Bilangan Pengunjung:

Monday, March 22, 2010

Pengacau Veteran

Official logo of United Malays National Organi...Image via Wikipedia

Pengacau Veteran
Oleh: yieMEGA

PENGACAU VETERAN dipilih menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini kerana sejak kebelakangan ini banyak isu yang ditimbulkan oleh mereka yang berstatus veteran. Mungkin ada yang tahu bahawa UMNO dan juga Barisan Nasional sekarang ini sedang melalui fasa pemulihan, namun di sebalik pemulihan itu terselit beberapa Veteran yang bakal memberi masalah kepada UMNO dan juga Barisan Nasional.

Penulis tidak mahu menyalahkan kepada pengacau-pengacau Veteran tersebut mungkin para Veteran tersebut 'tersalah pilih masa' di dalam membuat kenyataan-kenyataan dan perjuangan yang agak bertentangan dengan dasar parti. Seeloknya mereka membiarkan dahulu UMNO dan Barisan Nasional melalui fasa pemulihan dengan tenang, dan selesai sahaja fasa pemulihan mereka boleh perjuangkan apa yang mereka ingin perjuangkan.

Dalam pemerhatian penulis, sejak akhir-akhir ini semakin banyak pemimpin-pemimpin Veteran yang tampil membuat kenyataan yang agak populis atau dengan kata lain seaakan-akan cuba menjadi pemimpin Veteran yang popular. Ada yang tak kena mengenai perkara ini. Adakah ini adalah satu sindrom baru yang terpaksa dihadapi oleh UMNO dan juga Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 yang bakal menjelma?

Penulis percaya pemimpin-pemimpin veteran tersebut mungkin mempunyai alasan yang tersendiri, namun apa jua alasan mereka tetapi kenapa mereka memilih untuk membuat kenyataan yang populis ketika parti melalui fasa pemulihan? Kenapa tidak tunggu selepas fasa pemulihan selesai ataupun mereka sengaja ingin mengkhianati parti kerana kecewa tidak berjaya menjadi Presiden? Jawapan tersebut hanya ada pada pemimpin veteran tersebut.

Maaf cakap, walaupun mungkin pemimpin Veteran lebih berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang amat luas, namun bagi penulis ia bukanlah satu tiket untuk mereka membuat kenyataan yang tak boleh ditegur oleh golongan muda.

Ada juga pemimpin Veteran yang sudah berpenggal-penggal menjadi Ahli Parlimen tanpa memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin muda dan pemimpin-pemimpin muda juga tidak pernah mengungkit perkara ini sebelum ini tetapi pemimpin Veteran tersebut mungkin akan jadi Ahli Parlimen seumur hidup dan golongan muda di kawasanya akan terus tidak berpeluang menjadi pemimpin.

Penulis terdengar juga cakap-cakap mengenai Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam yang menyokong usaha-usaha untuk memberikan royalti kepada Kelantan. Penulis masih tidak lupa mengenai kisah Tun Musa Hitam yang berjaya menghasut Ku Li supaya melawan Tun Dr. Mahathir sehingga wujudnya perpecahan UMNO dan juga S46 dilahirkan.

Mungkin ini adalah percubaan kali kedua Tun Musa untuk menghuru-harakan UMNO kerana mungkin menyangka Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan anak didik Tun Dr. Mahathir oleh kerana yang demikian beliau cuba 'menyerang' pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dengan cara sedemikian. Dalam masa yang sama Ku Li sekali lagi bakal diperalatkan, mungkin nasib Ku Li menjadi pemimpin yang sentiasa diperalatkan.

Akhirkalam, penulis ingin menasihati kepada pemimpin-pemimpin Veteran agar beri peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulihkan UMNO dan Barisan Nasional terlebih dahulu, selepas itu buatlah apa tuntutan yang nak dituntut. Janganlah menambahkan masalah kepada parti ketika parti sedang melalui fasa pemulihan.


Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin