Bilangan Pengunjung:

Sunday, November 21, 2010

Samy: Persaraan Yang Sudah Lama Dinanti

Samy: Persaraan Yang Sudah Lama Dinanti
Oleh: yieMEGA

PASTI semua orang sudah mengetahui mengenai hasrat Presiden MIC atau nama panjangnya Malaysian Indian Congress untuk bersara pada Januari tahun depan. Tak dinafikan juga ada juga yang masih belum mengetahuinya terutamanya bagi orang-orang yang kurang peduli mengenai apa yang berlaku di dalam pentas politik tanah air. Tak mengapa mungkin mereka mempunyai alasan yang tersendiri untuk berbuat demikian.

Namun, bukanlah tujuan penulis untuk membicangkan berkenaan dengan orang yang mengambil peduli tentang isu-isu politik tanah air, penulis sebenarnya ingin mengulas berkenaan dengan hasrat Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang ingin bersara daripada MIC awal Januari tahun depan.

Sebenarnya penulis percaya bahawa ahli-ahli MIC di peringkat akar umbi sudah lama mengimpikan agar beliau (Samy) bersara daripada terus menjadi Presiden MIC, malah sudah lama ahli-ahli akar umbi MIC menyuarakan hasrat mereka secara diam atau sembunyi-sembunyi sehinggalah ada ahli yang sudah mula berani membuat gerakkan menentangnya secara terang-terangan contohnya Gerakan Anti Samy (GAS) yang begitu lantang mengkritik Samy baru-baru ini.

Kalau nak diikutkan sudah ramai pemimpin yang segenerasi denganya dari parti Komponen Barisan Nasional yang lain sudah bersara sebelum, tetapi pada waktu itu Samy berkeras tidak mahu bersara dan akhirnya beliau menyuarakan hasrat untuk bersara yang sememangnya hasrat itu sudah lama dinantikan oleh ahli MIC akar umbi yang lain.

Penulis ucapkan syabas kepada Samy kerana mengambil pendirian untuk bersara, walaupun sedikit terlewat namun ia tetap berguna kepada ahli-ahli akar umbi MIC. Tapi janganlah pula bila sampai waktu dan ketikanya pendirian beliau berubah. Jangan hampakan lagi hasrat ahli akar umbi MIC.

Dalam masa yang sama, penulis berharap selepas bersara Samy hendaklah tidak masuk campur lagi dalam urusan dalaman MIC terutamanya di dalam pemilihan parti yang mewakili bangsa India tersebut.

Jangan pula timbul cerita selepas ini, Samy mengatur orang-orangnya untuk menganggotai Barisan Kepimpinan MIC, bagi penulis barisan kepimpinan MIC biarlah ditentukan oleh ahlinya dan bukan ditentukan oleh pemimpin tertentu.

Penulis juga percaya bahawa persaraan Samy akan memberikan nafas baru kepada parti yang menjadi wadah perjuangan kaum india tersebut. Selepas ini cukuplah Samy sebagai pembimbing pemimpin-pemimpin baru di dalam MIC.

Ingatlah Samy zaman beliau sudah lama berlalu, kini berilah peluang kepada mereka yang benar-benar berhak untuk bergelar Presiden demi kejayaan MIC di masa hadapan.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Saturday, November 20, 2010

Apabila Zaid Diibarat Tukang Berak oleh MSO

Zaid recumbent.Image by treviño via Flickr
Apabila Zaid Diibarat Tukang Berak oleh MSO
Oleh: yieMEGA

ISU ZAID IBRAHIM masih hangat diperkatakan kini ia termasuklah daripada penyokong tegar Anwar Ibrahim. Sepertimana yang sudah mengetahu bahawa Zaid Ibrahim telah mengesahkan bahawa beliau akan keluar PKR pada 16 Disember kelak. Seperti biasa kedatangan beliau di dalam PKR dahulu disambut dengan penuh puji-pujian, hari ini pemergian beliau dari PKR disambut dengan penuh kehinaan.

Begitulah rencah hidup bagi seorang politikus. Apabila ia mendatangkan keuntungan kepada pihak tertentu ia akan disambut dengan penuh puji-pujian. Apabila ianya memberikan kerugian kepada pihak tertentu ianya akan disambut dengan penuh penghinaan, sudah menjadi adat resam dalam politik begitulah suratanya.

Begitulah dengan Zaid semasa di awal kehadiranya di dalam PKR tidak lama dahulu mendapat pujian melambung daripada sekalian pihak yang menyokong Pakatan Rakyat dan juga PKR termasuklah blogger, tidak terkecuali blogger terkenal iaitu Mohd Sayuti Omar semasa di awal kemasukkan Zaid pujian yang melambung diberikan beliau terhadap Zaid, namun setelah Zaid menyuarakan niatnya hendak keluar PKR MSO mula mencaci Zaid. Zaid kena terima kerana ini sudah menjadi ketentuan Ilahi apa jua orang kata terhadapnya.

MSO di dalam posting terbaru blognya yang bertajuk "Bukan Susah Untuk Jadi Popular Di Negara ini". Meibaratkan Zaid sebagai tukang berak di dalam PKR dan selepas selesai berak terus keluar dari PKR.

Mengapa sampai begitu sekali MSO meibaratkan Zaid itu mungkin hanya MSO yang ada jawapanya. Namun, mungkin juga selama ini kalau diperhatikan tulisan-tulisan MSO kita boleh mengandaikan bahawa MSO adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim kerana kebanyakkan tulisanya mengenai Anwar Ibrahim penuh dengan pujian melambung yang diberikan kepada Anwar oleh MSO, jadi kesimpulanya beliau adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim.

Sebenarnya, diwaktu MSO memuji melambung Zaid Ibrahim semasa mula-mula menyertai PKR dahulu penulis telah jelaskan di sini bahawa kemasukkan Zaid akan memberi liabiliti kepada PKR dan penulis sendiri telah meibaratkan Zaid sebagai sampah yang dibuang UMNO dan cuba dikitar semula oleh PKR.

Sampai sekarang pun penulis berpegang kepada kenyataan itu, walaupun MSO 'bengang' dengan kebanyakkan media massa yang 'mempopularkan' Zaid dengan pujian demi pujian. Jangan cepat lupa MSO dulu pun MSO sendiri di dalam blog MSO memuji melangit Zaid Ibrahim, sekarang ini perkara sama yang cuba dilakukan oleh Media Arus Perdana, adakah tindakan tuan dianggap suci sekiranya tuan menganggap perangai media massa tempatan tidak suci?

MSO kena ingat, kini Politik Bela Diri sudah tidak sesuai, politik zaman sekarang memerlukan pemikiran yang lebih matang. Kalau orang lain buat tak boleh, kalau sendiri buat boleh itu tidak adil namanya, bukankah begitu?
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Friday, November 19, 2010

Rombakan Kabinet: Beri Kepercayaan Kepada Ku Li

Too Far AwayImage by Syed Azidi AlBukhary via FlickrRombakan Kabinet: Beri Kepercayaan Kepada Ku Li
Oleh: yieMEGA

PENULIS difahamkan di dalam masa yang terdekat ini, akan berlaku satu rombakan kabinet yang bakal dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Khabarnya berkemungkinan ada menteri yang bakal digugurkan, namun setakat ini belum ada pengesahan mengenainya.

Dalam kesempatan ini, penulis ingin mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya memberi peluang kepada orang yang telah banyak berjuang memberi kemenangan kepada Barisan Nasional semasa Pilihan Raya Kecil DUN Galas berlangsung baru-baru ini iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah portfolio di dalam barisan kabinet baru Kerajaan Persekutuan.

Penulis melihat portfolio yang amat sesuai dengan Tengku Razaleigh ialah Kementerian Kewangan memandangkan beliau mempunyai kelayakkan yang berlatar belakangkan ekonomi dan juga pernah memegang jawatan itu sebelum ini.

Setidak-tidakpun berilah Menteri Kewangan kedua kepada beliau sebagai membalas usaha-usaha beliau yang membawa kepada kejayaan BN menawan kembali kerusi Dun Galas, walaupun tidak sendiri tidak mengharapkan apa-apa balasan tetapi bagi penulis sudah tiba masanya kita mencuba pula strategi ekonomi Ku Li.

Sampai bila kita hanya mahu Ku Li terus menjadi Askar Gurkha, walau apa pun terjadi beliau tetap setia dengan UMNO jadi sudah tiba masanya untuk kita memberikan peluang kepada beliau mana tahu perlantikkan beliau mungkin merancakkan lagi pertubumbuhan ekonomi negara kita,
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Monday, November 8, 2010

Gelombang Merah Melanda Di Galas


Gelombang Merah Melanda Di Galas
Oleh: yieMEGA

TERLEBIH dahulu penulis ingin memohon maaf kerana sewaktu Pilihan Raya Kecil DUN Galas berlangsung penulis kurang memberi komen berkenaan dengan pilihan raya kecil tersebut. Penulis bukan sengaja tak mahu komen berkenaan PRK tersebut sewaktu ianya berlangsung sebelum ini tetapi apakan daya penulis terlalu banyak tugas lain yang perlu dibereskan dan tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini di waktu dan ketika itu.

Namun penulis merasakan masih belum terlambat untuk mengulas mengenai perjalanan PRK tersebut untuk tatapan kesemua pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia. Sepertimana kata pepatah Inggeris "Better late than never".

Daripada pemerhatian penulis sepanjang PRK ini berlangsung, penulis dapati 'strategi' BN kali ini lain daripada yang lain, dan mengikut maklumat yang penulis terima pada PRK DUN Galas ini BN kurang menggunakan pendekatan Rapat Umum ia lebih kepada pendekatan 'Face to Face' dan terbukti strategi ini benar-benar berkesan sehingga menyaksikan BN berjaya merampas balik kerusi DUN Galas daripada PAS.

Tahniah diucapkan kepada Pengarah Pilihan Raya BN DUN Galas YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah di atas kejayaan beliau 'mengatur strategi' untuk menawan kembali kerusi DUN Galas itu daripada cengkaman PAS.

Mungkin sudah tiba masanya bagi BN untuk menghadiahkan apa sahaja yang difikirkan perlu kepada Ku Li, yang ternyata beliau berkempen seolah-olah askar gurkha tanpa mengharapkan apa-apa balasan, namun adat orang berbudi kita berbahasa sudah menjadi pengangan umat Melayu dari zaman dulu kala, jadi sebagai membalas jasa beliau BN haruslah mempertimbangkan untuk memberikan beliau hadiah yang sesuai, walaupun penulis tahu Ku Li mengharapkan balasan, tetapi apa salahnya kalau kita membalas jasa Ku Li itu yang bekerja bagaikan Kuli kepada rakyat sewaktu kempen PRK DUN Galas baru-baru ini.

Kempen BN menjadi semakin berkesan apabila jentera-jentera BN menggunakan semangat Gelombang Merah sewaktu berkempen di PRK tersebut. Khabarnya hasil idea dari bekas MB Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang dahulunya terkenal dengan gerakan Gelombang Biru di Terengganu dan gerakan itu berjaya menumbangkan Kerajaan PAS Terengganu pimpinan Presiden PAS sekarang iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Semangat Gelombang Merah, benar-benar memberi semangat kepada petugas-petugas kempen BN, ditambah pula 'semangat The Red Warrior' yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke kelantan baru-baru ini, menjadikan rakyat Kelantan begitu berminat dengan warna merah.

Sementara itu, Penulis terbaca satu laporan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan beberapa hari lalu yang menjadi tajuk utama iaitu Tok Guru Ragu dengan keputusan PRK DUN Galas. Beliau membuat dakwaan BN telah menyogok wang kepada pengundi Galas.

Bagaimana pula dengan PAS yang juga menawarkan RM250 seorang untuk balik mengundi di Galas, dan pemberian wang ringgit sewaktu kempen oleh TGNA sendiri walau apa alasan yang diberikan beliau tetapi kenapa waktu PRK DUN Galas dipilih untuk memberi zakat, sudah tentu ada maksud tersirat.

Dengan kenyataan TGNA itu, terbuktilah bahawa PAS masih mengamalkan politik Walhalalku, Walharamu. TGNA perlu belajar menerima kenyataan bahawa rakyat di DUN Galas sudah muak dan jelak dengan perangai PAS tetapi bukan dengan PAS, perangai PAS dan PAS adalah perkara yang berbeza. Fikir-fikirkanlah....
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Thursday, October 28, 2010

Ku Li Dengan Caranya Yang Tersendiri

Ku Li Dengan Caranya Yang Tersendiri
Oleh: yieMEGA

SETELAH sekian lama penulis merehatkan diri dari menulis sebarang artikel hari ini penulis tampil dengan artikel terbaru yang bertajuk "Ku Li Dengan Caranya Yang Tersendiri". Sebenarnya artikel ini lebih merujuk kepada suasana kempen parti-parti yang bertanding di PRK DUN Galas. Bagi PRK Parlimen Batu Sapi penulis akan mengulasnya di dalam artikel yang berasingan.

Sesuai dengan tajuk artikel ini iaitu "Ku Li Dengan Caranya Yang Tersendiri" hari ini penulis ingin mengulas beberapa perkara yang cuba diekploitasikan oleh PAS untuk dijadikan isu bagi memenangi PRK tersebut. Ketiadaan Ku Li di tempat penamaan calon telah dipolitikkan PAS dengan menyebarkan dakwaan bahawa 'Ku Li merajuk' sebab itu Ku Li tidak ada di tempat penamaan calon.

Itulah PAS, sudah terbiasa dengan taktik kotor dari dulu sampai sekarang. Mungkin bagi mereka 'matlamat menghalalkan cara' jadi mereka boleh adakan apa sahaja untuk memenangi PRK di kerusi yang disandangnya sebelum ini itu.

Ku Li menjawab berkenaan dakwaan itu di satu sidang media. Daripada penjelasan Ku Li dari sidang media tersebut, penulis ingin mengambarkan bahawa Ku Li selaku Pengarah Pilihan Raya BN DUN Galas bekerja dengan caranya yang tersendiri atau dengan kata lain cara Ku Li adalah cara yang lain daripada yang lain.

Apa yang penulis dapat lihat dari cara Ku Li yang lain daripada lain itu adalah satu cara yang amat istimewa dan mungkin pendekatan ini boleh digunapakai oleh BN dalam PRK mahupun PRU yang bakal mendatang.

Cara Ku Li itu lebih bersifat 'hamba kepada rakyat' atau dan bersesuaian dengan nama Ku Li yang sanggup menjadi Kuli kepada rakyat. Jarang benar kita nak dapat lihat pemimpin yang menggunakan pendekatan Ku Li ini. Tabik spring penulis berikan kepada Ku Li.

Beralih pula kita kepada peluang BN untuk memenangi PRK DUN Galas, setakat ini apa yang penulis lihat peluang BN untuk memenangi PRK DUN Galas adalah cerah, namun sekiranya jentera-jentera BN tidak bekerja dengan keras pastinya PRK ini menyaksikan kemenangan PAS dan kejayaan PAS mempertahankan kerusi DUN Galas.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Thursday, October 14, 2010

Anwar Boleh Selesai Masalah Malaysia-Indonesia Dalam 2 Minggu

P36: Kubang Ikan, Kuala Terengganu. Anwar Ibra...Image via WikipediaAnwar Boleh Selesai Masalah Malaysia-Indonesia Dalam 2 Minggu
Oleh: yieMEGA

WOW! HEBATNYA mungkin itulah yang boleh dikatakan dengan dakwaan Ketua UMUM PKR yang juga Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Beliau membuat dakwaan sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri dia boleh menyelesaikan hal itu dalam masa 2 minggu sahaja. Memang hebat percakapan Anwar Ibrahim yang sudah lama 'mengidam' ingin jadi Perdana Menteri ini.

Mungkin mereka-mereka yang menjadi pemuja setia Anwar Ibrahim akan bangga dengan kenyataan terbaru Anwar Ibrahim itu tambah lagi pemuja-pemuja yang sama perangainya dengan perangai pemuja-pemuja pengikut sebuah ajaran sesat yang dikenali dengan Kerajaan Langit iaitu Ayah Pin. Pengikut-pengikut ajaran ini akan tetap 'setia' pada Ayah Pin biarpun apa jua orang kata terhadap Ayah Pin. Penulis percaya juga, kebanyakkan blogger-blogger pro Pakatan Rakyat akan menghiaskan blog mereka dengan artikel memuatkan kenyataan Anwar ini.

Baguslah kalau Anwar betul-betul boleh menyelesaikan isu yang timbul yang membawa hubungan dingin di antara rakyat kedua-dua negara ini. Namun, penulis kurang yakin yang Anwar boleh menyelesaikan isu tersebut dalam masa minggu, dan penulis kenyataan Anwar itu lebih kepada 'ayat-ayat politik' yang lebih kurang sama dengan 'ayat-ayat cinta' walaupun kedua-dua perkara tersebut dalam maksud yang berlainan namun ianya tetap ada persamaan.

Kenapa penulis berpandangan sedemikian? Mari kita fikirkan secara mudah. Cuba bayangkan 'kemelut pemilihan' di dalam PKR yang sampai kini tidak selesai sedangkan Anwar Ibrahim merupakan Ketua Umum PKR, masalah kemelut ini sudah lama tapi sampai sekarang tidak dapat diselesaikan oleh Anwar.

Bagaiamana kita hendak percaya isu yang lebih besar daripada pemilihan PKR dapat diselesaikan Anwar dalam masa yang begitu singkat yakni 2 minggu. Bagi penulis sebelum menyelesaikan isu-isu besar yang melibatkan hubungan dengan dua negara secara 'Ekspres' adalah lebih baik Anwar menyelesaikan isu yang lebih kecil seperti pemilihan PKR secara ekspres.

Kita sebagai manusia yang rasional hendaklah berfikir secara rasional, bukanya menyokong apa sahaja kenyataan seseorang itu secara membuta tuli. Ingat ada perbezaan dengan pemimpin yang hebat dengan pemimpin yang berlagak hebat walaupun kedua-duanya adalah pemimpin tetapi ia tetap tidak sama.

Sementara itu, blogawan bumiyang turut mengulas perkara sama dan mungkin artikel beliau tidak sama dengan penulis tetapi boleh juga menjadi rujukan kepada pembaca-pembaca setia blog penulis.

Wahai rakyat-rakyat Malaysia yang budiman marilah kita fikir-fikirkan perkara ini dengan fikiran yang waras lagi rasional dan jangan biarkan diri kita terus diperbodohkan oleh orang yang berkepentingan diri sendiri.

Akhir kalam, rasional-rasionalkanlah permikiran anda kerana penulis percaya pembaca dan juga rakyat Malaysia akan lebih bijak sekiranya berfikir secara rasional dan bukannya emosional.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Wednesday, October 13, 2010

MENTERI KABINET Janganlah Cari Gaduh Dengan Blogger

Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Utama Dr. Rais...Image via WikipediaMENTERI KABINET Janganlah Cari Gaduh Dengan Blogger
Oleh: yieMEGA

KEJADIAN Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan 'cari gaduh' dengan blogger bukan baru, malah telah lama berlaku dan ia terus berlaku tanpa ada langkah-langkah untuk mengelakkanya oleh menteri-menteri kabinet.

Malah perkara ini sudah terjadi sebelum ini iaitu sebelum 'tsunami politik' melanda Malaysia yang membawa kepada kejatuhan beberapa buah empayar-empayar yang dikuasai oleh BN sebelum ini. Malah kejatuhan empayar-empayar tersebut juga ada kena mengena dengan Menteri Kabinet yang 'kurang ajar' dengan blogger. Hasilnya lihat sahaja beberapa empayar-empayar BN telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Mungkin, menteri kabinet yang ada hari ini tidak mengambil pengalaman lalu sebagai pengajaran mereka, oleh yang demikian mereka tidak serik-serik mencari pasal dengan blogger. Adakah mereka tidak sedar yang perana blogger di dalam politik negara kita pada hari ini sungguh penting, adalah tidak wajar seseorang Menteri Kabinet memusuhi blogger.

Terbaru, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dr. Rais Yatim yang berkemungkinan mengambil tindakan saman terhadap blogawan Rocky Bru's. Penulis memang menghormati Dr. Rais sebagai Menteri Kabinet yang 'berbudi bahasa' apabila bercakap. Tapi bukan soal berbudi bahasa yang penulis ingin cakapkan di sini.

Penulis sendiri telah membaca artikel blog Rockybru's, di sini penulis melihat tidak ada apa-apa pun yang blogawan RockyBru's boleh dipersalahkan dengan hal ini kerana beliau menyiarkan 'link asal' rumor atau maklumat tersebut. Jadi tidak nampak keperluan untuk RockyBru's dipersalahkan berhubung hal ini.

Penulis ingin memberi amaran kepada semua menteri-menteri kabinet supaya menghormati pandangan blogger, kerana 'persengketaan dengan blogger' bakal memberikan implikasi yang cukup tinggi, lebih-lebih lagi kita ada dua PRK yang sedang menunggu kita iaitu Galas dan Batu Sapi.

Peranan blogger-blogger di dalam PRK tersebut semangnya AMATLAH PENTING. Apa yang penulis bimbangi sekiranya para blogger 'memboikot' PRK tersebut mungkin akan mengundang kecelekaan kepada BN sendiri. Tambahan pula, mengikut maklumat yang penulis terima sudah ada beberapa blogger yang akan 'memboikot' kedua-dua PRK tersebut disebabkan isu ini.

Sehubungan dengan itu, penulis dengan ini mendesak agar Dr. Rais Yatim menarik balik semua tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Rockybru's di samping kembali semula bekerjasama dengan blogger. Sebagaimana lagu P.Ramlee yang berbunyi "Barang yang lepas jangan dikenang".
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin