Bilangan Pengunjung:

Sunday, December 19, 2010

Yang Mana Satu? AKIM ATAU KITA?

Yang Mana Satu? AKIM ATAU KITA?
Oleh: yieMEGA

SEPERTIMANA yang sudah ramai mengetahui bahawa bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang juga calon timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan PKR yang baru sahaja lepas kini sudah mengambil alih Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dan kini beliau sudah bergelar Presiden AKIM yang baru, seraya berusaha untuk menukarkan nama AKIM kepada KITA.

Persoalan yang timbul di sini, Presiden AKIM yang menyerahkan AKIM kepada Zaid adalah presiden yang diragui mengenai status dan kedudukanya selaku Presiden tambahan pula Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengesahkan individu lain sebagai Presiden AKIM iaitu Hanafi Mamat.

Penulis pun hairan juga kenapa Zaid tidak selidik dulu latar belakang Presiden AKIM yang ingin menyerahkan AKIM kepada beliau, tindakan Zaid ini dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya satu lagi perlantikan Presiden yang tidak sah di dalam AKIM iaitu perlantikkan Zaid sendiri.

Beliau sepatutnya menyelidik terlebih dahulu latar belakang Presiden AKIM untuk mengetahui adakah beliau adalah Presiden yang benar-benar sah barulah rundingan boleh dibuat. Dalam keadaan sekarang ini akan berlaku kerumitan apabila Presiden AKIM yang telah disahkan oleh ROS tidak mengiktiraf penukaran nama akronim AKIM kepada KITA dan juga tidak mengiktiraf Zaid sebagai Presiden AKIM atau KITA.

Besar kemungkinan ekoran daripada tindakan Zaid tersebut akan timbul pula kerumitan-kerumitan lain yang mungkin akan menyebabkan masalah baru yang akan menimpa AKIM. Cadangan penulis kepada Zaid adalah elok beliau mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden AKIM yang disahkan oleh ROS.

Beliau hendaklah mengadakan rundingan dengan Presiden sah tersebut dan berusaha agar memastikan rundingan tersebut akan mendatangkan kejayaan atau membuahkan hasil. Pandangan yang penulis lontarkan ini juga demi untuk keselamatan kedudukan Zaid di dalam AKIM.

Zaid perlu ingat, bahawa kedudukan jawatan yang disandang beliau di dalam AKIM masih berada di dalam kedudukan zon tidak selesa dan bila-bila masa sahaja beliau boleh kehilangan jawatan berkenaan.

Walaubagaimanapun Penulis ingin juga melihat agar Zaid kekal sebagai Presiden AKIM/KITA sebab nak tengok bagaimana beliau mengendalikan parti tersebut dan juga adakah beliau mampu menjadikan parti yang dipandang sebelah mata oleh rakyat itu menjadi parti yang progresif dan popular di kalangan rakyat.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin