Rakyat Tetap Hormat Tun Mahathir Tetapi Hilang Hormat Pada Zahid Hamidi dan Meluat Dengan Najib Razak
Oleh: yieMEGA
BARU-BARU ini Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi telah membuat kenyataan yang meminta Tun Dr. Mahathir supaya tidak melakukan perkara yang boleh membuatkan rakyat hilang hormat padanya. Mendengar kenyataan Zahid Hamidi itu membuatkan penulis rasa ingin ketawa dengan kenyataan itu. Mana tidaknya baru sahaja dilantik jadi TPM baru-baru ini sudah membuat beberapa kenyataan yang boleh dikatakan sebagai berlagak, apa nak jadi ni baru jadi TPM sudah berlagak entahlah apa akan jadi sekiranya Zahid Hamidi menjadi PM nanti.
Penulis menasihatkan Zahid Hamidi agar duduk diam-diam, kerana walaupun sekarang beliau adalah TPM tapi belum tentu beliau akan jadi PM. Kemungkinan besar Zahid Hamidi akan menerima nasib sepertimana Muhyiddin, ya mungkin buat masa ini Najib Razak masih percaya dengan manusia bernama Zahid Hamidi ini, selain daripada itu manusia bernama Zahid Hamidi ini mudah diperalatkan oleh manusia bernama Najib Razak. Zahid Hamidi perlu ingat dengan peribahasa "Habis Madu sepah dibuang" itulah apa yang berlaku kepada Muhyiddin sekarang mungkin juga akan berlaku pada manusia bernama Zahid Hamidi kalau dia tidak bertindak sekarang.
Zahid Hamidi tidak perlu lagilah membela manusia bernama Najib Razak, sebaliknya beliau perlu berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mengambil jawatan Najib Razak dengan seberapa segera. Buat apa dikekalkan 'sampah' dalam rumah kita lebih baik kita buang ke dalam tong sampah di luar rumah. Kalau kita terus simpan 'sampah' di dalam rumah lama kelamaan ia akan membuatkan rumah berbau busuk. Najib Razak sudah tak berguna buat UMNO kerana ia boleh diibaratkan sebagai sampah dan secara tidak langsung 'mencalit' imej buruk buat UMNO. Adakah orang seperti ini kita masih mahu kekalkan memimpin UMNO terpulang kepada ahli UMNO sendiri yang sudah diberikan akal dan fikiran untuk menentukan adakah baik membela Najib Razak ataupun buruk membela Najib Razak.
Apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir itu tidak sedikitpun menghilangkan rasa hormat rakyat pada Tun Mahathir, rakyat menganggap apa yang dibuat oleh Tun Mahathir itu adalah demi kebaikkan dan kesejahteraan rakyat. Malah mereka lebih meluat melihat kepimpinan Najib Razak yang semakin hari semakin teruk ini. Mana tidaknya Najib Razak Perdana Menteri Kerajaan Yang Dipilih rakyat sebenarnya menyusahkan rakyat, rakyat terus dibebani dengan GST, kenaikkan harga barang, kenaikan kos sara hidup, semakin hari rakyat terus terbeban dengan kerajaan yang dipilih rakyat ini.
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Pemakan Dedak memang tidak peduli apa yang terjadi pada rakyat kerana mereka begitu mewah dengan pendapatan mereka daripada jawatan yang dijawat mereka itu. Mereka tidak faham apa kesengsaraan yang dialami rakyat yang mereka tahu pendapatan mereka ribu kadang-kadang tak terusik pun. Hari ini penulis ingin mencabar Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Pemakan Dedak dan Ketua Polis Negara supaya memulangkan 80% daripada gaji mereka kepada Kerajaan dan mereka hanya gunakan 20% sahaja daripada gaji mereka. Sudah tentu mereka tidak akan lakukan kerana mereka bukan bekerja demi rakyat tapi apa yang penting bagi mereka wang adalah raja, mereka peduli apa rakyat sengsara.
PRN Sarawak merupakan platform terbaik untuk rakyat menghukum Kerajaan Najib Razak, usah terpedaya dengan janji-janji Lebuhraya Pan Borneo kerana itulah cara kerajaan Najib Razak memancing undi. Fikir-fikirkanlah. Penulis ingin menyeru rakyat Sarawak membuka mata dan mematangkan pemikiran mereka. Bukankah Sarawak penyumbang terbesar Ahli Parlimen tapi kenapa rakyat Sarawak dinafikan Hak untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk Apa kita mengekalkan Najib Razak sebagai PM, bukankah lebih elok rakyat Sarawak sendiri yang menjadi Perdana Menteri barulah adil buat Sarawak. Ingatlah rakyat Sarawak pun berhak untuk menjadi Perdana Menteri.
Sekiranya rakyat Sarawak matang, inilah masanya untuk memastikan rakyat Sarawak berhak menjadi Perdana Menteri dengan tidak memberi undi kepada Barisan Nasional. Jangan diperbodohkan lagi dengan Kerajaan Najib Razak ini masa yang sesuai untuk kita buat perubahan. Kita mesti bersatu menuntut pengunduran Najib Razak dan biarlah pemerintahan Najib Razak tinggal sejarah.
1 comment:
Bro.. agak2 ler..
Utk kebaikan negara pon..
Sampai join parti yg lawan kerajaan memerintah.. yg sah2 nk jatuhkan kerajaan.. aper bender... hipokrit giler tun..
Ada byk cara lain lagi.. nonsense la sampai nk join pembangkang..
So.. cuba bg tahu.. apa makna ucapan sindiran dan tohmahan masa dulu sebelum join pembangkang?
Tun maksudnya tipu kita.. faham tak..!
Org nk percaya ka member mcm ni? Logik la bro.. member kuta pegi kawan musuh kita.. tp dulu dia yg over menghentam musuh kita tu..
Dan pembangkang.. same thing as tun.. sapa nk percaya lagi both tun and pembangkang.. senang2 berkawan.. selepas pukuh tahun berlawan.. dan tun tahu pembnagkang byk membohong.. pun dia tk kisah join.. come la.. hormat sbg org lama yes.. but other than tht... hmm.. agak kabir sekrg..
Tun adalah suatu rahmat bg malaysia.. ttp dia manusia.. hilang pertimbangan dan mengikut nafsu.. bro tak yah nk tegakkan benang yg basah.. sorry bout tun.. really sorry... he blew it at the end.. big time
Post a Comment