Bilangan Pengunjung:

Saturday, February 27, 2010

PAS Jangan Terlalu Selesa Dengan Royalti

PAS Jangan Terlalu Selesa Dengan Royalti
Oleh: yieMEGA

SETELAH sekian lama penulis menyepi, tetapi bukanlah kerana penulis tidak mahu menulis oleh kerana kesibukkan tugas penulis terpaksa memberhentinkan penulisan artikel di blog ini kerana tugas-tugas penulis perlulah diutamakan.

Hari ini penulis memilih tajuk "PAS Jangan Terlalu Selesa dengan Royalti" untuk mengisi artikel terbaru untuk blog ini. Kalau kita lihat semenjak dua menjak ini semakin galak PAS 'menjaja isu royalti' namun bukan bermakna penulis menentang tindakan PAS itu, kerana apa salahnya sambil menyelam kita minum air.

Penulis merasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan kepada mereka, penulis tahu yang penulis ini bukanlah pemimpin-pemimpin mereka, bukan juga ulama dan juga bukan umara' namun tidak salahkan kalau kita sampaikan pendapat kita, terpulang kepada mereka nak terima atau tak nak terima pendapat penulis ini.

Penulis ingin bertanya kepada pembaca adakah pembaca masih ingat di mana Kerajaan PAS Terengganu satu masa dulu pun pernah menjaja isu royalti untuk negeri Terengganu, oleh kerana mereka terlalu yakin bahawa dengan isu royalti itu mereka dapat mempertahankan pemerintahan mereka di Terengganu, akhirnya membawa padah apabila Kerajaan PAS Terengganu telah ditumbangkan oleh Barisan Nasional pada tahun 2004.

Begitulah kisahnya, hari ini kalau kita lihat seakan-akan pemimpin-pemimpin begitu selesa dengan menjaja isu royalti, mungkin baginya boleh mendatangkan satu kelebihan untuk mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan, namun sepatutnya mereka tidak boleh begitu cepat untuk selesa kerana mereka perlu juga belajar daripada kejatuhan Empayar PAS Terengganu.

Mungkin PAS sudah boleh dijenamakan semula, di mana pemimpin-pemimpinya yang bertaraf 'kereta buruk' perlu direhatkan. Pemimpin-pemimpin yang ingin menjadi pemimpin seumur hidup juga perlu diundurkan untuk beri laluan kepada golongan muda mengambil alih teraju kepimpinan PAS.

Penulis berharap agar 'isu royalti' tidak menjadi senjata makan tuan bagi PAS, sepertimana sebelum ini media alternatif juga sudah menjadi senjata makan tuan bagi PAS.

Akhir kalam, artikel penulis pada kali ini berakhir di sini, mungkin di artikel yang akan datang penulis akan membincangkan berhubung iklan isu tuntutan royalti Kerajaan Kelantan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin