Bilangan Pengunjung:

Sunday, September 18, 2011

HARI MALAYSIA


HARI MALAYSIA
oleh: yieMEGA

TANGGAL 16 September merupakan detik bersejarah bagi negara kita Malaysia. Pada tarikh keramat itulah negara bernama Malaysia ditubuhkan, kini Hari Malaysia telah diisytiharkan sebagai cuti umum.

16 September 2011 sekali lagi sejarah diukir apabila sambutan hari kemerdekaan dan Hari Malaysia disambut serentak ini menjadikan sambutan Hari Malaysia lebih meriah berbanding tahun-tahun yang lalu.

Di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia, dalam pada itu marilah kita bersama-sama bersatu untuk merealisasikan hasrat transformasi berjaya, rakyat sejahtera.
Penulis berharap sempena Hari Malaysia ini semua pemimpin-pemimpin tak kiralah daripada pihak kerajaan mahupun oposisi hendaklah bekerja dengan lebih keras lagi dan janganlah mereka kerja secara main-main lagi.

ISA DIMANSUHKAN

SEPERTIMANA yang anda semua tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat satu pengumuman yang boleh dikatakan berani iaitu mengenai pemansuhan undang-undang yang tidak disenangi oleh oposisi iaitu ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Mungkin pihak oposisi akan mendakwa perjuangan mereka selama ini telah berjaya apabila DS Najib mengisytiharkan demikian rupa, namun mereka silap kerana pemansuhan tersebut dibuat ialah lanjutan daripada program-program transformasi yang sedang dilakukan oleh kerajaan pada masa ini.

Pihak oposisi tidak boleh mendabik dada mengatakan perjuangan mereka selama ini berhasil kerana pemansuhan ini dibuat adalah sebahagian daripada plan transformasi Kerajaan Malaysia.

Bercakap mengenai pemansuhan ISA, penulis merasakan adalah lebih baik undang-undang baru yang digubal oleh kerajaan untuk menggantikan ISA hendaklah lebih baik daripada ISA. Penulis percaya sudah tentu PM sudah ada cara yang terbaik untuk menggubal undang-undang untuk menggantikan ISA.


Baca Lagi!

Thursday, September 15, 2011

Pilihan Raya Yang Tak Sudah

Pilihan Raya Yang Tak Sudah
Oleh: yieMEGA

ANDA semua di luar sana tentu pernah mendengar lagu Mimpi Yang Tak Sudah yang dinyanyikan oleh Ibnor Rizar tak berapa dahulu? Ya tentu pernah kan... tapi hari ni bukan penulis ingin bercerita mengenai lagu mimpi yang tak sudah tu tapi hari ni sesuai dengan tajuk artikel penulis pada kali ini iaitu Pilihan Raya Yang Tak Sudah.

Apa yang penulis dapat lihat suasana dan iklim politik di Malaysia pada hari ini bermula pra PRU12 dan pasca PRU12 satu perkara yang kita tidak boleh nafikan lagi kerana ianya realiti yang berlaku di dalam dunia politik Malaysia pada hari ini. Perkara itu ialah cuba kita lihat kepada pemain-pemain politik tak kiralah sebelah pembakang mahupun sebelah kerajaan, mereka terlalu kuat berpolitik dan tak habis-habis berpolitik dan sampai sekarang ni pun mereka tak habis-habis berpolitik.

Kalau mereka semua asyik berpolitik bagaimana aspirasi dan harapan yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka hendak dilaksanakan dengan jayanya. Penulis pun rasa hairan dengan perangai mereka semua ni, adakah mereka semua lebih pentingkan politik daripada rakyat jelata. Sepatutnya mereka yang dipilih oleh rakyat perlulah bekerja keras untuk rakyat dan bukanya asyik bermain dengan politik sahaja.

Adakah mereka semua sanggup menggadaikan harapan rakyat jelata yang digalaskan ke atas bahu mereka selaku pemimpin tak kiralah mereka pemimpin di belah pihak mana pembangkang ke kerajaan ke apa yang penting kedua-dua belah pihak memang kuat berpolitik daripada bekerja.

Penulis menyeru agar kedua-dua belah pihak kurangkan sedikit berpolitik dan tumpukan kepada tugas-tugas yang patut dilakukan oleh mereka kalau nak kembali berpolitik boleh apabila PRU13 semakin hampir masa tu bolehlah kedua-dua belah pihak untuk aktif berpolitik.

Bercakap mengenai PRU13 ni sebelum penulis terlupa, teringat penulis kepada kata-kata seorang Pak Cik di Kedai Kopi petang tadi antara "Polis, JPJ kuat menyaman orang sekarang ni, ni mungkin kerajaan tak ada duit nak guna di dalam pilihan raya".

Satu ungkapan mungkin ramai yang kurang senang apabila mendengarnya. Persoalanya di sini bagaimanakah Pak Cik tersebut mengaitkan Saman JPJ dan Polis dengan Pilihan Raya Umum. Adakah benar dakwaan pak cik ini atau sebaliknya? Jika benar, Mengapa ia perlu berlaku.....

Hari ini kita lihat, ungkapan tersebut sering digunakan oleh rakyat Jelata. Sepatutnya perlu berbuat sesuatu supaya andaian tersebut tidak diandaikan oleh rakyat jelata. Mungkin kerajaan ada jalan agar selepas ini andaian tersebut tidak akan diandaikan lagi oleh rakyat jelata.

Baca Lagi!

Tuesday, September 6, 2011

Mengenang Allahyarham Noramfaizul

Mengenang Allahyarham Noramfaizul
Oleh: yieMEGA

MUNGKIN anda semua telah membaca mengenai berita kematian wartawan BernamaTV yang terkorban semasa mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di negara bergolak Somalia.

Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan yang Allahyarham Noramfaizul merupakan Wira Malaysia yang sebenar. Penulis bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak itu bahawa Noramfaizul merupakan wira Malaysia yang sebenar.

Walaubagaimanapun, penulis kecewa dengan ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menanguk di air yang keruh dan cuba bermain dengan permainan 'blame game' apabila menyalahkan UMNO berkenaan dengan tragedi ini.

Pada pandangan penulis, UMNO tidak patut dipersalahkan dalam hal ini kerana semua ini berlaku sememangnya malang tidak berbau lagipun mengikut laporan Allahyarham Noramfaizul tidak sepatutnya pergi tetapi Allahyarham yang beria-ria nak pergi. Jadi sepatutnya permainan siapa salah diteruskan lagi.

Walauapapun penulis merasakan pengorbanan Allahyarham begitu besar dan sememanya layak digelar Wira Malaysia yang sebenar. Kepada keluarga Allahyarham penulis ingin merakamkan ucapan takziah bersabarlah di atas apa yang berlaku ini adalah salah satu dugaan Allah tuhan seru sekian alam.

Ingin penulis tegaskan di sini, jasa-jasa Allahyarham begitu besar kepada negara kita dan mungkin kita boleh memberi pengiktirafan tertentu kepada Allahyarham di atas pengorbanan demi pengorbanan yang dilakukan oleh beliau semasa hayatnya.

Baca Lagi!

Monday, September 5, 2011

Alahai Mat Sabu.......

Alahai Mat Sabu.......
Oleh: yieMEGA

ALAHAI Mat Sabu itulah yang penulis pilih menjadi tajuk artikel penulis pada kai ini. Ini adalah berkaitan dengan satu isu terbaru yang berkait dengan Mat Sabu yang hangat diperkatakan ramai pada hari ini sepertimana yang dikomen oleh G.A.P.

"Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
Di atas adalah petikan daripada ayat Mat Sabu, dalam erti kata lain daripada ayat di atas jelas sekali nampaknya Mat Sabu menyokong perjuangan komunis ataupun dia memang dari dulu bercita-cita nak jadi komunis atau bintang tiga.

Penulis tak tahulah apa maksud tersirat Mat Sabu sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa, mungkin juga itu salah satu cara untuk Mat Sabu menarik sokongan politik terutamanya daripada saki-baki pejuang-pejuang yang masih aktif berjuang berselindung di sebalik parti politik yang mengmalkan demokrasi.

Kebetulan pula, mandat pilihan raya yang lalu dah nak hampir habis dan berkemungkinan PRU13 diadadakan bila-bila masa dari sekarang, jadi mungkin itu salah satu helah Mat Sabu ntuk menarik sokongan mereka-mereka yang masih berideologi komunis.

Apa yang penulis kesalkan sanggup Mat Sabu menghina wira-wira Bukit Kepung, sedangkan ramai yang terkorban....pada pandagan penulis sememangnya Mat Sabu telah menghina wira-wira Bukit Kepong. Orang seperti Mat Sabu ni memang tidak layak diangkat menjadi pemimpin.

Baca Lagi!

Friday, September 2, 2011

Rasuah Bubur Lambuk....


Rasuah Bubur Lambuk....
Oleh: yieMEGA

BUBUR lambuk satu makanan yang paling popular apabila kita berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sesuai dengan kita baru je habis bulan Ramadhan, hari ini penulis mengajak semua pembaca marilah bersama-sama kita berhujah dengan penuh ilmiah dan bukanya emosi, berhujahlah dengan fakta dan jangan berhujan dengan auta.

Apa yang penulis ingin bentangkan di sini berkenaan dengan tajuk artikel penulis pada kali ini iaitu "Rasuah Bubur Lambuk" artikel ini berkaitan dengan sepertimana yang dilaporkan oleh BesutLonih. Baru-baru ini, semasa bulan Ramadhan PAS Besut telah mengadakan satu program di Bazaar Ramadhan Kampung Raja, Besut, Terengganu program tersebut adalah pemberian bubur lambuk secara percuma kepada pengunjung-pengunjung Bazaar tersebut.

Persoalanya di sini, adakah pemberian Bubur Lambuk percuma itu dikira rasuah atau tidak. Daripada apa yang penulis tahu, bubur lambuk itu disertakan bersama dengan risalah politik yang mungkin juga risalah kempen pilihan raya. Adakah pemberian ini dikira rasuah?

Apa yang penulis musykil di sini, jika pemberian bubur lambuk itu tidak bermaksud tertentu kenapa perlu disertakan bersama risalah politik/kempen politik tersebut. Jika pemberian itu benar-benar ikhlas tak perlulah disertakan risalah-risalah seperti itu.

Jika pemberian bubur lambuk tersebut bermaksud tertentu, ini bermakna mereka telah merendahkan martabat rakyat setempat, mereka telah cuba membeli harga diri rakyat setempat dengan semangkuk bubur lambuk. Adakah ini tujuan mereka?

Jika ada yang berkata pemberian bubur lambuk itu berkepentingan ramai bagaimanapula yang ramai masih tak dapat bubur lambuk percuma itu lainlah kalau mereka membina jalan raya itu sememangnya untuk kepentingan ramai.

Jika benar pemberian bubur lambuk tersebut ada maksud tertentu ini bermakna sejak PAS menyertai Pakatan Rakyat PAS mula berjinak-jinak dengan rasuah. Adakah ini dinamakan Parti Islam? Fikir-fikirkanlah.....

Baca Lagi!

Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya Dan Merdeka....

Selamat Hari Raya Dan Merdeka....
Oleh: yieMEGA

SELAMAT hari raya Aidilfitri penulis ucapkan terutamanya kepada pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia dan di kesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang tahun kemerdekaan Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

Uniknya raya pada kali ini adalah kerana ia hampir dengan tarikh keramat bagi rakyat Malaysia menyambut hari negara kita dibebaskan daripada cengkaman penjajah atau dalam erti kata lain Merdeka.

Alhamdulillah tahun ini kita menyambut dua hari kemenangan, semoga tahun ini merupakan tahun yang berkat. Sebelum penulis terlupa, adalah elok penulis menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf di atas sebarang salah silap penulis sepanjang bergelar blogawan.

Berbalik kita kepada hari Kemerdekaan Malaysia, apa yang penulis ingin ucapkan di sini adalah agar sama-samalah kita cuba memahami apakah erti kemerdekaan dalam ertikata yang sebenarnya. Hari ini kita lihat semakin ramai rakyat Malaysia yang tidak memahami erti kemerdekaan dalam ertikata yang sebenarnya.

Apa yang penulis harapkan selepas ini Malaysia akan menjadi negara yang lebih maju daripada sekarang dan apa yang paling penting menjadi negara yang tinggi dari segi integritinya. Itulah yang kita harapkan sesuai pula tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini ialah Transformasi berjaya, rakyat sejahtera.

Penulis doakan agar transformasi negara akan berjaya agar rakyat akan mendapat kesejahteraan daripadanya. Dalam masa yang sama, kerajaan perlulah meneruskan usaha-usaha untuk membantu rakyat kerana tanpa rakyat siapalah kerajaan.

Dalam masa yang sama, penulis berharap bebanan rakyat yang terus meningkat dari hari ke sehari agar dapat dikurangkan oleh kerajaan kerana rakyat tidak sepatutnya dibebankan oleh bebanan yang demikian.



Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin