Bilangan Pengunjung:

Monday, February 1, 2010

Blog Penyokong YBM Ku Li Dibubarkan....

Blog Penyokong YBM Ku Li Dibubarkan....
Oleh: yieMEGA

SEBELUM ini kalau pembaca masih ingan semasa sebelum Pemilihan Agung UMNO ada dua blog yang bekerja keras mempromosikan dan memberikan kempen yang sewajarnya bagi memastikan YBM Ku Li berjaya menjadi Presiden UMNO.

Penulis memang akui blog berkenaan sudah banyak berjuang untuk Ku Li sebelum ini, blog ini dikatakan dikendalikan oleh ahli UMNO bertaraf 'marhaen'. Blog tersebut ialah http://penyokong-kuli.wordpress.com dan juga http://penyokong-kuli.blogspot.com.

Sumber-sumber daripada pengendali blog berkenaan memberi kenyataan kepada Penulis berkenaan kenapa mereka bertindak menutup blog-blog tersebut setelah sekian lama mereka berjuang untuk YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Kata mereka "Mereka kecewa dengan Ku Li", penulis bertanya juga kepada mereka mengapa mereka kecewa dengan Ku Li. Mereka menjawab 'itulah sejak beliau berdiri atas pentas PAS, kami kecewa kerana seolah-olah beliau ingin mempermain-mainkan kami'.

Mendengar perkataan 'mempermain' penulis seraya menyoal, mempermain mereka macamana pula? Jawab mereka lagi, ye lah dulu mereka bersungguh-sungguh berusaha untuk memastikan agar Ku Li menang jawatan Presiden UMNO, tetapi akhirnya setelah gagal bergelar Presiden UMNO beliau telah mengkhianati UMNO dengan berkempen untuk PAS.

Di tanya adakah ini cara terbaik untuk menunjukkan rasa kekecewaan mereka terhadap Ku Li. Mereka berkata setakat ini mereka merasakan inilah cara yang terbaik untuk mereka melahirkan rasa kecewa mereka terhadap Ku Li.

Mereka juga mencadangkan penulis membuang gambar Ku Li yang ada di blog penulis yang di bawahnya tertera perkataan berdarah raja berjiwa rakyat. Penulis hanya tersenyum dan berkata tengoklah dulu macamana, nanti penulis fikirkanya.

1 comment:

Anonymous said...

Blog yang hangpa cakap tu blog persendirian individu yang takde kaitan pun dgn ku li..ku li tak iktiraf pun....kewujudan blog blog itu dah lama dah lebih satu-dua tahun tapi lama tak aktif..bukan sebab ku li bersyarah kat pentas PAS, tapi dah memang lama tak aktif dah sebelum itu..jadi mungkin sebab lain kut mengapa mereka tak aktif..ku li tak harap pun orang lain tulih blog untuk dia..dia tulih sendiri dan ada facebook dia sendiri.. ku li kan independant dan tak perlu upah upah orang buat blog untuk dia

Blog Widget by LinkWithin