Bilangan Pengunjung:

Sunday, April 10, 2016

Asyraff Wajdi Jangan Kurang Ajar

Asyraff Wajdi Jangan Kurang Ajar
Oleh: yieMEGA

KURANG AJAR itulah yang penulis penulis labelkan kepada Asyraff Wajdi Dusuki. Sebagai orang yang berpendidikan agama yang tinggi beliau tak sepatutnya bersifat kurang ajar terhadap orang tua. Beliau 'budak baru' di dalam politik telah cuba menunjukkan 'betapa agahnya' beliau mendesak Tun Mahathir dikenakan tindakan di atas usaha-usahanya yang masih menggerakkan deklarasi.

Sebagai budak baru belajar, tindakah apakah yang Asyraff Wajdi Dusuki yang ingin kenakan terhadap Tun Dr. Mahathir? Atas undang-undang apa? kalau atas undang-undang UMNO, Tun Dr. Mahathir bukan lagi ahli UMNO, Tak kan menggerakkan deklarasi pun dikenakan OSA ataupun Akta Hasutan.

Deklarasi yang digerakkan oleh Tun Mahathir bukanlah sepertimana  'Arab Spring' yang berlaku di beberapa negara timur tengah. Deklarasi dan Arab Spring adalah satu perkara yang berbeza mahupun matlamat kepada kedua-duanya adalah sama. Sebagai orang yang berpendidikan tinggi Asyraff Wajdi sepatutnya 'lebih cerdik' di dalam membezakan kedua-duanya.

Asyraff Wajdi jangan berlagak hebat ataupun beliau bertindak sedemikian kerana kini turut menjadi pemakan dedak seperti konco-konco Najib Razak yang lain. Nasihat penulis kepada Asyraff Wajdi usahlah jadi pemakan dedak nanti anda berebut dengan lembu pulak, maklum sahajalah lembu dan binatang-binatang je yang makan dedak. Melainkan Asyraf Wajdi memang seekor binatang, tapi bukan namanya sedap sudah tentu Asyraff Wajdi ini manusia yang berfikiran waras dan tidak memakan dedak sepertimana tukang kipas-tukang kipas Najib Razak yang lain.

Sebagai orang baru beliau sepatutnya menghormati pemimpin terdahulu, apatah lagi pemimpin terdahulu tu pun lebih tua daripada beliau. Malah Datuk Dusuki pun mempunyai hubungan rapat dengan Tun Mahathir. Janganlah berlebih-lebihah kalau nak balas budi Najib Razak pun. Najib Razak memang suka orang yang boleh dipergunakan seperti anda. 


Beberapa kali dah sebelum ini Tun Mahathir minta dia sendiri di ambil tindakan tapi kerajaan Najib Razak tidak berbuat apa-apa. Ada yang mengatakan mungkin Najib Razak tak mahu menghukum Tun Mahathir kerana banyak jasa beliau sepanjang 22 tahun memerintahan Malaysia. Bagi penulis itu semua mengarut, apa yang berlaku sekarang Najib Razak cuba 'berlakon' sepertimana dalam episod-episod lakonanya sebelum ini untuk menunjukkan kononya beliau seorang PM yang baik walhal jauh panggang daripada api. 

Dalam pada itu, pengumuman PAC di parlimen baru-baru sudah mula dijaja oleh PM sendiri, malah menteri-menteri Pencacai Najisnya juga turut menjaja perkara yang sama. Mungkin penerima BR1M yang duduk di kampong-kampong boleh mempercayai apa yang dikatakan PAC itu, namun menipu orang kampong memang boleh tapi tidak untuk orang berpendidikan tinggi. 

Walau apa pun Najib Razak dan Menteri Pencacai Najisnya buat untuk membolehkan rakyat percaya, ia tidak bermakna Najib Tidak Perlu letak jawatan. Turunlah secara elok dan tertib dengan segera, buatlah pengorbanan demi rakyat bukan demi Rosmah. 

2 comments:

Anonymous said...

Orang agama kalau masuk politik akan hilang keperibadian dan tatasusila mereka kecuali mereka2 yg benar2 mengikut lunas2 Islam.

Anonymous said...

Tun join pakatan u ckp ok dan takpa..
If muhyidin join pakatan tanpa tun..?
Mesti dia kena hentam..
Jgn taksub dgn tun sgt sampai tolak kenyataan lain.. pemimpin kerajaan dulu mengutuk pembangkang tapi skrg join pembangkang.. apa maknanya? Tun jilat ludah semula.. seorg yg sgt hipokrit. oleh sbb ini kita tahu seorg ini tidak boleh dipercayai.. sekelip mata bole ubah. berjuang dgn pembangkang? Tun pentingkan diri dan lupa ahli2 yg setia dgn dia dulu.. dia langsung tak setia.. keluar masuk ikut suka dan nk org ikut dia saja..

Blog Widget by LinkWithin