Bilangan Pengunjung:

Friday, March 26, 2010

Al-Fatihah: Ahli Parlimen Hulu Selangor Kembali Ke Rahmatullah


Al-Fatihah: Ahli Parlimen Hulu Selangor Kembali Ke Rahmatullah
Oleh: yieMEGA

AHLI Parlimen Hulu Selangor yang juga merupakan mantan Timbalan Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad kembali ke rahmatullah pada pukul 9.27 malam pada malam Khamis di rumahnya Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang kerana mengalami kanser otak.

Pemergiannya disahkan oleh adiknya Mohd Hambali Ahmad. Zainal Abidin, 71 merupakan Mantan Timbalan Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Ahli Parlimen PKR. Dengan kosongnya kerusi yang diwakili oleh Allahyarham, negara kita sekali lagi akan menyaksikan satu lagi Pilihan Raya Kecil yang kesepuluh sejak Pilihan Raya Umum Ke 12 yang lalu.

Dengan Pilihan Raya Kecil yang bakal berlangsung tak lama lagi ia sekali lagi akan menjadi medan ujian bagi jentera-jentera pilihan raya Barisan Nasional dan juga jentera-jentera pilihan raya Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, March 24, 2010

Kempen "Undur KJ Undur"

Kempen "Undur KJ Undur"
Oleh: yieMEGA

SEBELUM penulis mengemaskini artikel terbaru di blog ini tadi penulis sempat membaca ruangan forum MyKmu.net dan penulis tertarik dengan satu forum post yang bertajuk "Kempen Undur KJ Undur". Satu perbincangan yang menarik pada pandangan penulis.

Bagi pembaca yang tidak tahu apakah itu KJ, sebenarnya ia adalah singkatan daripada nama Khairi Jamaluddin dan dipendekkan menjadi KJ. Mungkin semua pembaca dah tahu bahawa Khairi Jamaluddin merupakan Ketua Pemuda UMNO.

Di dalam perbincangan forum tersebut, ada satu undian atau poll dibuat berkenaan dengan Khairi Jamaluddin. Soalan undian tersebut berbunyi KJ secara muktamad perlu undur segera?. Setakat ini undian tersebut menunjukkan 91% responden iaitu 44 orang pengundi bersetuju agar KJ perlu undur segera manakala hanya 8% responden iaitu 4 orang yang tidak bersetuju KJ undur segera. Ini bermakna setakat ini keputusan undian memihak kepada KJ perlu undur segera.

Penulis pula berpendapat agar KJ perlu undur segera daripada jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, tambahan pula setakat ini tiada apa pun yang beliau buat untuk terus memperkasakan sayap UMNO itu.

Penulis juga berpendapat, kemerosotan sokongan kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum yang Ke 12 lalu salah satu sebabnya ialah Khairy Jamaluddin. Banyak perkara yang dibuatnya telah mendatangkan kemarahan kepada pengundi.

Penulis tidak dapat lihat apakah kekuatan yang ada pada Khairy Jamaluddin untuk terus kekal bergelar Ketua Pemuda UMNO. Hari ini kita lihat seolah-olah Pemuda UMNO tidak berfungsi setakat ianya diketuai Khairy Jamaluddin.

Jadi pilihan terbaik bagi para ahli Pemuda UMNO ialah mendesak agar Ketua Pemuda UMNO ini meletak jawatan kerana terbukti beliau telah gagal menjadi Ketua Pemuda yang menjadi pengemudi bagi terus menjadikan UMNO terus relevan.

Tiba masanya, KJ perlu meletak jawatannya dengan seberapa segera bagi menyelamatkan Pemuda UMNO. Akhir kalam, sudah tiba masanya KJ berkorban bukankan perjuangan memerlukan pengorbanan. Jadi jangan tunggu lama-lama.

Baca Lagi!

Monday, March 22, 2010

Pengacau Veteran

Official logo of United Malays National Organi...Image via Wikipedia

Pengacau Veteran
Oleh: yieMEGA

PENGACAU VETERAN dipilih menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini kerana sejak kebelakangan ini banyak isu yang ditimbulkan oleh mereka yang berstatus veteran. Mungkin ada yang tahu bahawa UMNO dan juga Barisan Nasional sekarang ini sedang melalui fasa pemulihan, namun di sebalik pemulihan itu terselit beberapa Veteran yang bakal memberi masalah kepada UMNO dan juga Barisan Nasional.

Penulis tidak mahu menyalahkan kepada pengacau-pengacau Veteran tersebut mungkin para Veteran tersebut 'tersalah pilih masa' di dalam membuat kenyataan-kenyataan dan perjuangan yang agak bertentangan dengan dasar parti. Seeloknya mereka membiarkan dahulu UMNO dan Barisan Nasional melalui fasa pemulihan dengan tenang, dan selesai sahaja fasa pemulihan mereka boleh perjuangkan apa yang mereka ingin perjuangkan.

Dalam pemerhatian penulis, sejak akhir-akhir ini semakin banyak pemimpin-pemimpin Veteran yang tampil membuat kenyataan yang agak populis atau dengan kata lain seaakan-akan cuba menjadi pemimpin Veteran yang popular. Ada yang tak kena mengenai perkara ini. Adakah ini adalah satu sindrom baru yang terpaksa dihadapi oleh UMNO dan juga Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 yang bakal menjelma?

Penulis percaya pemimpin-pemimpin veteran tersebut mungkin mempunyai alasan yang tersendiri, namun apa jua alasan mereka tetapi kenapa mereka memilih untuk membuat kenyataan yang populis ketika parti melalui fasa pemulihan? Kenapa tidak tunggu selepas fasa pemulihan selesai ataupun mereka sengaja ingin mengkhianati parti kerana kecewa tidak berjaya menjadi Presiden? Jawapan tersebut hanya ada pada pemimpin veteran tersebut.

Maaf cakap, walaupun mungkin pemimpin Veteran lebih berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang amat luas, namun bagi penulis ia bukanlah satu tiket untuk mereka membuat kenyataan yang tak boleh ditegur oleh golongan muda.

Ada juga pemimpin Veteran yang sudah berpenggal-penggal menjadi Ahli Parlimen tanpa memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin muda dan pemimpin-pemimpin muda juga tidak pernah mengungkit perkara ini sebelum ini tetapi pemimpin Veteran tersebut mungkin akan jadi Ahli Parlimen seumur hidup dan golongan muda di kawasanya akan terus tidak berpeluang menjadi pemimpin.

Penulis terdengar juga cakap-cakap mengenai Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam yang menyokong usaha-usaha untuk memberikan royalti kepada Kelantan. Penulis masih tidak lupa mengenai kisah Tun Musa Hitam yang berjaya menghasut Ku Li supaya melawan Tun Dr. Mahathir sehingga wujudnya perpecahan UMNO dan juga S46 dilahirkan.

Mungkin ini adalah percubaan kali kedua Tun Musa untuk menghuru-harakan UMNO kerana mungkin menyangka Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan anak didik Tun Dr. Mahathir oleh kerana yang demikian beliau cuba 'menyerang' pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dengan cara sedemikian. Dalam masa yang sama Ku Li sekali lagi bakal diperalatkan, mungkin nasib Ku Li menjadi pemimpin yang sentiasa diperalatkan.

Akhirkalam, penulis ingin menasihati kepada pemimpin-pemimpin Veteran agar beri peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulihkan UMNO dan Barisan Nasional terlebih dahulu, selepas itu buatlah apa tuntutan yang nak dituntut. Janganlah menambahkan masalah kepada parti ketika parti sedang melalui fasa pemulihan.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, March 19, 2010

SALAHKAN UMNO

Beberapa hari yang lalu, ada beberapa kejutan yang berlaku di Parlimen termasuklah beberapa MP PKR sebelum ini telah bertukar status kepada MP BEBAS, nampaknya bertambahlah geng DP Ibrahim Ali.

Selain daripada itu, salah seorang daripada MP BEBAS itu telah mendedahkan yang Anwar Ibrahim telah berbohong berkenaan agenda 16 semptember yang sampai sekarang tidak menjadi kenyataan.

Seperti biasa, kalau tak dapat jawab, dia mesti kaitkan dengan UMNO, kata jadi alat UMNO dan bermacam-macam lagi, seolah UMNO sudah menjadi perkataan wajib jika ada kepincangan yang berlaku dalam PAKATAN RAKYAT.

Mungkin selepas ini kita dah dapat mengagak apa kenyataan yang bakal dikeluarkan sekiranya apa-apa sahaja yang berlaku di dalam parti itu.
Baca Lagi!

Thursday, March 18, 2010

Bila Zahrain Bersuara BEBAS!

Bila Zahrain Bersuara BEBAS!
Oleh: yieMEGA

BILA ZAHRAIN bersuara bebas menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini. Bagi pembaca yang tidak mengetahui kenapa penulis memilih tajuk ini untuk artikel pada kali ini sila baca Laporan Utusan Online.

Wah lantang dan lancar sungguh berhujah Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim Ahli Parlimen BEBAS Bayan Baru ini, untuk rekod sebelum ini beliau iailah Ahli Parlimen PKR. Begitu lancang beliau 'memanah' bekas bossnya sehinggakan bossnya itu berjalan keluar dari Parlimen.

Hebat juga ahli parlimen berstatus BEBAS ini. Dalam masa yang sama penulis turut membaca artikel blog yang dikarang oleh Mohd Sayuti Omar yang lebih dikenali dengan nama MSO di dalam blognya Merah Tinta MSO yang bertajuk "Ahli Parlimen Kera Dalam TV3". Namun, penulis tidak pasti ditujukan kepada siapa. Namun, dari segi lenggok bahasanya seperti MSO terlalu emosi, tidak pernah sebelum ini penulis lihat MSO akan mengeluarkan artikel yang berbaur emosi.

Penulis pun hairan juga, oh ya mungkin penulis terlupa bahawa MSO adalah di antara penulis yang kuat menulis buku-buku politik yang memuji-muji, dan membodek Anwar Ibrahim antaranya 'Jalan Pintas Ke Putrajaya' dan bermacam-macam lagi artikel yang dikeluarkan beliau di dalam blog beliau, sebagai 'Penulis Upahan Sukarela Anwar' mesti melenting apabila Anwar 'dibalun' sedemikian oleh bekas ahli PKR itu.

Tak kisahlah apa yang MSO fikirkan atau pembaca semua fikirkan tentang MSO, apa yang penting penulis sebenarnya kurang bersetuju dengan insiden semalam kerana ia telah menjadikan Parlimen seolah-olah Pasar Borong Wakaf Che Yeh. Terpekik terlolong macam orang nak jual ikan sahaja.

Penulis berharap selepas ini janganlah insiden yang memalukan ini terjadi lagi, mencemar imej parlimen sahaja. Namun, bagi penulis perkara ini tidak akan terjadi sekiranya selepas PRU12 Anwar tidak melaungkan-melaungkan misi 16 September yang sampai sekarang tidak berhasil. Mungkin lepas ni Anwar boleh tukar namanya menjadi AnBual Besar yang bermaksud orang yang suka yang bercakap besar.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, March 11, 2010

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin
Oleh: yieMEGA

SALAM PERTEMUAN telah lama penulis tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukkan tugas penulis di samping ada beberapa urusan yang berkait dengan JPJ perlu diselesaikan oleh penulis sebelum ini. Kebetulan hari ini penulis mempunyai ruang dan peluang jadi penulis mengambil kesempatan ini untuk mengemaskini blog ini.

Artikel penulis pada kali ini ingin bercakap mengenai Zulkifli Noordin. Mungkin ada orang yang mengatakan penulis agak terlewat untuk mengulas berkenaan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu ini. Namun kata orang 'better late than never'.

Penulis pasti hampir kesemua rakyat Malaysia telah mengetahui apa yang telah terjadi pada manusia bernama Zulkifli Noordin yang bergelar Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu ini. Kalau ada yang tak tahu tu memang sah beliau seperti katak bawah tempurung.

Jangan tergamam bagi sesiapa yang tidak tahu apakah yang terjadi terhadap Zulkifli Nordin yang juga yang digelar "The Riding MP". Sebenarnya beliau telah dipecat daripada menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat kerana beberapa isu yang ditimbulkan beliau yang dikatakan bakal merosakkan imej parti PKR.

Selepas beliau dipecat dari PKR, timbullah satu lagi isu baru yang melibatkan beliau iaitu ada kalangan pemimpin PAS yang mahu menerimanya sebagai ahli parti itu, dan ada juga yang menentang dan tak mahu menerimanya menyertai PAS. Namun, sepertimana kata Zulkifli Noordin di dalam blognya "Teman mohon pun idak bagaimana pula buleh kata saya nak masuk PAS".

Dalam masa yang sama seorang blogger yang terkenal iaitu Mohd Sayuti Omar, begitu bersungguh-sungguh berkempen untuk memastikan Zulkifli Noordin dipecat PKR, penulis pun rasa hairan juga kenapa MSO ni begitu bersungguh-sungguh berkempen agar Zulkifli Nordin dipecat? mungkinkah ia menjadi alat kepada sesiapa di dalam PKR yang menjadi musuh kepada Zulkifli Nordin? Jawapan itu hanya tuhan dan MSO sahaja yang mengetahuinya.

Pada masa ini Zulkifli Noordin merupakan Ahli Parlimen BEBAS yang tidak terikat dengan mana-mana whip parti sepertimana yang dinyatakan oleh surat Zulkifli Noordin kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia [Rujuk Di sini]. Penulis berharap beliau akan terus kekal sebagai ahli Parlimen BEBAS dan tidak akan menyertai mana-mana parti, tetapi mungkin boleh sertai PERKASA.

Pada masa yang sama penulis ingin mencadangkan kepada BN atau UMNO supaya janganlah menawarkan kepada Zulkifli Noordin tempat di dalam UMNO atau BN, biarkan beliau terus kekal menjadi Ahli Parlimen Bebas sehingga tamat tempoh perkhidmatanya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin