Bilangan Pengunjung:

Saturday, April 16, 2016

TUN MAHATHIR BOLEH MENGANCAM NEGARA - KETUA POLIS NEGARA

TUN MAHATHIR BOLEH MENGANCAM NEGARA - KETUA POLIS NEGARA
Oleh: yieMEGA

PENULIS telah membaca laporan Utusan Online berkenaan dengan kenyataan Ketua Polis Negara yang kononya Tun Mahathir boleh mengancam negara. [Rujuk artikel ini]. Adakah dengan hanya mengatakan bahawa tiada lagi wujud demokrasi berparlimen di Malaysia ini dikatakan mengancam negara. Kalau ini dikatakan 'bijak' betul KPN kita membuat kenyataan, selepas ini rakyat tak boleh kata apa-apa, hanya duduk diam-diam dan terus diam dan jalan terbaik ialah mengugurkan Najib Razak pada PRU14 dengan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional, eh silap Kerajaan Barisan Najib. 

Terfikirkah juga penulis adakah orang yang 'bebal' seperti KPN ini layak atau tidak sebenarnya bergelar KPN. Tak perlulah penulis ulas lebih-lebih tentang KPN ini kerana di atas kertas kita sudah nampak bahawa KPN kita sekarang adalah Ketua Pelindung Najib dengan melihat kepada tindak tanduknya. Dalam pada kita mendesak Najib Razak meletak jawatan dalam masa yang sama kita perlu mendesak supaya KPN juga turut meletak jawatan kerana kebebalanya.

Penulis pasti rakyat tidak merasa apa-apa kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir itu akan mengancam negara, malah ia tidak lebih bagi memberi kebaikkan kepada negara. Umum mengetahui bahawa Najib Razak adalah PM paling banyak menyusahkan rakyat terutamanya memperkenalkan GST yang sekaligus semememangnya membebankan rakyat. Ya memang PM tidak terkesan dengan perlaksanaan GST kerana dia tidak perlu mengeluarkan pendapatan dirinya untuk berbelanja, malah perbelanjaan melibatkanya ditanggung kerajaan dengan menggunakan duit rakyat, rakyat yang menderita kerana perlaksanaan GST oleh Kerajaan yang dipilih rakyat ataupun Kerajaan Barisan Najib. 

Kelmarin kita 'dijamu' dengan berita Menteri Luar Arab Saudi yang mengesahkan bahawa duit 2.6B di dalam akaun peribadi Najib Razak adalah pemberian derma dari Arab Saudi. Kalau begitu ceritanya baguslah, tapi yang menjadi persoalan di sini ialah kenapa sebelum ini menteri itu mengatakan bukan derma tetapi pelaburan?. Satu lagi persoalan ialah kenapa ianya disimpan di akaun peribadi? Adakah wang milik parti adalah milik peribadi? Persoalan lain tentang wang itu ialah adakah wang itu milik UMNO ataupun milik Najib Razak ataupun milik Kerajaan Malaysia. Ia perlu dinyatakan secara terang dan jelas. Derma itu untuk siapa sebenarnya, kalau untuk Najib Razak tak apalah ia disimpan di dalam akaun peribadi, tapi bagaimana kiranya sekiranya wang itu didermakan untuk parti mahupun untuk negara kita Malaysia? Adakah ia dibolehkan disimpan di dalam akaun peribadi? Jika boleh dan tidak mendatangkan kesalahan penulis meminta semua ketua-ketua jabatan kerajaan menyimpan duit jabatan masing-masing di dalam akaun peribadi masing-masing kerana ia tidak mendatangkan kesalahan.

Rasionalnya apakah wajar derma berjumlah 2.6B ini diberikan oleh Arab Saudi? Bukankan banyak lagi negara Islam yang lebih memerlukan berbanding Malaysia, jadi mengapa Malaysia jadi pilihan. Sebenarnya umat Islam dari seluruh dunia mempunyai hak terhadap pendapatan Arab Saudi terutamanya melibatkan Mekah kerana hasil pendapatan itu sepatutnya dikongsikan kepada negara-negara Islam di seluruh dunia, tetapi tidak pendapatan itu hanya disimpan oleh Arab Saudi dan tidak disalurkan kepada negara-negara Islam yang memerlukanya. Cuba fikir adakah wajar Arab Saudi menderma 2.6B kepada Najib Razak. 


Terfikir juga penulis kenapa dengan tiba-tiba Menteri Luar Arab ini menukar kenyataanya yang sebelum ini mengatakan bukan derma tetapi pelaburan tetapi dengan tiba-tiba mengatakan ia derma dan bukan pelaburan. Apakah faktor pendorong kenyataan beliau berubah, ataupun Arab Saudi sudah terhutang budi dengan Kerajaan Barisan Najib kerana Malaysia menghantar anggota tenteranya di dalam Misi Kententeraan Arab Saudi di Syria. [Rujuk Di sini]. 

Berbalik kita kepada kenyataan KPN yang mengatakan Tun Mahathir boleh mengancam negara. Secara terang lagi bersuluh, kenyataan Tun Mahathir itu tidak boleh mengancam negara sepertimana yang di dakwa oleh KPN itu. Dalam pada itu, penulis mencadangkan Tun Dr. Mahathir mengambil tindakan undang-undang ke atas kenyataan KPN itu kerana boleh dikatakan kenyataan seolah-olah cuba memfitnah Tun Dr. Mahathir. Dalam masa yang sama, Tun Mahathir sebelum ini sudah berkali-kali mengatakan beliau sedia di dakwa, jadi apa tunggu lagi.

1 comment:

Anonymous said...

Nampaknya penulis masih masih mentah dan tak ngerti dgn impak sebenar..
Tun adalah seorang yg sgt berpengaruh dan seluruh dunia kenal.
Dan segala ucapan beliau sgt serious.
Org yg tak ngerti betapa seriousnya impak ucapan beliau sahaja yg anggap ucapan beliau 'tader hal la'..
Byk lagi perlu timba ilmu pengetahuan politik..

Blog Widget by LinkWithin