Bilangan Pengunjung:

Saturday, October 22, 2011

Runtuhnya Empayar Gaddafi

Runtuhnya Empayar Gaddafi
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya semua orang sudah mengetahui mengenai berita terbunuhnya bekas pemimpin Libya iaitu Muammar Gaddafi, kebanyakkan media menyiarkan berita pemergian Gadaffi. Mungkin bagi pihak NPC perjuangan mereka selama ini akhirnya membuahkan hasil.

Menurut video amatur yang penulis tonton dipercayai Gaddafi mati disebabkan kerana kemarahan tentera-tentera NPC dan dia mati selepas diseksa seteruknya oleh tentera NPC. Mungkin kenyataan yang menyatakan bahawa jasad Gaddafi dikebumikan di satu tempat yang dirahsiakan atas dasar keselamatan itu menandakan pihak NPC cuba menyembunyikan sesuatu.

Daripada video tersebut kita boleh mengambarkan bahawa Gaddafi sebenarnya dihukum sebelum diadili. Hukuman tersebut telah dilaksanakan oleh pejuang-pejuang NPC. Ini bermakna kematian Gaddaffi ini adalah sebelum kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan oleh beliau belum sempat diadili lagi.

Hukuman sebelum diadili ini sesuatu yang boleh dinamakan kejam, biar setara mana kejamnya Gaddafi dia juga berhak untuk diadili dan bukanya dihukum tak ubah seperti manusia menghukum haiwan. Inikah kerajaan yang bakal menggantikan Gaddafi yang turut menggunakan kekejaman untuk membalas kekejaman.

Penulis yakin, satu masa nanti pemimpin-pemimpin baru Libya akan wujud yang lebih kejam daripada rejim Gaddafi lagi. Apa yang penulis kesali adalah pejuang NPC kelihatan seperti tali barut amerika atau dengan kata lain selepas ini mungkin Libya akan menjadi negara yang dikuasai oleh Amerika.

Begitulah kisahnya apabila si kafir membantu Umat Islam untuk bertelagah sesama Islam dan akhirnya sudah terang lagi bersuluh bahawa pejuang NPC sudah pun diperbodohkan oleh Amerika. Pada pandangan penulis, kejayaan menggulingkan rejim Gaddaffi bukanya kemenangan pejuang NPC tetapi ianya adalah kejayaan terbesar Amerika untuk menghapuskan pemimpin yang menjadi seteru kepadanya.

Memang penulis akui sepanjang hayat Gaddaffi beliau juga telah melakukan kekejaman kepada rakyat Libya, namun ia bukanya satu alasan untuk pejuang NPC menghukum Gaddaffi tanpa terlebih dahulu ia diadili. Terlintas juga kenapa pejuang NPC kelihatan begitu tergesa-gesa untuk membunuh Gaddaffi.

Apa yang terjadi terhadap Gaddaffi hendaklah diadili dengan serta merta, NPC hendaklah diheret ke Mahkamah kenapa mereka perlu membunuh Gaddaffi sebelum Gaddaffi diadili sedangkan Gaddafi telah pun menyerah diri. Mengikut laporan semasa beliau menyerah diri beliau masih hidup, ini bermakna sesuatu telah berlaku selepas beliau menyerah diri.

Baca Lagi!

Friday, October 21, 2011

Bajet 2012

Bajet 2012
Oleh: yieMEGA

MUNGKIN penulis agak terlewat sedikit mengulas berhubung Belanjawan atau Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan bagi negara bernama Malaysia. Bagi penulis biarlah sedikit terlewat daripada tidak langsung mengulas mengenainya.

Beberapa pengumuman di dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini mungkin banyak mengembirakan kebanyakkan rakyat Malaysia terutamanya Kakitangan Awam. Bantuan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan  One-Off daripada kerajaan sebanyak RM500.00.

Pada kali ini, penulis tidak mahu mengulas mengenai angka-angka di dalam Bajet tetapi lebih kepada ulasan umum terhadap bajet yang telah dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri tersebut. Sepertimana yang penulis tekankan dalam artikel-artikel penulis yang terdahulu iaitu kerajaan perlu mencari mekanisme untuk "mengurangkan bebanan rakyat" kerana saban tahun bebanan rakyat terus meningkat.

Mungkin Bajet 2012 hampir menepati apa yang penulis tekankan sebelum ini, namun apa yang penulis ingin lihat pada bajet-bajet akan datang. Perhatian utama hendaklah diberikan kepada strategi-strategi untuk mengurangkan bebanan rakyat.

Sekiranya bebanan rakyat dapat dikurangkan ia juga akan memberi kesan yang positif kepada ekonomi domestik negara kita, dengan ini kuasa beli rakyat akan meningkat dan membantu merancakkan ekonomi domestik yang pada masa ini masih bergerak perlahan ekoran krisis kewangan yang melanda kebanyakkan negara-negara maju.

Bajet kali ini, mungkin sudah ada meletakkan strategi-strategi untuk membantu mengurangkan bebanan rakyat di ketika mana rakyat terpaksa menghadapi peningkatan bebanan terhadap mereka. Oleh yang demikian, di dalam bajet-bajet yang bakal mendatang hendaklah mengemukakan strategi-strategi terkini untuk membantu meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Sepertimana bajet-bajet yang terdahulu, peruntukkan kepada sektor pendidikan nampaknya antara peruntukkan tertinggi berbandin dengan peruntukkan-peruntukkan di sektor lain. Ini mungkin pendidikan menjadi sektor terpenting bagi merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia negara maju yang berpendapatan tinggi.

Mungkin juga, penulis boleh sifatkan bahawa Bajet 2012 merupakan Bajet yang terbaik pernah dibentangkan berbanding bajet-bajet yang telah dibentang pada tahun-tahun lepas yang sudah lama berlalu. Paling menarik bajet kali ini nampaknya lebih kepada mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Apa yang penulis harapkan bahawa apa yang cuba dilakukan oleh Kerajaan ini jangan hanya mati di tengah jalan di mana matlamat perlaksanaanya tidak tercapai kerana apa yang cuba dicapai itu tidak akan dicapai kalau usaha-usaha ke arahnya sekadar hangat-hangat tahi ayam semata-mata.

Baca Lagi!

Thursday, October 20, 2011

Bersatu Menentang Kristianisasi

Bersatu Menentang Kristianisasi
Oleh: yieMEGA

DEWASA ini, isu kristianisasi semakin banyak menghantui kita yakni Umat Islam. Sekiranya Umat Islam terus berdiam diri dan berpeluk tubuh nescaya pada suatu masa nanti Umat Islam akan ramai yang tertewas dan sehinggakan ramai berbondong-bondong Umat Islam akan murtad.

Oleh yang demikian, kita sebagai Umat Islam perlu berbuat sesuatu agar sesuatu yang buruk tidak akan menimpa umat-umat Islam di negara kita. Penulis merasa isu kristianisasi ini amat sesuai penulis ulas pada artikel penulis pada kali ini. Sesuai dengan isu semasa kini yang hangat memperkatakan tentang kristianisasi.

Mengikut kaji selidik yang penulis sendiri buat, kebanyakkan daripada umat Islam yang murtad poin utamanya adalah wang ringgit. Ditambah pula, di zaman sekarang ini semua memerlukan wang ringgit sampai nak masuk ke tandas pun memerlukan wang ringgit paling kurang 30 sen malah ada yang mencecah RM1.

Daripada kajian tersebut dapatlah kita tafsirkan bahawa SEBAB UTAMA Umat Islam MEMILIH UNTUK MURTAD adalah kerana WANG RINGGIT. Sepertimana yang kita tahu, pergerakkan-pergerakkan kristian yang cuba membawa angin kristianisasi menggunakan wang ringgit sebagai umpan untuk menambat hati umat Islam.

Ini bukan masanya untuk kita menyalahkan pergerakkan-pergerakkan kristian yang membawa angin kristianisasi ni negara kita, sebaliknya sebelum kita memperbetulkan orang lain adalah lebih baik kita memperbetulkan Umat Islam terlebih dahulu.

Kita sudah tahu yang kelemahan Umat Islam adalah wang ringgit, jadi jangan kita abaikan Umat Islam terutamanya di kalangan Umat Islam yang dikategorikan sebagai miskin. Kalau pengganut agama Kristian yang kaya sanggup mengeluarkan dana untuk memperkembangkan agama mereka kenapa tidak Umat Islam buat cara yang sama.

Perlu ditegaskan di sini bahawa bukanlah di sini bermakna penulis menyarankan agar umat Islam menawarkan dana kepada sesiapa yang ingin memeluk Islam, apa yang penulis maksudkan di sini tidak bolehkah umat Islam yang kaya raya yang harta berkoyan-koyan berkorban sedikit harta mereka untuk menaja umat Islam yang dikategorikan sebagai fakir miskin, bukankah ini akan mengelakkan mereka daripada terjebak dengan gejala murtad.

Badan-badan amal yang sedia ada seperti Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri dan Puzat Zakat hendaklah mengambil peranan yang lebih agresif dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk mencari mereka yang benar-benar layak mendapat bantuan sebelum ini tetapi mereka tidak dapat bantuan daripada badan-badan tersebut.

Mereka juga hendaklah membuat siasatan ke seluruh negara untuk memastikan penerima-penerima Zakat memang benar-benar orang yang benar-benar layak menerima zakat. Jangan sampai mereka yang berhak tidak dapat hak mereka mereka yang tidak berhak dapat pula hak mereka.

Perkara-perkara seperti ini hendaklah tidak dipandang remeh, sepertimana yang kita tahu PUNCA UTAMA murtad adalah disebabkan WANG RINGGIT. Sekiranya gagal menyediakan dana-dana untuk membantu Fakir Miskin di kalangan umat Islam tidak mustahil pada masa akan datang bilangan Umat Islam yang murtad akan bertambah.

Dalam pada itu, penulis kecewa juga dengan salah seorang tokoh akademik yang seolah-olah menyokong kristianisasi apabila mempersoalkan titah perintah Sultan Selangor berhubung serbuan ke atas Gereja baru-baru ini.

Bagi penulis, kenyataan tokoh Akademik ini adalah boleh diumpamakan sebagai seperti menyokong pergerakkan kristianisasi. Tokoh Akademik itu perlu faham bahawa dalam mengulas sesuatu yang berkaitan dengan Islam kita tidak boleh menggunakan Dalil Aqli semata-mata ia juga memerlukan Dalil Naqli.

Dalam pada itu, dalam menentang kristianisasi kita Umat Islam di seluruh negara haruslah bersatu teguh untuk menangani Isu yang semakin menjadi barah kepada Umat Islam ini. Perkara ini tidak akan dapat diatasi jikalau kita asyik bercakaran sesama sendiri. Siapa lagi yang nak mengubah nasib Umat Islam kalau bukan Umat Islam sendiri.

Baca Lagi!

Wednesday, October 5, 2011

Bajet Angan-Angan Anwar

Bajet Angan-Angan Anwar
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya umum sudah mengetahui mengenai pembentangan Bajet "Kerajaan Dalam Penantian" Pakatan Rakyat yang telah dibentangkan oleh Anwar Ibrahim beberapa hari lalu. Bagi mereka-mereka yang masih belum mengetahuinya mereka boleh menyemak perkara tersebut di sini.

Banyak juga perkara-perkara yang dijanjikan Anwar di dalam Bajet Bayangan tersebut. Antara Kandungan Bajet Bayangan tersebut adalah sepertimana di bawah ini:

Bonus kepada warga emas yang berpendapatan tahunan RM18,000 ke bawah sebanyak RM 1000 setahun.
Elaun Suri Rumah diberikan RM1000 dan suri rumah digalakkan menabung di dalam KWSP.
Gaji Minima RM 1,100 diperkenalkan
Golongan Pendidik akan mendapat Elaun Khas RM 500 sebulan
Penjualan Lesen Import Akan Dibuat Secara Lelongan untuk menambah pendapatan negara

Indah sungguh janji-janji yang dibuat oleh Anwar Ibrahim dalam bajet angan-angan beliau. Mungkin sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti akan terpengaruh dengan bajet angan-angan yang dibentangkan oleh Anwar itu. Tak apalah kalau Anwar rasa dia mampu buat begitu jangan nanti indah khabar dari rupa pula.

Tinggal lebih kurang dua hari lagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Belanjawan 2012, kita nantikan apakah berita baik dan berita buruk mengenai belanjawan yang bakal dibentangkan oleh PM kelak. Menurut ramalan, bajet pada kali ini akan menfokuskan kepada mengurangkan bebanan rakyat, marilah sama-sama kita tunggu dan lihat.

Berbalik kita kepada bajet angan-angan yang dibentangkan oleh Anwar, bagi penulis begitu mudah kita membuat janji kerana ianya hanya bermodalkan air liur semata-mata, walaubagaimanapun untuk menunaikan janji agak susah kerana ia memerlukan modal wang ringgit.

Penulis tidak pasti bilakah "Kerajaan Dalam Penantian" akan berkuasa, kita cuma tunggu dan lihat ajelah. Hebat juga bunyi "Kerajaan Dalam Penantian" kelihatan Pakatan Rakyat begitu yakin untuk merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional.

Nasihat penulis kepada Pakatan Rakyat, janganlah terlalu yakin yang mereka boleh menawan Putrajaya dalam PRU yang akan datang kerana di dalam politik macam-macam perkara yang mustahil boleh menjadi kenyataan. Ingatlah jika mereka terlalu yakin pasti ianya akan memakan diri.

Dalam pada itu, kepada Kerajaan Malaysia yang masih dikuasai oleh Barisan Nasional sekarang ini hendaklah memastikan bajet yang akan dibentangkan pada Jumaat ini benar-benar dapat meringankan  bebanan rakyat yang semakin hari semakin meningkat.

Kepada "Kerajaan Dalam Penantian" bersabarlah menanti kerana di sini menunggu saat "Kerajaan Dalam Penantian" berkuasa untuk melihat sejauh mana prestasi kerajaan tersebut.

Baca Lagi!

Tuesday, October 4, 2011

ATM DAN MESIN DEPOSIT TUNAI DI BANK

ATM DAN MESIN DEPOSIT TUNAI DI BANK
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya kebanyakkan daripada rakyat Malaysia sudah menggunakan Mesin ATM (Automatic Teller Machine) dan Mesin Deposit Tunai yang disediakan oleh kebanyakkan bank-bank di seluruh Malaysia. Hari ini artikel penulis adalah berkaitan dengan kedua-dua mesin tersebut.

Hari ini mesin-mesin yang penulis sebutkan tadi digunakan secara meluas di seluruh negara. Satu perkara yang mengecewakan mengenai mesin-mesin berkenaan adalah ada sebilangan bank yang ternama telah menetapkan nilai not untuk pengeluaran di ATM adalah RM50 dalam ertikata lain mesin ATM mereka tidak akan mengeluarkan not RM10 perkara ini menyusahkan kerana sekiranya seseorang individu itu mahu menggunakan hanya RM20 mereka terpaksa mengeluarkan RM50 di mesin ATM milik bank tersebut.

Begitu juga bagi mereka yang mahu membuat deposit tunai di mesin deposit tunai yang mana sebilangan bank telah menetapkan mesin deposit tunai mereka supaya hanya menerima not RM10, RM50 dan RM100 sahaja. Wang Kertas RM5 tidak diterima oleh kebanyakkan mesin deposit tunai bank bukankah ini akan menyusahkan rakyat.

Penulis merasakan adalah wajar Bank Negara Malaysia (BNM) supaya menetapkan syarat agar semua bank di Malaysia agar menetapkan pengeluaran di ATM boleh dibuat sekiranya bawah RM50 dan juga mesin deposit tunai mereka boleh menerima not RM5.

Perkara sedemikian walaupun kita lihat ia isu sesuatu yang remeh namun ia tetap menjadi pertimbangan oleh rakyat marhaen untuk memilih kerajaan pada masa-masa akan datang, oleh yang demikian kerajaan perlu mengambil berat berhubung isu ini.

Baca Lagi!

Monday, October 3, 2011

HAD UMUR PERSARAAN YANG BARU

HAD UMUR PERSARAAN YANG BARU
Oleh: yieMEGA

PENULIS merasa terpanggil untuk mengulas isu yang sedang hangat diperkatakan kini iaitu cadangan pihak tertentu untuk menaikkan had umur persaraan kakitangan awam sehingga kepada 60 tahun had umur untuk bersara. Penulis tidak pasti cadangan ini datang daripada siapa, tetapi apa yang penulis tahu cadangan ini tidak begitu praktikal untuk dilaksanakan.

Sekiranya had umur bersara dinaikkan ini bermakna tempat atau jawatan mereka masih penuh dan berisi sekaligus ia akan menyusahkan mereka-mereka yang ingin memohon untuk bekerja dengan jabatan kerajaan terutamanya graduan yang masih mengangur sepertimana yang kita tahu dari hari ke hari bilangan graduan yang menganggur semakin bertambah.

Adakah kerajaan ingin terus menambahkan lagi bilangan graduan menganggur yang sudah sedia bertambah setiap hari sekiranya kerajaan bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan had umur bersara kepada 60 tahun. Bukankah ia akan menambahkan masaalah kepada kerajaan.

Lagipun individu yang berumur 55 tahun ke atas sudah lagi tidak praktikal untuk meneruskan kerjaya atau tugasnya kerana prestasi kerja mereka berumur 55 tahun ke atas lazimnya akan menurun sekaligus akan menurunkan prestasi-prestasi jabatan-jabatan kerajaan tempat mereka bekerja.

Penulis pun hairan saban tahun ada je cadangan untuk menaikkan had umur persaraan, adakah mereka masih belum puas bekerja, sekiranya mereka masih ingin bekerja adalah elok mereka mencari kerja dengan sektor swasta daripada mereka terus memenuhkan jawatan di sektor kerajaan.

Adakah mereka tidak megasihani apa nasib yang perlu ditanggung oleh graduan-graduan yang sampai kini masih lagi menggangur. Adakah mereka sanggup untuk menambahkan lagi penderitaan mereka yang bergelar graduan. Bersaralah bila tiba masa fikir-fikirkanlah.....

Baca Lagi!

Sunday, October 2, 2011

Bila PAS nak buat Hudud...

Bila PAS nak buat Hudud...
Oleh: yieMEGA

BILA PAS nak buat Hudud menjadi tajuk pilihan artikel penulis pada kali ini. Sesuai lah juga dengan isu semasa sekarang ini apabila PAS sudah mula menayangkan kembali apa yang diperjuangkan oleh parti itu selama ini dipendamkan sementara mungkin kerana mahu menjaga hati parti sekutu mereka bernama DAP.

Bila saja PAS menayangkan kembali perjuangan asal mereka untuk menegakkan undang-undang Hudud di negara bernama Malaysia ini, tiba-tiba sahaja DAP melatah. Sehingga menyebabkan perang mulut antara Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan orang kuat DAP iaitu Karpal Singh. Nik Aziz bertegas mahu menegakkan undang-undang Hudud manakala Karpal Singh pula bertegas mahu menegakkan undang-undang yang dilabel 'sekular' oleh Nik Aziz.

Penulis ingin bertanya dengan anda semua pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia, apa yang kita lihat apabila isu ini meletus, ramai pula pemimpin-pemimpin kita sibuk memberikan komen terhadap isu tersebut, kenapa ya? Adakah mereka merasakan inilah masa yang sesuai untuk mereka "menanguk di air yang keruh"? Kalau mereka fikir begitu ternyata mereka silap.

Kenapa penulis berkata sedemikian rupa? Jawapanya mudah sahaja tidak terfikirkah mereka bahawa kenapa isu itu tiba-tiba aje timbul tambahan pula ia boleh dikira ditimbulkan apabila Pilihan Raya Umum 13 semakin dekat, sudah tentu ada udang di sebalik mee.

Pada pandangan penulis, ianya satu strategi pilihan raya PAS atau lebih tepat lagi Pakatan Rakyat. Anda semua perlu ingat apa yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil yang melibatkan PAS yang lalu, ternyata sokongan kaum Melayu terhadap mereka semakin berkurangan, jadi bagi menarik semula sokongan kaum Melayu yang beragama Islam mereka terpaksa melaung-laungkan kembali yang mereka nak buat undang-undang hudud. Walaupun mereka tahu yang persediaan untuk menggubal undang-undang hudud masih belum cukup dan juga ia juga akan dalam konteks Malaysia ia juga sukar dilaksanakan kerana negara ini mempunyai masyarakat berbilang kaum.

Mereka tahu itu semua mustahil tetapi mereka nak buat juga bagi mengembalikan semula sokongan kaum Melayu beragama Islam kepada mereka yang telah beralih arah sebelum ini. Inilah yang dikatakan "Demi Kuasa Manusia Sanggup Melakukan Apa sahaja untuk mendapatkan kuasa".

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin