Menunggu Keberangkatan Pulang DYMM Sultan Selangor
Oleh: yieMEGA
BARU-baru ini PAS telah membuat keputusan untuk menarik balik sokongan mereka terhadap Menteri Besar Selangor Dalam Jawatan Sekarang iaitu Khalid Ibrahim secara automatik sokongan terhadap Menteri Besar dalam penantian Dr. Wan Azizah bertambah. Namun keputusan PAS tersebut belum dapat meredakan krisis MB Selangor secara total selagi DYMM Tuanku Sultan Selangor tidak memberikan keputusan muktamad.
Sampai hari ini polemik siapa yang dapat jadi MB masih berterusan sehiggakan bermacam-macam teori diberikan oleh penulis-penulis politik, ahli akademik dan juga rakyat marhaen seperti penulis. Teori paling popular ialah berkenaan dengan kemungkinan diadakan satu Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi menentukan siapakah sebenarnya yang layak menerajui kepimpinan kerajaan negeri Selangor.
Mungkin ada yang berpendapat mengadakan PRN tidak praktikal kerana kosnya amat mahal dan ianya ternyata akan memaksa kerajaan menggunakan duit rakyat hanya kerana memilih seorang MB. Penulis bersetuju dengan kenyataan ini tetapi apa yang penulis dapat lihat ada baiknya sekiranya kita memberi pilihan kepada rakyat untuk menentukan siapakah MB pilihan mereka bukanya MB dipilih mengikut kemahuan seseorang pemimpin yang boleh diragui maksudnya.
Semua orang tahu bahawa pemilihan Dr. Wan Azizah mengantikan Khalid Ibrahim adalah atas kehendak Ketua Umum PKR bukanya tuntutan bersifat lokal. Walaupun mendapat tentangan daripada akar-umbi Anwar nampaknya berdegil beliau tetap dengan keputusan untuk meletakkan Dr. Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru.
Baca Lagi!