Bilangan Pengunjung:

Thursday, March 11, 2010

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin
Oleh: yieMEGA

SALAM PERTEMUAN telah lama penulis tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukkan tugas penulis di samping ada beberapa urusan yang berkait dengan JPJ perlu diselesaikan oleh penulis sebelum ini. Kebetulan hari ini penulis mempunyai ruang dan peluang jadi penulis mengambil kesempatan ini untuk mengemaskini blog ini.

Artikel penulis pada kali ini ingin bercakap mengenai Zulkifli Noordin. Mungkin ada orang yang mengatakan penulis agak terlewat untuk mengulas berkenaan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu ini. Namun kata orang 'better late than never'.

Penulis pasti hampir kesemua rakyat Malaysia telah mengetahui apa yang telah terjadi pada manusia bernama Zulkifli Noordin yang bergelar Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu ini. Kalau ada yang tak tahu tu memang sah beliau seperti katak bawah tempurung.

Jangan tergamam bagi sesiapa yang tidak tahu apakah yang terjadi terhadap Zulkifli Nordin yang juga yang digelar "The Riding MP". Sebenarnya beliau telah dipecat daripada menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat kerana beberapa isu yang ditimbulkan beliau yang dikatakan bakal merosakkan imej parti PKR.

Selepas beliau dipecat dari PKR, timbullah satu lagi isu baru yang melibatkan beliau iaitu ada kalangan pemimpin PAS yang mahu menerimanya sebagai ahli parti itu, dan ada juga yang menentang dan tak mahu menerimanya menyertai PAS. Namun, sepertimana kata Zulkifli Noordin di dalam blognya "Teman mohon pun idak bagaimana pula buleh kata saya nak masuk PAS".

Dalam masa yang sama seorang blogger yang terkenal iaitu Mohd Sayuti Omar, begitu bersungguh-sungguh berkempen untuk memastikan Zulkifli Noordin dipecat PKR, penulis pun rasa hairan juga kenapa MSO ni begitu bersungguh-sungguh berkempen agar Zulkifli Nordin dipecat? mungkinkah ia menjadi alat kepada sesiapa di dalam PKR yang menjadi musuh kepada Zulkifli Nordin? Jawapan itu hanya tuhan dan MSO sahaja yang mengetahuinya.

Pada masa ini Zulkifli Noordin merupakan Ahli Parlimen BEBAS yang tidak terikat dengan mana-mana whip parti sepertimana yang dinyatakan oleh surat Zulkifli Noordin kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia [Rujuk Di sini]. Penulis berharap beliau akan terus kekal sebagai ahli Parlimen BEBAS dan tidak akan menyertai mana-mana parti, tetapi mungkin boleh sertai PERKASA.

Pada masa yang sama penulis ingin mencadangkan kepada BN atau UMNO supaya janganlah menawarkan kepada Zulkifli Noordin tempat di dalam UMNO atau BN, biarkan beliau terus kekal menjadi Ahli Parlimen Bebas sehingga tamat tempoh perkhidmatanya.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin