Bilangan Pengunjung:

Friday, April 22, 2016

PERCAYAKAH ANDA DENGAN KERAJAAN BARISAN NAJIB?

PERCAYAKAH ANDA DENGAN KERAJAAN BARISAN NAJIB?
Oleh: yieMEGA

PERCAYAKAH anda dengan Kerajaan Barisan Najib? Itulah tajuk yang penulis sengaja pilih untuk artikel penulis pada kali ini. Kenapa Kerajaan Barisan Najib tidak Kerajaan Barisan Nasional? Mungkin ada yang tertanya-tanya jadi penulis tidak mahu membuat mereka terus tertanya-tanya. Barisan kepimpinan negara kita kita kini telah dikuasai oleh penyokong tegar manusia bernama Najib Tun Razak hasil percaturan yang telah dibuat oleh manusia itu. Jadi kurang tepat kalau kita panggil Kerajaan Barisan Nasional dan lebih tepat sekiranya kita panggilnya dengan nama Kerajaan Barisan Najib. 

Percayakah anda dengan Kerajaan Barisan Najib pada hari ini? Adakah anda percaya apa yang Najib Razak dan koncu-koncunya cakap. Adakah anda boleh menerima bulat-bulat dengan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi yang mengesahkan bahawa 2.6B itulah adalah derma daripada Arab Saudi di mana sebelum ini Menteri Luar berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia bukan derma tetapi pelaburan. Adakah anda percaya dengan orang Arab? Adakah anda rasa orang Arab seorang yang jujur? Adakah dengan pakaian orang Arab yang berjubah itu bermakna ia seorang yang maksum? Kalau anda anda nak tahu Perompak di Arab pun memakai jubah? Kalau anda menilai seseorang dari segi pemakaian maknanya anda silap. Kita patut membuat pertimbangan yang sewajarnya dan janganlah menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh Pak Arab ini. Kita patut fikir kenapa Pak Arab ini mengubah pendirian, adakah kenyataan beliau itu ikhlas ataupun ada udang di sebalik mi. 

Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi ini telah 'dijaja' ke seluruh negara terutamanya media-media arus perdana yang boleh diibaratkan sebagai 'anjing perang' Kerajaan Barisan Najib. Menteri-menteri pemakan dedak juga tidak ketinggalan untuk 'menjaja' perkara yang sama. Tak tahulah penulis zaman sekarang ni ramai sungguh Menteri nak jadi penjaja, kalau nak jadi penjaja letak jawatan menteri dan jadilah penjaja, ingat-ingat para Menteri termasuklah Perdana Menteri, gaji anda dibayar oleh rakyat kerana kerajaan anda kononya dipilih oleh rakyat tapi akhirnya rakyat juga yang disusahkan tapi anda berselang lenang dengan gaji yang dibayar oleh rakyat.

Adakah anda percaya dengan hanya Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu telah berjaya membersihkah nama Najib Razak. Terpulang kepada anda sekiranya ingin percaya kerana penulis tidak memaksa untuk tidak percaya. Bagi penulis adalah tidak adil sekiranya kita menghukum seseorang itu tidak bersalah dengan hanya satu kenyataan sahaja. Tun Mahathir turut menjelaskan perkara yang sama di dalam artikel blognya yang bertajuk "The Foreign Minister Of The Saudi Arabia " .


Baca Lagi!

Saturday, April 16, 2016

TUN MAHATHIR BOLEH MENGANCAM NEGARA - KETUA POLIS NEGARA

TUN MAHATHIR BOLEH MENGANCAM NEGARA - KETUA POLIS NEGARA
Oleh: yieMEGA

PENULIS telah membaca laporan Utusan Online berkenaan dengan kenyataan Ketua Polis Negara yang kononya Tun Mahathir boleh mengancam negara. [Rujuk artikel ini]. Adakah dengan hanya mengatakan bahawa tiada lagi wujud demokrasi berparlimen di Malaysia ini dikatakan mengancam negara. Kalau ini dikatakan 'bijak' betul KPN kita membuat kenyataan, selepas ini rakyat tak boleh kata apa-apa, hanya duduk diam-diam dan terus diam dan jalan terbaik ialah mengugurkan Najib Razak pada PRU14 dengan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional, eh silap Kerajaan Barisan Najib. 

Terfikirkah juga penulis adakah orang yang 'bebal' seperti KPN ini layak atau tidak sebenarnya bergelar KPN. Tak perlulah penulis ulas lebih-lebih tentang KPN ini kerana di atas kertas kita sudah nampak bahawa KPN kita sekarang adalah Ketua Pelindung Najib dengan melihat kepada tindak tanduknya. Dalam pada kita mendesak Najib Razak meletak jawatan dalam masa yang sama kita perlu mendesak supaya KPN juga turut meletak jawatan kerana kebebalanya.

Penulis pasti rakyat tidak merasa apa-apa kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir itu akan mengancam negara, malah ia tidak lebih bagi memberi kebaikkan kepada negara. Umum mengetahui bahawa Najib Razak adalah PM paling banyak menyusahkan rakyat terutamanya memperkenalkan GST yang sekaligus semememangnya membebankan rakyat. Ya memang PM tidak terkesan dengan perlaksanaan GST kerana dia tidak perlu mengeluarkan pendapatan dirinya untuk berbelanja, malah perbelanjaan melibatkanya ditanggung kerajaan dengan menggunakan duit rakyat, rakyat yang menderita kerana perlaksanaan GST oleh Kerajaan yang dipilih rakyat ataupun Kerajaan Barisan Najib. 

Kelmarin kita 'dijamu' dengan berita Menteri Luar Arab Saudi yang mengesahkan bahawa duit 2.6B di dalam akaun peribadi Najib Razak adalah pemberian derma dari Arab Saudi. Kalau begitu ceritanya baguslah, tapi yang menjadi persoalan di sini ialah kenapa sebelum ini menteri itu mengatakan bukan derma tetapi pelaburan?. Satu lagi persoalan ialah kenapa ianya disimpan di akaun peribadi? Adakah wang milik parti adalah milik peribadi? Persoalan lain tentang wang itu ialah adakah wang itu milik UMNO ataupun milik Najib Razak ataupun milik Kerajaan Malaysia. Ia perlu dinyatakan secara terang dan jelas. Derma itu untuk siapa sebenarnya, kalau untuk Najib Razak tak apalah ia disimpan di dalam akaun peribadi, tapi bagaimana kiranya sekiranya wang itu didermakan untuk parti mahupun untuk negara kita Malaysia? Adakah ia dibolehkan disimpan di dalam akaun peribadi? Jika boleh dan tidak mendatangkan kesalahan penulis meminta semua ketua-ketua jabatan kerajaan menyimpan duit jabatan masing-masing di dalam akaun peribadi masing-masing kerana ia tidak mendatangkan kesalahan.

Rasionalnya apakah wajar derma berjumlah 2.6B ini diberikan oleh Arab Saudi? Bukankan banyak lagi negara Islam yang lebih memerlukan berbanding Malaysia, jadi mengapa Malaysia jadi pilihan. Sebenarnya umat Islam dari seluruh dunia mempunyai hak terhadap pendapatan Arab Saudi terutamanya melibatkan Mekah kerana hasil pendapatan itu sepatutnya dikongsikan kepada negara-negara Islam di seluruh dunia, tetapi tidak pendapatan itu hanya disimpan oleh Arab Saudi dan tidak disalurkan kepada negara-negara Islam yang memerlukanya. Cuba fikir adakah wajar Arab Saudi menderma 2.6B kepada Najib Razak. 

Baca Lagi!

Friday, April 15, 2016

Jangan Tunggu Lama-Lama Zahid Hamidi

Jangan Tunggu Lama-Lama Zahid Hamidi
Oleh: yieMEGA

"JANGAN tunggu lama-lama nanti lama-lama ia diambil orang" itulah bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Papa Rock Malaysia iaitu Ramly Sarip. Lagu ini memberi mesej yang berguna bukan sahaja bagi mereka yang sedang bercinta malah ia juga turut berguna bagi seorang ahli politik. Sepertimana ada perempuan yang kita minati tetapi kita lambat bertindak akhirnya ianya telah dikebas orang.

Sebagai Ahli Politik kita cepat di dalam membuat tindakan. Jangan merasa selesa dengan kedudukan kita sekarang kerana kedudukan kita sekarang belum menjamin kita akan menduduki hierarki tertinggi di dalam parti dan kerajaan di masa hadapan. Penulis berharap ianya tidak terjadi pada manusia yang bernama Zahid Hamidi. 

Zahid Hamidi perlu mengerakkan jenteranya mulai sekarang menuntut Najib Razak berundur daripada jawatanya sekarang bagi membolehkan jawatan itu di ambil alih oleh beliau. Penulis percaya kalau Zahid Hamidi lambat bertindak mungkin jawatan PM bukan lagi milikya di masa depan, malah dia sendiri akan kehilangan jawatan TPM serta akan tersisih daripada kepimpinan UMNO kerana mungkin akan ada orang yang akan cuba 'memintas' kedudukan beliau. 

Zahid Hamidi tak boleh menjadi Pak Turut dan sekadar mengikut apa sahaja arahan Najib Razak, kerana pada ini Zahid Hamidi diangkat menjadi TPM adalah kerana Zahid Hamidi lebih mudah dipergunakan kerana beliau seorang TPM "Saya menurut Perintah", mungkin juga sekiranya Najib Razak mengarahkan Zahid Hamidi untuk membasuh beraknya penulis percaya Zahid Hamidi akan sanggup membasuh berak Najib Razak. Zahid Hamidi dilantik menjadi TPM kerana Najib Razak percaya bahawa Zahid Hamidi ini boleh dicucuk hidung sepertimana lembu yang dicucuk hidungnya mengikut arahan tuanya. 

Zahid Hamidi tak boleh menunggu lama lagi kerana masa sudah begitu suntuk, beliau perlu merangka strategi berkesan bagi memastikan kerusi yang diduki PM Najib Razak sekarang tidak terlepas ke tangan orang lain. Beliau perlu mendesak Najib sekarang, penulis percaya sekiranya Zahid Hamidi lambat bertindak pasti akan ada orang yang akan cuba menjatuhkanya sebelum sempat beliau menjadi PM.

Baca Lagi!

Wednesday, April 13, 2016

Kerajaan Najib Razak & Co terus membohongi rakyat?

Kerajaan Najib Razak & Co terus membohongi rakyat?
Oleh: yieMEGA

KERAJAAN Najib Razak & Co terus membohongi rakyat dengan 'menjaja' keputusan PAC yang mengatakan bahawa Najib Razak tidak terlibat di dalam skandal 1MDB, Pengerusi PAC telah cuba membersihkan 'kekotoran' yang terlekat pada batang tubuh Najib Razak dengan mengatakan semua ahli PAC kononya semua ahli PAC bersetuju sebulat suara bahawa Najib tidak terlibat, namun perkara ini dinafikan oleh wakil pembangkang PAC malah mendakwa kenyataan Pengerusi PAC itu adalah bohong.

Tun Mahathir juga telah mengulas mengenai isu yang sama di dalam artikel blognya yang bertajuk "1MDB Jawab". Kata Tun Dr. Mahathir 1MDB sudah membuat banyak kenyataan tetapi satu pun tidak boleh dipercayai. Penulis tidak mahu mengulas panjang tentang apa yang dikatakan Tun Mahathir, cukup rasanya dengan memberikan pautan kepada artikel blog Tun Dr. Mahathir tersebut untuk rujukan pembaca-pembaca sekalian. Samaada pembaca setuju atau tidak dengan apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir bolehlah memberikan komen mereka di blog Tun Dr. Mahathir.

Kerajaan Najib Razak & Co sudah banyak menyusahkan rakyat, membebankan rakyat jadi apa perlunya kita mempertahankan beliau. Apa yang kita dapat jika mempertahankan jawatan beliau, kalau setakat BR1M yang dibayar ansur-ansur itu apa lah sangat kalau nak dibandingkan Gaji Bulanan beliau sebagai PM. Jika kita terus mengekalkan kedudukan beliau sebagai PM bermakna kita terus membazirkan duit rakyat untuk membayar gaji beliau. Berbaloikah duit rakyat digunakan untuk membayar gaji PM yang paling banyak menyusahkan dan membebankan rakyat. 

Penulis pun naik hairan dengan menteri-menteri pemakan dedak ini, mereka seolah-olah selesa dengan hidup memakan dedak sepertimana lembu yang setiap hari diberi makan dedak. Tak tahu pula taraf menteri kita ni rupanya setaraf dengan lembu. Ye lah lembu kan suka makan dedak, hari makan dedak pun mendatangkan rasa selesa pada lembu. Begitulah juga dengan menteri pemakan dedak, setiap hari mereka perlukan dedak untuk dimakan. 

Baca Lagi!

Tuesday, April 12, 2016

Rakyat Tetap Hormat Tun Mahathir Tetapi Hilang Hormat Pada Zahid Hamidi dan Meluat Dengan Najib Razak

Rakyat Tetap Hormat Tun Mahathir Tetapi Hilang Hormat Pada Zahid Hamidi dan Meluat Dengan Najib Razak
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi telah membuat kenyataan yang meminta Tun Dr. Mahathir supaya tidak melakukan perkara yang boleh membuatkan rakyat hilang hormat padanya. Mendengar kenyataan Zahid Hamidi itu membuatkan penulis rasa ingin ketawa dengan kenyataan itu. Mana tidaknya baru sahaja dilantik jadi TPM baru-baru ini sudah membuat beberapa kenyataan yang boleh dikatakan sebagai berlagak, apa nak jadi ni baru jadi TPM sudah berlagak entahlah apa akan jadi sekiranya Zahid Hamidi menjadi PM nanti. 

Penulis menasihatkan Zahid Hamidi agar duduk diam-diam, kerana walaupun sekarang beliau adalah TPM tapi belum tentu beliau akan jadi PM. Kemungkinan besar Zahid Hamidi akan menerima nasib sepertimana Muhyiddin, ya mungkin buat masa ini Najib Razak masih percaya dengan manusia bernama Zahid Hamidi ini, selain daripada itu manusia bernama Zahid Hamidi ini mudah diperalatkan oleh manusia bernama Najib Razak. Zahid Hamidi perlu ingat dengan peribahasa "Habis Madu sepah dibuang" itulah apa yang berlaku kepada Muhyiddin sekarang mungkin juga akan berlaku pada manusia bernama Zahid Hamidi kalau dia tidak bertindak sekarang. 

Zahid Hamidi tidak perlu lagilah membela manusia bernama Najib Razak, sebaliknya beliau perlu berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mengambil jawatan Najib Razak dengan seberapa segera. Buat apa dikekalkan 'sampah' dalam rumah kita lebih baik kita buang ke dalam tong sampah di luar rumah. Kalau kita terus simpan 'sampah' di dalam rumah lama kelamaan ia akan membuatkan rumah berbau busuk. Najib Razak sudah tak berguna buat UMNO kerana ia boleh diibaratkan sebagai sampah dan secara tidak langsung 'mencalit' imej buruk buat UMNO. Adakah orang seperti ini kita masih mahu kekalkan memimpin UMNO terpulang kepada ahli UMNO sendiri yang sudah diberikan akal dan fikiran untuk menentukan adakah baik membela Najib Razak ataupun buruk membela Najib Razak. 

Apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir itu tidak sedikitpun menghilangkan rasa hormat rakyat pada Tun Mahathir, rakyat menganggap apa yang dibuat oleh Tun Mahathir itu adalah demi kebaikkan dan kesejahteraan rakyat. Malah mereka lebih meluat melihat kepimpinan Najib Razak yang semakin hari semakin teruk ini. Mana tidaknya Najib Razak Perdana Menteri Kerajaan Yang Dipilih rakyat sebenarnya menyusahkan rakyat, rakyat terus dibebani dengan GST, kenaikkan harga barang, kenaikan kos sara hidup, semakin hari rakyat terus terbeban dengan kerajaan yang dipilih rakyat ini. 

Baca Lagi!

Sunday, April 10, 2016

Asyraff Wajdi Jangan Kurang Ajar

Asyraff Wajdi Jangan Kurang Ajar
Oleh: yieMEGA

KURANG AJAR itulah yang penulis penulis labelkan kepada Asyraff Wajdi Dusuki. Sebagai orang yang berpendidikan agama yang tinggi beliau tak sepatutnya bersifat kurang ajar terhadap orang tua. Beliau 'budak baru' di dalam politik telah cuba menunjukkan 'betapa agahnya' beliau mendesak Tun Mahathir dikenakan tindakan di atas usaha-usahanya yang masih menggerakkan deklarasi.

Sebagai budak baru belajar, tindakah apakah yang Asyraff Wajdi Dusuki yang ingin kenakan terhadap Tun Dr. Mahathir? Atas undang-undang apa? kalau atas undang-undang UMNO, Tun Dr. Mahathir bukan lagi ahli UMNO, Tak kan menggerakkan deklarasi pun dikenakan OSA ataupun Akta Hasutan.

Deklarasi yang digerakkan oleh Tun Mahathir bukanlah sepertimana  'Arab Spring' yang berlaku di beberapa negara timur tengah. Deklarasi dan Arab Spring adalah satu perkara yang berbeza mahupun matlamat kepada kedua-duanya adalah sama. Sebagai orang yang berpendidikan tinggi Asyraff Wajdi sepatutnya 'lebih cerdik' di dalam membezakan kedua-duanya.

Asyraff Wajdi jangan berlagak hebat ataupun beliau bertindak sedemikian kerana kini turut menjadi pemakan dedak seperti konco-konco Najib Razak yang lain. Nasihat penulis kepada Asyraff Wajdi usahlah jadi pemakan dedak nanti anda berebut dengan lembu pulak, maklum sahajalah lembu dan binatang-binatang je yang makan dedak. Melainkan Asyraf Wajdi memang seekor binatang, tapi bukan namanya sedap sudah tentu Asyraff Wajdi ini manusia yang berfikiran waras dan tidak memakan dedak sepertimana tukang kipas-tukang kipas Najib Razak yang lain.

Sebagai orang baru beliau sepatutnya menghormati pemimpin terdahulu, apatah lagi pemimpin terdahulu tu pun lebih tua daripada beliau. Malah Datuk Dusuki pun mempunyai hubungan rapat dengan Tun Mahathir. Janganlah berlebih-lebihah kalau nak balas budi Najib Razak pun. Najib Razak memang suka orang yang boleh dipergunakan seperti anda. 

Baca Lagi!

Thursday, April 7, 2016

Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak)



PILIHAN raya negeri Sarawak akan diadakan tidak lama lagi. Sudah tentu rakyat Sarawak sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memangkah kertas undi PRN tersebut. Mungkin PRN tersebut akan dijadikan oleh Najib Razak sebagai medium untuk mengukur sokongan rakyat kepada beliau. Pendek kata sekiranya BN menang dengan majoriti 2/3 di Sarawak maknanya ia menandakan rakyat masih menerima pemerintahanya walaupun sebenarnya iklim politik Sarawak adalah berbeza dengan semenanjung. 


Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak)
Oleh: yieMEGA


Pilihan sudah tentu ada pada tangan rakyat Sarawak untuk memilih parti mana yang dikatakan layak untuk menerajui Kerajaan Negeri Sarawak. Cuma tepuk dada tanya iman. Sekiranya Sarawak mahukan perubahan kepimpinan di peringkat Pusat mereka perlu berbuat sesuatu untuk memastikan Sarawak mendapat lebih daripada Kerajaan Persekutuan. Jangan mudah tertipu dengan janji-janji pembangunanan yang sebenarnya hanya menguntungkan kroni-kroni pemakan dedak tertentu. 

Rakyat Sarawak perlu ingat, Kewujudan GST yang dibuat oleh kerajaan yang dipilih mereka dahulu benar-benar menyusahkan mereka dan juga telah merosakkan ekonomi negara. Kuasa beli rakyat juga berkurangan sejak GST diperkenalkan. Jadi gunakan hak anda sebagai rakyat untuk membantah GST dengan meterjemahkanya dengan tidak mengundi BN dan memberikan undi kepada pembangkang mahupun dengan memboikot PRN tersebut.

Kepimpinan Najib Razak perlu ditukar segera, jadi bersesuaian dengan PRN Sarawak ini adalah masa yang sesuai bagi rakyat Sarawak menyampaikan mesej yang mereka menolak kepimpinan Najib Razak. Marilah kita bersama-sama menafikan majoriti 2/3 Kerajaan BN Sarawak dan biarkan Kerajaan BN Sarawak dibentuk hanya dengan majoriti mudah. Jangan terpedaya dengan dedak-dedak pilihan raya, ingat anda adalah rakyat yang tidak makan dedak, yang makan dedak ialah binatang seperti lembu, ayam dan itik. 

Baca Lagi!

Tuesday, April 5, 2016

UMNO akan dikuburkan di Kubur yang Digali Oleh Najib Sendiri


 

UMNO akan dikuburkan di Kubur yang Digali Oleh Najib Sendiri

Oleh: yieMEGA

lama juga penulis menyepi di dalam arena penulisan blog ini kerana sebelum ini penulis memilih untuk mendiamkan diri dan tak mahu mengulas panjang lebar mengenai perjalanan arena politik tanah air. Namun, setelah muak dan bosan dengan perangai Najib dan Menteri Proksinya serta orang-orang Besar UMNO yang juga proksi Najib.

Para-para Pak Menteri Najib semakin kurang ajar apabila mereka terus melancarkan serangan bertali arus kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad dengan bahasa-bahasa yang agak keterlaluan, sepatutnya sebagai orang yang menjadi public figure tidak boleh bertindak kurang ajar sedemikian rupa kerana mereka sepaptutnya menjadi role model untuk pemimpin-pemimpin pelapis yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Mereka sepatutnya mempamerkan contoh yang baik untuk pemimpin pelapis kita bukanya dengan beraksi seperti budak hingusan yang tengah berebut alat mainan sesama mereka.

Kalau mereka bertegas mahu mempertahankan kepimpinan Najib terserah kepada mereka. Namun, penulis teramat bersetuju dengan pandangan Ayahnda Tun Dr. Mahathir agar Najib berundur demi menyelamatkan UMNO. Susahkah sangat untuk Najib berundur, kenapa nak dipertahankan lagi jawatan itu sedangnkan sudah terang lagi bersuluh Najib sememangnya Perdana Menteri yang gagal dan sekaligus ia boleh diumpamakan sebagai 'biawak hidup' buat UMNO. Apa perlu kita pelihara biawak hidup seperti Najib sedangkan rakyat semakin tertekan dengan keadaan ekonomi semasa disebabkan kegagalan Najib sebagai PM. 

Terpulanglah kepada mereka-mereka yang ingin teruskan mempertahankan Najib dan memelihara biawak hidup itu, nanti sekiranya PRU14 kelak menyaksikan UMNO tumbang jangan kata kami tak cakap pula. Cukuplah setialah bersama Najib nanti pada PRU14 biarlah kita semua dikuburkan Najib, Najib selaku Penggali Kubur UMNO akan meninggalkan kita di dalam lubang kubur itu dan hanyalah kita berada dalam kubur, sebaliknya Najib terselamat keran dia adalah penggali kubur di mana tugas penggali kubur ini akan selesai setelah kerja-kerja pengkebumian selesai, setelah itu dia akan meninggalkan kita begitu sahaja, jadi fikir-fikirkanlah buat apa kita nak mempertahankan orang yang pada masa akan datang tak mungkin dapat menolong kita, jika sayangkan parti bersuaralah menentang pemerintahan Diktaktor Najib Tun Razak.

Penulis juga tertarik dengan Ketua Penerangan UMNO yang baru dilantik yang juga Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa, ternyata setelah beliau dilantik memegang jawatan tersebut, kenyataan-kenyataan beliau sejak akhir-akhir ini boleh dikatakan kalau mengikut kata orang Kelantan "Agah" atau dalam bahasa surat Angkuh dan Sombong.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin