Bilangan Pengunjung:

Saturday, February 27, 2010

PAS Jangan Terlalu Selesa Dengan Royalti

PAS Jangan Terlalu Selesa Dengan Royalti
Oleh: yieMEGA

SETELAH sekian lama penulis menyepi, tetapi bukanlah kerana penulis tidak mahu menulis oleh kerana kesibukkan tugas penulis terpaksa memberhentinkan penulisan artikel di blog ini kerana tugas-tugas penulis perlulah diutamakan.

Hari ini penulis memilih tajuk "PAS Jangan Terlalu Selesa dengan Royalti" untuk mengisi artikel terbaru untuk blog ini. Kalau kita lihat semenjak dua menjak ini semakin galak PAS 'menjaja isu royalti' namun bukan bermakna penulis menentang tindakan PAS itu, kerana apa salahnya sambil menyelam kita minum air.

Penulis merasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan kepada mereka, penulis tahu yang penulis ini bukanlah pemimpin-pemimpin mereka, bukan juga ulama dan juga bukan umara' namun tidak salahkan kalau kita sampaikan pendapat kita, terpulang kepada mereka nak terima atau tak nak terima pendapat penulis ini.

Penulis ingin bertanya kepada pembaca adakah pembaca masih ingat di mana Kerajaan PAS Terengganu satu masa dulu pun pernah menjaja isu royalti untuk negeri Terengganu, oleh kerana mereka terlalu yakin bahawa dengan isu royalti itu mereka dapat mempertahankan pemerintahan mereka di Terengganu, akhirnya membawa padah apabila Kerajaan PAS Terengganu telah ditumbangkan oleh Barisan Nasional pada tahun 2004.

Begitulah kisahnya, hari ini kalau kita lihat seakan-akan pemimpin-pemimpin begitu selesa dengan menjaja isu royalti, mungkin baginya boleh mendatangkan satu kelebihan untuk mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan, namun sepatutnya mereka tidak boleh begitu cepat untuk selesa kerana mereka perlu juga belajar daripada kejatuhan Empayar PAS Terengganu.

Mungkin PAS sudah boleh dijenamakan semula, di mana pemimpin-pemimpinya yang bertaraf 'kereta buruk' perlu direhatkan. Pemimpin-pemimpin yang ingin menjadi pemimpin seumur hidup juga perlu diundurkan untuk beri laluan kepada golongan muda mengambil alih teraju kepimpinan PAS.

Penulis berharap agar 'isu royalti' tidak menjadi senjata makan tuan bagi PAS, sepertimana sebelum ini media alternatif juga sudah menjadi senjata makan tuan bagi PAS.

Akhir kalam, artikel penulis pada kali ini berakhir di sini, mungkin di artikel yang akan datang penulis akan membincangkan berhubung iklan isu tuntutan royalti Kerajaan Kelantan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Baca Lagi!

Saturday, February 20, 2010

Hadi Awang Bantah Campur Tangan Australia

Hadi Awang Bantah Campur Tangan Australia
Oleh: yieMEGA

UTUSAN ONLINE melaporkan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membuat kenyataan yang berupa membantah tindakan campur tangan Australia dalam urusan hal ehwal dalam negara Malaysia berhubung isu pendakwaan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. [Laporan tersebut boleh dirujuk di sini].

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana beliau telah membuktikkan bahawa beliau seorang yang tak suka negara-negara asing mencampuri sebarang urusan dalaman Malaysia lebih-lebih lagi negara tersebut bukanlah negara Islam. Nampaknya, walaupun kenyataan 50 MP Australia itu mungkin akan mengungtungkan bos Hadi Awang atau juga Bos Pakatan Rakyat, namun ia tidak sekali-kali membela tindakan yang dibuat oleh MP Australia itu.

Bercakap mengenai MP Australia, timbul persoalan di hati sanubari penulis, adakah sudah tiada perkara lain yang hendak dibincangkan oleh MP Australia itu sehinggakan mereka membincangkan perkara yang tiada kaitan langsung dengan mereka ataupun mereka sengaja membuat kenyataan berkenaan untuk mengalihkan pandangan rakyat mereka berhubung isu dalaman yang berlaku dalam negara mereka, jadi mereka memilih mencampuri urusan dalaman Malaysia dan mengkhianati amanah rakyat mereka sendiri dengan tidak memberi tumpuan terhadap hal dalaman negara mereka tetapi lebih suka menyibuk dalam hal ehwal dalaman negara lain.

Penulis secara jujurnya membantah sebarang campur tangan negara-negara lain terhadap urusan-urusan dalaman negara kita. Penulis ingin mendesak kepada negara-negara lain agar tidak mencampuri urusan dalaman negara ini, berikan apa yang berlaku di dalam negara kita diselesaikan dengan cara kita, negara asing tiada hak untuk mencampuri urusan dalam kita.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, February 13, 2010

Keluarnya Zahrain Dari PKR....

Keluarnya Zahrain Dari PKR....
Oleh: yieMEGA

SELEPAS berlaku pertelingkahan di antara Lim Guan Eng dengan ahli Parlimen Bayan Baru akhirnya isu ini membawa kepada keluarnya Ahli Parlimen Bayan Baru dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh beliau Datuk Seri Zahrain Hashim di dalam satu sidang media yang dipanggil olehnya.

Dengan pengumuman perletakkan jawatan beliau dalam semua jawatan di dalam PKR dan juga keluarnya beliau daripada PKR ini bermakna beliau memilih untuk menjadi Ahli Parlimen BEBAS yang tidak menyokong Barisan Nasional.

Beliau turut berkata niat untuk menyertai parti lain tidak ada, beliau lebih selesa menjadi Ahli Parlimen BEBAS daripada menyertai mana-mana parti, dan kini beliau adalah orang bebas katanya.

Keputusan ini dikatakan kemuncak kepada krisisnya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang baru-baru ini didakwanya sebagai Cauvinis dan berfikiran komunis.

Lim Guan Eng telah menafikanya manakala Penasihat Parti Keadilan Rakyat telah bertindak dengan 'backing' Lim Guan Eng dan cuba mengheret Zahrain mengadap Jawatankuasa Disiplin PKR.



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, February 11, 2010

Mengapa Harus Sayangkan DAP?

Mengapa Harus Sayangkan DAP?
Oleh: yieMEGA

SEBELUM ini penulis telah membaca satu artikel blog MSO yang disiarkan menerusi blognya Merah Tinta MSO. Artikel tersebut bertajuk "Mengapa Harus Bencikan DAP". Daripada artikel tersebut timbullah idea penulis untuk membuat artikel terbaru di blog penulis.

Oleh kerana MSO atau Mohd Sayuti Omar memilih Mengapa Harus Bencikan DAP sebagai tajuk artikel untuk blognya, jadi penulis memilih untuk menerbitkan artikel yang berlawanan dengan MSO dengan erti kata lain penulis tidak sependapat dengan MSO dalam hal ini. Jadi penulis memilih Mengapa Harus Sayangkan DAP? menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini.

Dalam artikel Mengapa Harus Bencikan DAP kelihatan MSO bertindak seolah-olah cuba mempertahankan Lim Guan Eng dan Kerajaan Anak Beranaknya. Penulis tidak kisah kalau MSO merasakan tindakan beliau lebih tepat kerana penulis akui memang beliau seorang penulis yang berpengalaman kalau nak dibandingkan dengan penulis jauh panggang dari api.

Penulis ingin menyentuh berkenaan kata-kata MSO di dalam artikelnya itu yang mendakwa Lim Guan Eng memerintah menggunakan cara yang sama digunakah oleh Khalifah Umar Abdul Aziz, penulis teruja untuk bertanya MSO apakah tindakan-tindakan yang telah dibuat oleh Lim Guan Eng yang dikatakan 'menyalin' pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Setahu penulis setakat ini, tiada lagi persamaan di antara pemerintahan Kalipoh Lim Guan Eng dengan Khalifah Umar Abdul Aziz. Dia sendiri pun masih tidak beragama Islam, penulis pun hairan mengapa MSO memuji LGE dengan begitu sekali.

Berkenaan dengan pengharaman DAP, saya bersetuju dengan MSO bahawa pengharaman boleh dibuat sekiranya parti ini terbukti boleh mendatangkan mudarat kepada Malaysia sepertimana yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya satu masa dahulu. Walaupun ada yang mengatakan bahawa DAP adalah parti serpihan Komunis.

Penulis percaya pembaca blog ini masih ingat Agenda 20 Tahun Kaum Imigran yang didedahkan oleh Harian Cahaya. DAP juga dikatakan parti yang bertanggungjawab untuk merealisasikan agenda 20 tahun perluasan tanah Singapura.

Ada juga yang mendakwa DAP akan menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura Kedua, oleh yang demikian kita lihat Lim Guan Eng begitu rakus memerintah Pulau Pinang bagaikan dialah raja di Pulau Pinang tak ada orang yang boleh bantah mereka.

Soalan penulis kepada MSO: Mengapa Harus Sayangkan DAP sedangkan mereka banyak memecahbelahkan kita, parti ini juga merupakan parti yang dilahirkan PAP. Kalau bangsa Melayu memperjuangkan hak bangsa mereka, mereka menentang sekeras-kerasnya, tetapi apa yang jelas kelihatan mereka lebih memperjuangkan hak bangsa mereka sendiri dan cuba mencapai impian bangsa mereka sendiri.


Baca Lagi!

Tuesday, February 9, 2010

MB Perak Tetap Dr. Zambry

MB Perak Tetap Dr. Zambry
Oleh: yieMEGA

SETELAH bermacam-macam polemik dan persepsi yang timbul, diikuti dengan beberapa siri naik turun mahkamah akhirnya Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Dr. Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah diharap semua pihak menerimanya dengan hati yang terbuka. Penulis juga berharap jangan ada yang mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu.

Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Dr. Zambry kerana kini beliau merupakan Menteri Besar Perak yang telah disahkan oleh Mahkamah Persekutuan. Penulis berharap agar Dr. Zambry dapat melaksanakan tugas-tugasnya sebagai Menteri Besar Perak dengan penuh tanggungjawab dan mendahulukan serta mengutamakan pencapaian.

Kepada Bekas Menteri Besar Perak Ir. Nizar Jamaluddin bersabarlah dan cubalah menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Percayalah kepada Qada' dan Qadar Allah kerana sesungguhnya Allah tuhan seru sekian alam Maha Berkuasa.

Penulis juga ingin menasihati kepada penyokong-penyokong Ir. Nizar Jamaluddin belajarlah menerima kenyataan dan tabahlah dengan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan ini.

Keputusan telah diketahui dan diharap selepas ini semua pihak akan kembali bekerja sebagaimana biasa dan berhentilah bersengketa kerana politik. Sesekali kita hendaklah lupakan perbezaan politik,

Mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan itu penulis enggan mengulas dengan lebih lanjut kerana Mahkahmah pun telah membuat keputusanya jadi terimalah keputusan itu seadanya selagi ada waktu,
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, February 6, 2010

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara...

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara...
Oleh: yieMEGA

MATLAMAT tidak menghalalkan cara itulah yang menjadi isi utama artikel penulis pada kali ini. Penulis berharap pembaca dapat menilai artikel ini dan memikirkan adakah benar artikel ini untuk kesejahteraan semua tak kira bangsa, agama dan juga warna kulit.

Ramai yang telah mengetahui bahawa dalam beberapa hari lepas berlaku satu perhimpunan yang mengutuk Ketua Menteri Pulau Pinang termasuklah Ahli Parlimen Pasir Mas sendiri Datuk Paduka Ibrahim Ali. Penulis secara tidak sengaja juga menonton sedutan rakaman semasa perhimpunan itu berlaku, patung berupa Lim Guan Eng dibakar semasa perhimpunan itu.

Terlebih dahulu penulis ingin menegaskan bahawa penulis tidak dibayar ataupun diupah walau sesen pun dari Lim Guan Eng untuk membuat artikel ini dan artikel ini bukan bermakna penulis menyokong Lim Guan Eng. Bagi penulis daripada penulis mempertahankan Lim Guan Eng adalah lebih baik penulis menyapu sampah lagipun LGE memang setaraf dengan sampah yang dibuang dari Melaka.

Namun, walaupun penulis tidak bersetuju dengan beberapa tindakan beliau yang dilihat seolah-olah ingin menghapuskan Melayu di Pulau Pinang dan menjadikan Pulau Pinang sebagai Negara Cina Ketiga selepas Singapura. Namun tidak semestinya kita perlu mengadakan perhimpunan yang berarak ke sana ke mari dan membakar patung sesiapa sahaja yang tidak disukai.

Tidak adakah cara lain yang boleh digunakan untuk menghadapi Lim Guan Eng cara yang lebih baik dan juga tidak menguriskan hati kaum-kaum lain. Contohnya mengusulkan undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri terhadap Lim Guan Eng. Bukankah tindakan ini lebih baik dan bertamadun.

Penulis mohon maaf kepada pembaca yang tidak bersetuju dengan pandangan penulis, tiada niat pun di hati penulis untuk mengecilkan hati dan perasaan mana-mana pihak. Penulis cuma tidak suka dengan cara perhimpunan di mana kebanyakkan perhimpunan akan merugikan harta benda rakyat.

Sekiranya nak buat juga perhimpunan, buatlah secara ilmiah dan janganlah mebakar patung itu patung ini, ini bukan budaya kita. Perhimpunan secara ilmiah ialah adakan forum atau ceramah dengan permit yang sah.

Akhir kalam, demi menjaga perpaduan dan keharmonian antara kaum adalah lebih baik kita memilih jalan Ilmiah dan bukanya jalan emosional. Ingat api tidak akan dipadam dengan menggunakan api, tetapi ia boleh padam dengan menggunakan air.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, February 5, 2010

Selamat Hari Lahir MSO...


Selamat Hari Lahir MSO...
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini blogawan tersohor yang juga merupakan penulis buku-buku politik yang tersohor Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali dengan nama MSO telah menyambut ulang tahun kelahiranya yang ke 50.

Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kerana lewat mengucapkan selamat hari lahir semoga panjang umur dan murah rezeki kepada beliau kerana baru-baru ini penulis begitu sibuk dengan tugas rutin penulis.

MSO seorang blogawan yang juga diminati penulis walaupun kadang-kadang kami berbeza pendapat di dalam beberap hal. Namun berbeza pendapat tidak semestinya kita tidak perlu mempedulikanya, kerana penting juga wujud perbezaan pendapat ini, sekurang-kurangnya kita dapat berfikir dan membandingkan pendapat-pendapat yang dilahirkan itu.

Sebenarnya, MSO lah yang banyak memberi sumber inspirasi kepada penulis untuk menulis di blog ini, sebab itu kalau pembaca perasan akan terjumpa artikel yang seakan-akan kesinambungan daripada artikel MSO. Ada setengah artikel yang bersetuju dengan MSO dan ada juga setengah artikel yang tidak bersetuju dengan MSO. Inilah yang dikatakan perbezaan pendapat.

Kalau pembaca tidak tahu siapa MSO jangan lupa taip dekat Google! Merah Tinta MSO ataupun mso melayu daripada itu pembaca boleh mengenali siapakah gerangan orang yang memakai gelaran MSO ini.

Sebelum menutup tirai tulisan penulis pada kali ini, penulis ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 50 buat MSO. Moga Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya. Penulis juga ingin melafazkan terima kasih kepada MSO kerana banyak memberi sumber inspirasi kepada penulis sebelum ini.

Akhir kalam, semoga MSO akan meneruskan usaha-usaha murni MSO untuk menjadi blogawan pro kebenaran yang betul-betul pro kebenaran yang tidak condong ke kiri atau ke kanan. Penulis juga akan berusaha untuk menjadi blogawan yang pro kebenaran dan tidak condong ke kiri dan juga ke kanan.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, February 1, 2010

Blog Penyokong YBM Ku Li Dibubarkan....

Blog Penyokong YBM Ku Li Dibubarkan....
Oleh: yieMEGA

SEBELUM ini kalau pembaca masih ingan semasa sebelum Pemilihan Agung UMNO ada dua blog yang bekerja keras mempromosikan dan memberikan kempen yang sewajarnya bagi memastikan YBM Ku Li berjaya menjadi Presiden UMNO.

Penulis memang akui blog berkenaan sudah banyak berjuang untuk Ku Li sebelum ini, blog ini dikatakan dikendalikan oleh ahli UMNO bertaraf 'marhaen'. Blog tersebut ialah http://penyokong-kuli.wordpress.com dan juga http://penyokong-kuli.blogspot.com.

Sumber-sumber daripada pengendali blog berkenaan memberi kenyataan kepada Penulis berkenaan kenapa mereka bertindak menutup blog-blog tersebut setelah sekian lama mereka berjuang untuk YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Kata mereka "Mereka kecewa dengan Ku Li", penulis bertanya juga kepada mereka mengapa mereka kecewa dengan Ku Li. Mereka menjawab 'itulah sejak beliau berdiri atas pentas PAS, kami kecewa kerana seolah-olah beliau ingin mempermain-mainkan kami'.

Mendengar perkataan 'mempermain' penulis seraya menyoal, mempermain mereka macamana pula? Jawab mereka lagi, ye lah dulu mereka bersungguh-sungguh berusaha untuk memastikan agar Ku Li menang jawatan Presiden UMNO, tetapi akhirnya setelah gagal bergelar Presiden UMNO beliau telah mengkhianati UMNO dengan berkempen untuk PAS.

Di tanya adakah ini cara terbaik untuk menunjukkan rasa kekecewaan mereka terhadap Ku Li. Mereka berkata setakat ini mereka merasakan inilah cara yang terbaik untuk mereka melahirkan rasa kecewa mereka terhadap Ku Li.

Mereka juga mencadangkan penulis membuang gambar Ku Li yang ada di blog penulis yang di bawahnya tertera perkataan berdarah raja berjiwa rakyat. Penulis hanya tersenyum dan berkata tengoklah dulu macamana, nanti penulis fikirkanya.


Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin