif utama artikel ini diterbitkan iaitu mencadangkan kepada mana-mana parti politik di tanah air kita supaya memberikan peluang kepada graduan-graduan menganggur untuk menjadi pemimpin.

Pada pandangan penulis sekiranya graduan-graduan menganggur diberi peluang untuk menjadi pemimpin sedikit sebanyak akan mengurangkan kadar pengangguran di negara kita ini. Bagaimanakah caranya untuk menjadikan graduan-graduan menganggur ini sebagai pemimpin? Jawapanya mudah sahaja mana-mana parti politik yang ingin turut serta perlulah mencalonkan graduan-graduan menganggur untuk menjadi calon-calon mereka semasa Pilihan Raya Umum. Dengan cara ini, secara automatisnya mampu membuatkan graduan menganggur menjadi pemimpin.

Apakah implikasi kepada parti-parti politik yang mencalonkan graduan menganggur sebagai calon pilihan raya mereka? Banyak faedahnya yang akan diterima oleh parti politik yang menggunakan graduan menganggur sebagai pemimpin mereka, contohnya sebagai graduan mereka masih bersih daripada sebarang isu yang mampu menganggu-gugat kedudukan parti.

Kesimpulanya peluang perlu diberikan kepada graduan-graduan menganggur untuk menjadi pemimpin sekaligus dalam masa yang sama membantu mengurangkan kadar penganguran di negara kita yang tercinta ini.

Baca Lagi!

Friday, February 3, 2012

PAS Perlu Kembali Ke Perjuangan Asal

PAS Perlu Kembali Ke Perjuangan Asal
Oleh: yieMEGA

DEMI Politik manusia sanggup berbuat apa sahaja asalkan mereka mendapat kuasa politik. Realiti Politik di Malaysia pada hari ini ialah penggiat-penggiat politik sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapat sokongan demi kuasa politik.

PAS tidak terkecuali dengan realiti ini, mereka terpaksa melakukan apa sahaja demi kuasa dan kesinambungan politik. Mereka perlukan sokongan semua kaum untuk membolehkan mereka berkuasa. Oleh yang demikian, kita lihat PAS sejak akhir-akhir ini sudah jauh berubah tak keterlaluan kalau penulis kata PAS sekarang merupakan sebuah Parti Islam yang Liberal.

Lihat saja apa yang parti ini lakukan sejak akhir-akhir ini, keputusan-keputusan yang dibuat oleh parti ini kebelakangan ini ternyata kelihatan lebih Liberal berbanding sebelum ini. Adakah PAS terpaksa menjadi Liberal untuk mendapat sokongan ataupun dipaksa oleh parti yang menunjangi Pakatan Rakyat bagi meraih sokongan ramai.

Lihat sahaja keputusan terbaru yang PAS buat iaitu keputusan memecat keahlian Hassan Ali daripada menjadi ahli PAS dan pemecatan itu berpunca daripada satu saja iaitu kritikan Hassan Ali terhadap Anwar Ibrahim. Nampaknya sekarang ini Anwar Ibrahim lebih berkuasa di dalam PAS berbanding Hadi Awang mahupun Tok Guru Nik Aziz.

Timbul juga persoalan di benak pemikiran penulis, adakah akan berlaku sebagaimana yang pernah terjadi di dalam UMNO di mana Anwar Ibrahim telah berjaya menjatuhkan Allahyarham Tun Ghafar Baba suatu masa dulu.

Tidak dinafikan perkara ini akan terjadi, tambahan pula baru-baru ini Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang meluahkan hasrat ingin bersara dan melepaskan jawatan Presiden. Sekiranya ini berlaku bermakna Anwar Ibrahim sudah berjaya mencorakkan PAS mengikut corak yang diingini oleh beliau.

Begitu juga, demi Pakatan Rakyat PAS sanggup menjadi parti Islam yang Liberal. Kadang-kadang kelihatan PAS hanyalah sebuah parti 'Pak Turut' di dalam Pakatan Rakyat. Bagi penulis PAS sememangnya tidak layak menjadi parti 'Pak Turut' sepatutnya merekalah yang menunjangi Pakatan Rakyat.

Entah sampai bila PAS ingin terus membiarkan parti mereka terus diperalat oleh Anwar Ibrahim. Sekiranya PAS masih belum sedar sampai bila-bila pun mereka akan dipergunakan oleh Anwar Ibrahim untuk kepentingan diri Anwar Ibrahim sendiri.

Hassan Ali seorang bekas pemimpin PAS yang tabah, impian murni beliau untuk membersihkan PAS daripada anasir-anasir jahat atau yang dilabel sebagai 'Parasit' oleh Hassan Ali telah disekat sehinggakan beliau dikeluarkan dari PAS, namun perjuangan itu diteruskan di luar PAS.

Daripada beberapa kenyataan Hassan Ali jelas sekali 'hati dan jiwanya' masih lagi PAS dan tidak berminat untuk berhijrah kepada parti-parti yang menjadi lawan kepada PAS mahupun parti yang menjadi 'kawan' kepada PAS. Bagi meneruskan agenda perjuangan beliau menubuhkan JATI.

Hari-hari terus berlalu, PAS terus berubah dan berubah lagi berubah....perjuangan mereka selama ini sekarang ini sudah tidak kendengaran mungkin benar mereka sudah menjadi sebuah parti 'Pak Turut' di dalam Pakatan Rakyat.

Tahniah diucapkan kepada mereka-mereka yang dilabel 'parasit' oleh Hassan Ali kerana mereka sudah berjaya merosakkan PAS. Perjuangan mereka-mereka di dalam PAS sebelum ini sudah menjadi sia-sia dek kerana 'parasit-parasit' di dalam PAS.

Akhirkalam, pada pandangan penulis PAS perlu kembali kepada perjuangan asal dan berhenti daripada menjadi parti yang hanya menjadi 'Pak Turut' di dalam Pakatan Rakyat.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin