Bilangan Pengunjung:

Tuesday, December 21, 2010

Adakah AKIM atau KITA berminat dengan TENANG?

Adakah AKIM atau KITA berminat dengan TENANG?
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini kita sudah kendengaran bahawa Zaid Ibrahim baru sahaja mengambil alih Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia dan menukarkan nama parti tersebut dari AKIM kepada KITA. Di dalam keadaan DUN Tenang yang masih tenang setakat ini sudah tentu kita cuba pula membayangkan adakah KITA akan menyertai PRK DUN Tenang atau tidak?

Setakat ini tidak nampak pembayang yang diberikan oleh KITA, adakah mereka berminat atau tidak untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri Tenang. Bagaimanapun, bagi penulis adalah elok KITA mengambil bahagian bagi menguji sokongan rakyat terhadap mereka.

Adakah sokongan rakyat terhadap KITA yang dahulunya dikenali dengan nama AKIM akan bertambah selepas kemasukkan Zaid ke dalam parti tersebut. Paling menarik lagi sekiranya Presiden KITA sendiri yang menjadi calon untuk PRK DUN Tenang. Mungkin kita dapat lihat adakah rakyat masih menyokong Zaid atau ada tak rakyat yang bersimpati dengan Zaid.

Walaubagaimanapun, kehadiran KITA di dalam PRK DUN Tenang sedikit sebanyak akan memecahkan undi rakat DUN Tenang terutamanya golongan atas pagar. Namun, belum cuba belum tau.

Bagi penulis, DUN Tenang adalah pentas terbaik bagi KITA untuk menguji kekuatan mereka walaupun mereka masih baru tetapi AKIM sudah lama wujud di muka bumi Malaysia ini. Inilah masanya yang terbaik buat mereka menguji keupayaan mereka.


Baca Lagi!

Monday, December 20, 2010

DUN TENANG YANG MASIH TENANG

DUN TENANG YANG MASIH TENANG
Oleh: yieMEGA

SEPERTIMANA yang telah diketahui umum, satu lagi pilihan raya kecil untuk DUN Tenang, Johor bakal diadakan, apabila penyandangnya telah kembali ke Rahmatullah. Walaubagaimanapun, setakat ini perbincangan mengenai PRK tersebut boleh dikategorikan sebagai tenang. Kalau di tempat lain sudah lama kita kendengaran keriuhan orang ramai membicarakan mengenainya.

Dewan Undangan Negeri Tenang letaknya di dalam negeri Johor, banyak pihak menyifatkan bahawa kedudukan UMNO di DUN tersebut sukar digugat memandangkan Johor adalah kubu kuat UMNO. Walaubagaimanapun pada pandangan penulis, tidak semestinya UMNO boleh menarik nafas lega walaupun ianya terletak di dalam negeri yang dikenali sebagai kubu kuat UMNO. Ingat dalam politik tiada yang mustahil.

Sebagai contoh, cuba kita lihat Kelantan adalah kubu kuat PAS, tetapi apabila kita melihat keputusan PRK DUN Galas baru-baru ini ternyata ia tidak berpihak kepada PAS walaupun PAS adalah Kerajaan Negeri Kelantan dan Kelantan pula adalah kubu kuat PAS. Jadi tidak mustahil sekiranya UMNO atau Barisan Nasional akan kehilangan kerusi DUN Tenang kerana sememangnya di dalam politik tiada yang mustahil.

Penulis ingin membuat sedikit ramalan politik berkenaan PRK DUN Tenang, walaubagaimanapun ini hanyalah ramalan dan belum tentu lagi ketepatan ramalanya. Berdasarkan beberapa isu sekiranya gagal ditangani oleh BN besar kemungkinan BN akan kehilangan kerusi DUN Tenang.

Penulis gariskan beberapa isu yang timbul dan harus ditangani dengan segera oleh BN:

1) Isu Kenaikkan harga minyak petrol
2)Isu Kenaikkan harga barangan keperluan
3) Isu kenaikkan kos sara hidup rakyat.

Ketiga-tiga isu yang penulis gariskan tersebut akan memainkan peranan yang besar di PRK DUN Tenang. Pendek kata sekiranya pihak jentera pilihanraya BN gagal mengulas dan menjelaskan isu ini dengan baik kepada rakyat besar kemungkinan BN akan tewas di Tenang, ingat jangan disangka air yang tenang tiada buaya.

Ketiga-tiga isu yang digariskan tersebut juga ada kena mengena dengan kehidupan rakyat, ia melibatkan apa yang rakyat rasa, tempuhi dan harungi dan kemungkinan juga isu ini akan dijadikan modal serta dimanipulasi oleh parti lawan tidak kira apa sahaja parti yang nak lawan cap bulan ke, cap mata ke, cap roket ke semuanya tidak kira ia pasti akan menjadi isu yang akan diperbesarkan lagi.

Oleh yang demikian, jentera pilihan raya BN haruslah mencari ruang dan peluang bagi menangani dan menjawap isu-isu ini dengan kadar seberapa segera bagi membentung isu ini dijadikan modal oleh pihak pembangkang.


Baca Lagi!

Sunday, December 19, 2010

Yang Mana Satu? AKIM ATAU KITA?

Yang Mana Satu? AKIM ATAU KITA?
Oleh: yieMEGA

SEPERTIMANA yang sudah ramai mengetahui bahawa bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang juga calon timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan PKR yang baru sahaja lepas kini sudah mengambil alih Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dan kini beliau sudah bergelar Presiden AKIM yang baru, seraya berusaha untuk menukarkan nama AKIM kepada KITA.

Persoalan yang timbul di sini, Presiden AKIM yang menyerahkan AKIM kepada Zaid adalah presiden yang diragui mengenai status dan kedudukanya selaku Presiden tambahan pula Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengesahkan individu lain sebagai Presiden AKIM iaitu Hanafi Mamat.

Penulis pun hairan juga kenapa Zaid tidak selidik dulu latar belakang Presiden AKIM yang ingin menyerahkan AKIM kepada beliau, tindakan Zaid ini dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya satu lagi perlantikan Presiden yang tidak sah di dalam AKIM iaitu perlantikkan Zaid sendiri.

Beliau sepatutnya menyelidik terlebih dahulu latar belakang Presiden AKIM untuk mengetahui adakah beliau adalah Presiden yang benar-benar sah barulah rundingan boleh dibuat. Dalam keadaan sekarang ini akan berlaku kerumitan apabila Presiden AKIM yang telah disahkan oleh ROS tidak mengiktiraf penukaran nama akronim AKIM kepada KITA dan juga tidak mengiktiraf Zaid sebagai Presiden AKIM atau KITA.

Besar kemungkinan ekoran daripada tindakan Zaid tersebut akan timbul pula kerumitan-kerumitan lain yang mungkin akan menyebabkan masalah baru yang akan menimpa AKIM. Cadangan penulis kepada Zaid adalah elok beliau mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden AKIM yang disahkan oleh ROS.

Beliau hendaklah mengadakan rundingan dengan Presiden sah tersebut dan berusaha agar memastikan rundingan tersebut akan mendatangkan kejayaan atau membuahkan hasil. Pandangan yang penulis lontarkan ini juga demi untuk keselamatan kedudukan Zaid di dalam AKIM.

Zaid perlu ingat, bahawa kedudukan jawatan yang disandang beliau di dalam AKIM masih berada di dalam kedudukan zon tidak selesa dan bila-bila masa sahaja beliau boleh kehilangan jawatan berkenaan.

Walaubagaimanapun Penulis ingin juga melihat agar Zaid kekal sebagai Presiden AKIM/KITA sebab nak tengok bagaimana beliau mengendalikan parti tersebut dan juga adakah beliau mampu menjadikan parti yang dipandang sebelah mata oleh rakyat itu menjadi parti yang progresif dan popular di kalangan rakyat.


Baca Lagi!

Saturday, December 18, 2010

Revolusi Melayu

Revolusi Melayu
Oleh: yieMEGA

APABILA kita bercakap mengenai Melayu pasti ada yang mengatakan kita bersemangat perkauman. Tak apalah penulis tak hiraukan apa yang orang akan kata demi masa depan umat Melayu juga. Penulis bukanlah seorang yang mengamalkan perkauman yang ekstrem.

Kali ini penulis memilih untuk bercakap mengenai Revolusi Melayu. Bagi memudahkan pembaca memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis, penulis memberi contoh mengenai berlaku di Iran di mana Revolusi Iran telah banyak memberikan kejayaan kepada Iran.

Melayu sebagai kaum pribumi perlulah melakukan satu revolusi untuk menjana kejayaan bukan sahaja untuk bangsa malahan untuk negara kita yang tercinta yakni Malaysia.

Kalau kita lihat di negara kita pada hari ini, Melayu merupakan bangsa yang lemah dan kurang dari segi produktivitinya. Kita sebagai bangsa Melayu perlu mencari jalan agar kelemahan bangsa kita ini dapat diatasi.

Apa yang penulis dapat lihat ialah, kelemahan-kelemahan yang ada pada bangsa Melayu dewasa ini hanya dapat diperbetulkan dan diletakkan di landasan yang betul dengan adanya satu Revolusi untuk Melayu.

Revolusi ini akan menjana perubahan kepada bangsa-bangsa Melayu dan tidak akan menjadikan bangsa Melayu sebagai satu bangsa yang layu. Walaubagaimanapun, di dalam menjalankan revolusi ini perlu mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada bangsa Melayu sendiri.

Di dalam menjayakan Revolusi Melayu, ayuh bangkitlah Melayu seluruh Malaysia untuk menjadi satu bangsa yang gagah dan bukan lagi bangsa yang suka mengikut terlunjuk dan menjadi 'kuli batak' kepada bangsa lain.

Marilah bersama-sama kita berusaha untuk menjadikan misi Revolusi Melayu ini tercapai, ubahlah cara pemikiran kita daripada nak segala-gala yang senang kepada nak segala-gala yang susah.

Sekarang bukan zaman bermenung, Ayuh bangunlah dari tidurmu kita bersatu untuk Revolusi Melayu. Masa sudah tiada, jangan berlengah lagi marilah kita berganding bahu demi masa depan bangsa Melayu.

Baca Lagi!

Thursday, December 16, 2010

Bebanan Rakyat Yang Terus Meningkat

Bebanan Rakyat Yang Terus Meningkat
Oleh: yieMEGA

BERSANDARKAN kepada slogan "rakyat didahulukan", penulis merasakan isu ini memang patut diketengahkan demi kesinambungan sokongan rakyat kepada parti pemerintah. Bagi penulis bebanan rakyat adalah satu komponen yang amat penting dan perlu diberi perhatian oleh kerajaan terutamanya bagi membela rakyat-rakyat yang tergolong dalam kategori marhaen.

Kalau kita perhatikan dari hari ke hari, bebanan rakyat semakin bertambah dan terus bertambah. Bebanan ini ada yang sampai memberi tekanan kepada rakyat. Sebagai kerajaan yang memerintah mereka perlu memberi perhatian yang serius berhubung isu ini. Ini adalah bersesuaian dengan slogan yang dilaungkan-laungkan oleh kerajaan sejak akhir-akhir ini iaitu "Rakyat Didahulukan".

Bukan tujuan penulis mengemukakan artikel ini untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah pada hari ini, ini hanyalah sekelumit pandangan penulis terhadap kerajaan bagi membantu kerajaan menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan tidak mudah dijatuhkan.

Sampai bila parti pemerintah sanggup digelar Parti Barang Naik oleh mereka-mereka yang suka menangguk di air yang keruh demi kuasa politik untuk mereka. Kritikan penulis adalah lebih kepada kritikan membina bagi panduan kerajaan dan untuk masa depan kerajaan juga.

Kenaikkan harga barangan utama sejak kebelakangan ini benar-benar memberi tekanan kepada rakyat, apabila bahan mentah seperti minyak dinaikkan secara automatisnya ia mengundang kepada kenaikkan bahan-bahan terumanya makanan dan minuman kerana peniaga tiada pilihan selain memindahkan kenaikkan operasi mereka kepada pengguna.

Cuba bayangkan, setiap bulan ada sahaja barang naik, daripan minuman malt coklat, susu pekat manis, krimer pekat manis, gula dan bermacam-macam lagi. Ia memang benar-benar memberikan bebanan kepada rakyat.

Sebagai kerajaan yang prihatin, kajian terperinci perlu diadakan bagi mencari mekanisme terbaik untuk mengurangkan bebanan yan terpaksa ditanggung oleh rakyat, kerajaan perlu ingat rakyat adalah pelanggan kerajaan adalah peniaga, jadi bermakna pelanggan sentiasa betul.

Berapa lama lagi kita sanggup terus memberikan bebanan kepada rakyat, sebagai kerajaan kita perlu mencari beberapa kaedah yang sesuai untuk membantu rakyat. Jangan jadikan kita sebuah kerajaan yang menindas rakyat.

Akhir kalam, semoga isu ini mendapat perhatian daripada pihak kerajaan demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Ingat lagi satu perkara negara tak akan berjaya tanpa usaha daripada rakyatnya. Fikir-fikirkanlah.....

Baca Lagi!

Wednesday, December 15, 2010

Nasib Blogawan Perlu Dibela...

Nasib Blogawan Perlu Dibela...
Oleh: yieMEGA

BLOGAWAN merupakan jolokkan yang diberikan kepada para penulis blog di seluruh Malaysia dan juga yang memanggilnya dengan nama Blogger. Dunia hari ini memang memerlukan blogawan tanpa blogawan pendek kata tak sah kehidupan kita sehari-hari.

Namun, dalam pada bergelar blogawan terdapat risiko-risiko yang perlu ditanggung oleh blogger antaranya mungkin dengan secara tidak sengaja akan berhadapan dengan tindakan mahkamah oleh mereka-mereka yang tidak senang tentang apa yang mereka dedahkan, dalam hal ini kebanyakkan blogger keseorangan di dalam menghadapi tindakan tersebut.

Penulis ada beberapa cadangan untuk kesenangan para blogger di masa hadapan. Pertama sekali perlu ada satu pertubuhan khas dan sah di sisi undang bagi membela para blogawan tanah air. Pertubuhan itu juga hendaklah aktif di ruangan maya. Contohnya perlu ada laman web untuk memudahkan para blogawan memohon pertolongan mahupun menyampaikan aduan.

Bagi penulis sudah tiba masanya, semua blogawan tanah air bergabung dan bersatu di bawah satu bumbung ini adalah bersesuaian dengan pepatah Melayu yang berbunyi "Bersatu teguh bercerai kita roboh".

Dalam pada itu, pertubuhan bagi membela para blogawan tanah air juga perlu lah melantik peguam-peguam panel yang terdiri daripada peguam handalan bagi membantu ahli-ahlinya menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan dengan mahkamah. Demi masa depan para blogawan tanah air.

Selain daripada itu, Pertubuhan Pembelaan Blogawan juga boleh menubuhkan satu tabung khas bagi membantu ahli-ahlinya yang berada di dalam kesusahan. Blogawan adalah tidak ubah seperti seorang penulis cuma bezanya ia lebih kepada penulisan maya.

Di kebanyakkan negara maju, blogawan adalah medium yang penting dan tidak keterlaluan sekiranya penulis katakan yang mereka antara yang sumber rujukan negara-negara maju yang lain, cuma negara kita sahaja yang terkebelakang sedikit berhubung hal blogawan ini.

Apa yang penulis hendak tegaskan di sini, kewujudan blogawan amatlah penting, dan ia bukanya sekadar penulis picisan atau dengan bahasa yang lebih kasar penulis jalanan. Kalau kita lihat pandangan-pandangan yang dilontar oleh blogawan kita, kebanyakkan diterima pakai terutamanya dalam usaha-usaha negara membangun seperti kita menjadi negara maju selaras dengan Visi dan Misi Wawasan 2020 negara kita.

Penulis merasakan cukup setakat ini artikel penulis pada kali ini, di lain masa penulis akan menyiapkan artikel baru yang selaras dengan isu-isu semasa tanah air dan juga dunia.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin