Bilangan Pengunjung:

Saturday, August 24, 2013

BAS Kemalangan Jatuh Gaung di Genting Highland...

BAS Kemalangan Jatuh Gaung di Genting Highland
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya umum sudah mengetahui mengenai satu kemalangan ngeri yang berlaku di Genting Highland beberapa hari yang lalu. Sudah agak lama juga kita tidak mendengar berita mengenai kemalangan bas yang sedasyat itu. Mengikut maklumat yang penulis terima kemalangan itu berlaku di KM3.6 Jalan Genting-Karak. Waktu kemalangan dikatakan tepat pukul 2.22 petang. 

Blog Sembang Cerita turut membincangkan hal ini di bawah artikel yang bertajuk "Tragedi 2.22 Bas Terjunam Ke Dalam Gaung Di Genting". Di dalam blog tersebut ia ada menjelaskan berkenaan fakta sebenar kejadian tersebut. Fakta tersebut adalah sepertimana di bawah ini:


Baca Lagi!

Tuesday, August 20, 2013

Kontroversi Buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia

Kontroversi Buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia
Oleh: yiemega

SEBUAH buku yang semakin hangat diperkatakan kini ialah buku yang bertajuk "Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia". Buku ini terus menjadi isu hangat terutamanya di kalangan blogawan-blogawan tempatan. Dr Novandri juga turut mengulas berkenaan dengan buku ini di blognya iaitu Dr MiM

Buku ini mengisahkan Malaysia semasa era Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Menurut Dr Novandri terdapat penipuan dalam buku ini. Paling jelas sekali berita penerbitan buku ini paling awal dikeluarkan oleh portal berita pro pembangkang seperti Malaysiakini.

Kandungan buku ini juga boleh dipertikaikan, meragukan, berat sebelah dan sukar untuk dipercayai. Salah seorang penyunting buku ini yang namanya Bridget Welsh membuatkan buku ini lebih sukar untuk dipercayai. Umum mengenai bahawa Bridget Welsh bersifat berat sebelah terhadap pentadbiran Najib Razak dan juga UMNO/BN.

Malah artikel Bridget Welsh juga menjadi pilihan oleh blog milik pemimpin pembangkang untuk 'menyerang' pentadbiran Najib Razak serta UMNO/BN. Bridget Welsh juga merupakan penyumbang kepada artikel-artikel untuk portal berita pro pembangkang yakni Malaysiakini. 


Baca Lagi!

Tuesday, August 13, 2013

Dulu Tembak-Tembak Sekarang Bom Mengebom

Dulu Tembak-Tembak Sekarang Bom Mengebom
Oleh: yieMEGA

FENOMENA hari ini kita dapat lihat banyak kes tembak-tembak menembak dilaporkan oleh media-media massa tempatan. Seolah-olah negara kita ini sudah dibanjiri dengan senjata-senjata api haram yang diseludup masuk dari negara jiran. Perkembangan semasa ini memang amat membimbangkan kerana ia sedikit sebanyak mengancam keselamatan negara.

Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya ianya dibiarkan ia boleh membahayakan nyawa rakyat negara kita. Belum pun reda isu tembak menembak ini, baru baru ini kita dikejutkan dengan letupan bom di Kuala Krai, Kelantan yang meragut seorang nyawa.

Nampaknya semakin parah, dulu tembak menembak sekarang ni pula bom mengebom pula. Apa nak jadilah dengan dunia hari ini. Sekiranya tiada langkah drastik diambil, penulis percaya satu masa nanti Malaysia akan mendapat jolokkan 'little thailand' tak pun serambi Thailand. Perkara seperti ini semakin hari semakin membimbangkan sekaligus ia bakal menjejaskan kedatangan pelancong ke negara kita.

Menurut maklumat yang penulis terima kebanjiran senjata api haram masuk ke Malaysia disebabkan ada pengedar dadah daripada Thailand menawarkan senjata api percuma sekiranya membuat belian pukal dadah dengan mereka secara tidak langsung peningkatan kes pembunuhan membabitkan senjata api adalah berpunca daripada sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang berpangkalan di Thailand. 

Baca Lagi!

Friday, August 9, 2013

Salam Aidilfitri 1434

Salam Aidilfitri 1434
Oleh: yieMEGA

KELMARIN 8 Ogos 2013 bersamaan dengan 1 Syawal 1434 umat Islam di negara kita menyambut hari raya kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sempena dengan bulan yang mulia ini penulis ingin mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari memohon sejuta kemaafan kepada semua pembaca-pembaca setia blog penulis tidak kiralah yang menyukai artikel penulis ataupun yang sebaliknya. Selamat Hari Raya Aidilfitri penulis ucapkan kepada semua umat-umat Islam di Malaysia.

Penulis hanyalah manusia biasa yang tak lekang melakukan kesalahan moga kalau ada silap dan salah harap dimaafkan dan diampunkan dosa semoga tali silaturrahim kita terus berkekalan hingga ke anak cucu. Bercakap mengenai raya ni pasti kita bayangkan makanan-makanan yang ada kaitan dengan raya, ye lah lemang, ketupat, dodol, kuih semprit, Biskut Almond London, lontong dan bermacam-macam lagilah makanan yang boleh kita jumpa sewaktu kita menyambut hari raya.

Kelmarin penulis dapat makan tapai, sate, nasi minyak dan paling istimewa untuk raya kali ini penulis dapat makan spagheti. Mungkin pada tahun ini rumah yang penulis kunjungi ingin membuat kelainan apabila menyediakan spagheti untuk menjadi menu raya kali ini, walaupun penulis tidak menyukai spagheti sekurang-kurangya dapat juga rasa bagaimana rasa spagheti yang sebelum ini penulis hanya dengar namanya dan belum pernah makan tetapi semalam dapatlah juga penulis merasainya. 

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin