Bilangan Pengunjung:

Monday, August 15, 2011

1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera


1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
Oleh: yieMEGA

TINGGAL kurang dari 15 hari lagi negara kita akan menyambut detik yang penuh bersejarah buat rakyat Malaysia. Detik yang penuh bersejarah yang dimaksudkan ialah apabila 31 Ogos kita akan menyambut hari kemerdekaan negara.

1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera itulah tema sambutan Hari Kebangsaan negara kita pada kali ini. Apa yang menjadi kemerdekaan tahun ini lebih bermakna apabila ia berdekatan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tertarik penulis kepada perkataan "Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera", ia adalah bersesuaian dengan transformasi demi transformasi yang telah dibuat oleh Perdana Menteri kita sekarang ini iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sepertimana yang kita semua sedia maklum, begitu banyak transformasi yang dilakukan oleh DS Najib sebelum ini. Persoalanya adakah semua transformasi tersebut sudah berjaya atau sebaliknya.

Penulis kejayaan program-program transformasi yang dijalankan Najib mungkin akan dijadikan kayu pengukur oleh rakyat untuk menentukan kesinambungan DS Najib sebagai Perdana Menteri pada PRU13 akan datang.

Memang benar, sekiranya transformasi berjaya rakyat akan sejahtera. Itulah hakikat yang perlu diakui oleh DS Najib Tun Razak. Persoalan pokok di sini, adakah transformasi-transformasi yang dilakukan telah berjaya atau tidak.

Jika transformasi berjaya, ini bermakna Malaysia akan terus kekal aman, makmur dan rakyatnya akan terus kekal sejahtera. Tambahan pula kita menyambut Kemerdekaan kali ini berdekatan dengan Aidilfitri.

Dalam pada itu, mengikut maklumat yang penulis terima sambutan kemerdekaan pada kali ini akan ditunda kepada 16 September 2011, kebetulan pula pada 16 September adalah Hari Malaysia jadi maknanya Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan akan disambut serentak pada tahun ini.

Di dalam kita menunggu 15 hari lagi hari kemerdekaan negara kita, bersama-samalah kita ingat dan berterima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air yang pada waktu itu bertungkus lumus untuk mendapatkan kemerdekaan untuk negara kita.

Fahamilah erti kemerdekaan yang sebenarnya, ingatlah Merdeka bukan bermakna kita bebas merempit, kita bebas membuat apa yang kita suka yang melampaui undang-undang sivil mahupun undang-undang syariah.

Kepada anak-anak muda belia di luar sana marilah kita bermuhasabah sendiri dan cuba kita hayati kemerdekaan negara kita dalam ertikata kemerdekaan yang sebenarnya dan hayatilah perjuangan-perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan di masa lalu.

Satu perkara yang kita harus dan patut ingat ialah "Mempertahankan kemerdekaan adalah lebih susah berbanding kita mendapatkan kemerdekaan", Hayati dan renung-renungkalah ungkapan ini agar negara kita terus kekal bebas dan merdeka.

Pesan penulis kepada semua kakitangan awam di seluruh negara, marilah bersama-sama kita berusaha untuk memastikan program-program transformasi yang dilakukan oleh kerajaan kita akan berjaya untuk membolehkan rakyat kita sejahtera. Fikir-fikirkanlah.....


Baca Lagi!

Sunday, August 14, 2011

Milik Siapakah PRU13?



MILIK siapakah Pilihan Raya Umum Ke 13 itulah yang menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini. Sengaja penulis memilih hari ke 14 di bulan Ramadhan AL-Mubarak ini untuk mengeluarkan artikel berkenaan dengan PRU13 yang bakal mendatang.

Penulis percaya di luar sana sudah ada cakap-cakap mengenai pilihan raya, tak kurang juga di parlimen-parlimen kedai kopi sudah hangat membincangkan hal berkenaan PRU13. PRU13 akan terjawablah segala persoalan yang selama ini bermain di kancah fikiran para penggiat dan peminat politik tanah air.

Sepertimana sedia maklum, sewaktu PRU12 yang telah berlalu berlaku satu fenomena yang dipanggil 'tsunami politik' yang menyaksikan beberapa negeri yang sebelum ini berada di bawah naungan Barisan Nasional tumbang dan jatuh pembangkang di negeri tersebut berjaya membentuk kerajaan dan juga di peringkat Barisan Nasional hanya berjaya memerintah dengan majoriti mudah.

Penulis percaya ramai yang diluar sana tertanya-tanya sama ada fenomena 'tsunami politik' adakah akan berulang semasa PRU13 nanti? Sememangnya jawapan yang paling tepat tunggulah detik PRU13 kelak pada waktu itulah kita akan mendapat jawapan yang benar-benar sahih.

Pengaruh Ekonomi Terhadap PRU13

Satu perkara yang tidak kurang pentingnya yang akan mempengaruhi 'mood' pengundi semasa PRU 13 kelak ialah ekonomi. Boleh dikatakan prestasi ekonomi akan dijadikan 'kayu pengukur' oleh pengundi untuk menentukan siapakah kerajaan pilihan mereka.

Apabila kita bercakap mengenai ekonomi sudah tentu kita jangan lupa bercakap mengenai 'bebanan' yang terpaksa ditanggung rakyat. Sepertimana yang kita tahu semakin hari semakin meningkatlah bebanan rakyat ditambah pula dengan iklim ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.

Oleh yang demikian, sekiranya kerajaan yang ada sekarang gagal menangani isu ini, tidak mustahil tsunami politik PRU12 akan berulang pada PRU13 malah mungkin lebih teruk lagi daripada PRU12 sekiranya kerajaan gagal menangani permasaalahan ekonomi. Oleh itu, kerajaan perlu memperhebatkan lagi usaha-usaha untuk meningkatkan prestasi ekonomi negara.
Pengaruh Isu-Isu Dalam Negara Terhadap PRU 13

PENGARUH isu-isu dalam negara juga tidak boleh diketepikan oleh kerajaan, kadang-kadang isu yang dianggap remeh pun boleh jadi isu besar di mata pengundi. Jika kerajaan gagal menguruskan isu-isu remeh dengan baik pasti ia akan mempengaruhi keputusan PRU13.

Perlu diingatkan remeh di mata kerajaan tetapi ia tidak dipandang remeh oleh mata rakyat marhaen yang sentiasa memandang. Usaha-usaha untuk menyelesaikan isu-isu remeh perlu dilakukan secara proaktif bagi memberi keyakinan kepada rakyat yang bakal membuang undi.

Siapa yang bakal mendominasi PRU13

SIAPA? yang bakal mendominasi PRU13 akan terjawab apabila tiba detik PRU13 nanti, namun buat masa ini pada permerhatian penulis kedua-dua belah pihak yakni kerajaan dan pembangkang ada peluang yang samarata.

Namun, kerajaan tidak boleh berpuas hati dengan apa yang ada mereka perlu berusaha lagi agar sesuatu yang terjadi tidak dapat memberi ruang kepada pembangkang untuk memanipulasikanya.

JADI Milik Siapakah PRU13? nantikan jawapanya pada PRU13 kelak, sama-samalah kita menunggu dengan penuh kesabaran untuk mendapatkan jawapanya.

Baca Lagi!

Sunday, August 7, 2011

Ku Li dan Angkatan Amanah Merdeka


Ku Li dan Angkatan Amanah Merdeka
Oleh: yieMEGA

ANGKATAN Amanah Merdeka, sekali dengar ia sudah hampir dengan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang ditubuhkan Ku Li sewaktu berada di dalam Parti Melayu Semangat 46 tidak beberapa lama dahulu. Lama juga nama Ku Li tenggelam daripada arena politik tanah air, tup-tup hari ni timbul pula namanya dan ia ada kaitan dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali dengan nama Angkatan Amanah Merdeka atau ringkasnya AMANAH.

Dengan timbulnya NGO bernama AMANAH ini timbullah pula dakwaan bahawa NGO ini digerakkan untuk menjatuhkan Kerajaan Pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, namun perkara ini telah dinafikan oleh Ku Li sendiri. Kemudian timbul pula dakwaan bahawa Ku Li akan dicaturkan untuk menjadi Ketua Pembangkang mengantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memang di dalam politik tiada yang mustahil akan terjadi, namun penulis percaya yang YBM Tengku Razaleigh Hamzah akan terus mengekalkan kesetiaanya terhadap UMNO, tambahan pula tanah di mana Bangunan UMNO tersergam indah selama ini adalah milik beliau. Bagi penulis beliau akan terus setia bersama UMNO.

NGO yang bernama AMANAH ini mungkin mempunyai matlamat lain yang lebih relevan contohnya seperti menyatupadukan kaum-kaum yang ada di Malaysia sepertimana yang cuba diterapkan oleh DS Najib Tun Razak dalam gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh beliau.

Bagi penulis UMNO masih memerlukan khidmat Ku Li, tambahan pula beliau seorang negarawan dan berpengalaman luas di dalam bidang politik dan juga mempunyai kepakaran ekonomi. Hairan juga penulis kenapa UMNO tidak memberi peranan penting kepada Ku Li agar ia akan mendatangkan kebaikkan untuk UMNO juga.

Perlu ditegaskan bahawa kepakaran negarawan seperti Ku Li memang amat diperlukan bagi menghadapi iklim politik yang tidak menentu yang melanda kebanyakkan negara selama ini. Krisis-krisis politik di luar negara telah membuktikanya.

Mengapa kita masih mahu sisihkan orang yang boleh menjadi senjata mahupun perisai untuk kita. Oleh yang demikian, janganlah kita sia-siakan kewujudan Ku Li di dalam UMNO. Di dalam politik kita perlu mengenepikan matlamat diri dan mengutamakan matlamat dan visi parti.

Apakah kesudahan isu KU LI dan AMANAH ini sama-samalah kita nantikan kesudahanya, adakah Ku Li akan bertindak sebagaimana yang di dakwa atau sebaliknya. Bersabarlah kita menantikan kesudahanya dan sama-samalah kita nantikan apa lagi yang akan mewarnai dunia politik tanah air kita.

Baca Lagi!

Friday, August 5, 2011

5 Hari Di Bulan Ramadhan

5 Hari Di Bulan Ramadhan
Oleh: yieMEGA

PEJAM CELIK PEJAM CELIK Alhamdullilah kini kita sudah berada di hari ke 5 di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini artikel terbaru untuk blog ini. Perkara ini bukanlah disengajakan tetapi penulis terlalu sibuk dengan tugas penulis tambahan pula beberapa hari yang lalu penulis terkena sejenis penyakit kulit yang dikenali dengan nama Pedal Ayam. Alhamdullilah hari ini penyakit itu telah pun sembuh dan dapatlah penulis mengemaskini blog ini.

Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan malah ia adalah bulan keampunan. Penulis percaya pembaca-pembaca di luar sana pasti sibuk menggandakan ibadat ya maklum sahajalah ini kan bulan menggandakan ibadat. Penulis sentiasa berdoa agar penulis diberi kekuatan untuk meneruskan ibadat puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Menariknya, Ramadhan kali ini kita akan sambut dengan hari Kemerdekaan dan selepas hari kemerdekaan negara, kita pula akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Dengan erti kata lain kali ini raya kita dikenali dengan nama Merdeka Raya.

Bercakap mengenai Raya, tak sabar-sabar pula penulis untuk menunggu syarikat apakah yang akan menerbitkan iklan raya yang unik dan penuh mesej yang sendiri seperti mana Iklan TV raya yang lepas-lepas. Kata orang Iklan TV musim raya banyak yang ada mesej tersendiri. Sama-samalah kita nantikanya.

Sepanjang penulis tidak mengemaskini blog ini bermacam-macam isu politik yang telah mewarnai arena politik tanah air kita. Bermacam-macam perkara yang timbul, namun penulis merasakan ini bukan masa yang sesuai untuk penulis mengulas isu-isu tersebut.

Insya-Allah isu-isu tersebut akan penulis ulaskan dalam artikel penulis yang akan datang, di harap pembaca-pembaca blog Suara Generasi Muda Malaysia bersabar untuk menunggu ulasan daripada penulis tersebut.

Sama-samalah kita berdoa agar Ramadhan kali ini kita terus dikurniakan keberkatan oleh Allah s.w.t dan kita terus berupaya untuk meneruskan ibadat Puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.


Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin