Bilangan Pengunjung:

Thursday, July 10, 2008

Peralihan Kuasa Antara Realiti dan Fantasi

Hari ini diberitakan bahawa tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merangkap Bapa Mertua Khairy Jamaluddin kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan dijalankan pada Jun 2010 kononya. Persoalan yang timbul ialah adakah pengumuman tarikh peralihan kuasa ini sekadar omongan kosong atau 'helah bela diri' Abdullah sahaja untuk memperbaiki kedudukan kuasanya sebagai Perdana Menteri.

Jun 2010 mengambil masa lebih kurang dua tahun lagi untuk menjelma, kalau istilah orang kampung tempoh ini disifatkan 'suatu masa yang agak lama' dan boleh dikatakan risikonya amat tinggi kerana di dalam tempoh tersebut mungkin macam-macam perkara yang boleh terjadi kerana kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang tetahi Allah tuhan seru sekian alam yang menentukan, memang betul esok masih ada namun kita tidak tahu esok milik siapa.

Melihat kembali kepada janji Perdana Menteri mengenai peralihan kuasa akan berlaku pada Jun 2010, sebenarnya 'bibit-bibit' sabotaj sudah mula kelihatan walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak masih mempunyai dua tahun untuk Abdullah menyerahkan kuasa padanya beliau telah diserang hebat seolah-olah ia saling berkaitan dengan 'peralihan kuasa' yang kononya akan di adakan pada Jun 2010.

Penulis yakin satu masa nanti serangan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus diperhebatkan untuk menjadikan beliau seorang yang 'kotor' dan tidak layak menjadi pengganti Abdullah yang dikatakan bersih dan telus pada mata kasar orang sekaligus Abdullah akan berjaya mempertahankan jawatanya sebagai Perdana Menteri dan risikonya ialah Barisan Nasional akan tewas dengan dasyat pada Pilihgan Raya Umum yang ke 13 nanti dan mungkin pada masa itu Barisan Nasional bukan lagi Kerajaan di Malaysia tetapi sebaliknya menjadi pembangkang.

Penulis juga bersependapat dengan Pandangan Tun Dr. Mahathir mengenai isu peralihan kuasa ini yang disiarkan di dalam blog miliknya iaitu www.chedet.com, pandangan Tun tersebut ada kebenaranya dan penulis menasihatkan ahli-ahli akar umbi UMNO mengambil langkah drastik agar peralihan kuasa ini tidak hanya menjadi fantasi tetapi menjadi realiti.

Cara yang mungkin boleh digunakan oleh ahli UMNO akar umbi ialah pada Pemilihan Agung UMNO pada Disember tahun ini, mereka hendaklah mencalonkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden UMNO yang baru menggantikan Abdullah, dan beri peluang kepada YBM Ku Li untuk memperbetulkan keadaan dan selepas keadaan diperbetulkan peralihan kuasa akan diadakan kerana Ku Li lebih dipercayai berbanding Abdullah.

Penulis yakin Ku Li tidak akan memegang jawatan tersebut dalam masa yang lama lambat laun ia akan menyerahkanya pada Datuk Seri najib, tambahan pula hubungan Ku Li dengan Allahyarham Tun Abdul Razak (Ayah DS Najib) sangat akrab dan tidak mustahil dia tidak akan mensia-siakan anak kawan karibnya sendiri. Ini adalah jalan yang terbaik bagi menjadikan peralihan kuasa menjadi realiti dan bukanya sekadar fantasi ataupun sekadar di pinggiran.

Baca Lagi!

Wednesday, July 9, 2008

Nik Aziz Kesal dengan Konsert 'Protes'

Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan hari ini melaporkan bahawa Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah melahirkan rasa kesal berhubung konsert selingan yang mengisi program Perhimpunan 'Protes' Sejuta Rakyat yang mengundang kontroversi apabila penyanyi jemputan membuat 'onar' dengan memperagakan aksi lucah semasa persembahan mereka di Konsert selingan tersebut.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, beliau menyokong matlamat perhimpunan tersebut tetapi tindakan mengadakan konsert sebagai selingan acara itu tidak patut diadakan kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam apatah lagi ia memaparkan aksi lucah yang tidak sesuai dengan imej PAS yang memperjuangkan Islam dan juga merupakan salah satu anggota Parti Pakatan Rakyat.

Matlamat perhimpunan tersebut baik, tetapi cara perhimpunan tersebut dilaksanakan juga tidak sesuai kerana matlamat tidak menghalakan cara. Beliau juga meminta supaya selepas ini insiden seumpama itu tidak akan berlaku lagi.

Itulah di antara keluhan Tuan Guru Nik Aziz, namun persoalanya di sini siapa sebenarnya yang menjemput atau memberi cadangan supaya 'konsert selingan' diadakan semasa perhimpunan protes sejuta rakyat tersebut? Dr. Hatta Ramli merupakan Ahli Parlimen PAS juga 'orang kuat' Protes, adakah beliau memberi cadangan untuk mengadakan konsert selingan semasa perhimpunan tersebut. Jika difikirkan secara 'logik' memanglah adai kaitan dengan Dr. Hatta Ramli yang juga merupakan Ahli PAS dari 'puak professional' namun sekiranya ianya tidak ada kaitan dengan Dr. Hatta Ramli sudah tentunya Parti lain yang menganggotai Pakatan Rakyat yang gila kepada hiburan Mungkin juga PKR.

Baca Lagi!

Tuesday, July 8, 2008

Benarkah UMNO Bahagian Selangor Sebulat Suara Sokong Abdullah?

Hari ini ada diberitakan bahawa semua UMNO Bahagian Selangor memberi sokongan padu kepada Presiden UMNO 'on duty' Abdullah Haji Ahmad Badawi. Pengumuman ini dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor iaitu Muhd Muhd Taib yang juga satu-satunya Menteri Kabinet yang tidak tahu berbahasa inggeris.

Persoalanya benarkah semua UMNO Bahagian di Selangor Sebulat suara memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Abdullah Haji Ahmad? Adakah suara Ketua-ketua Bahagian di Selangor mewakili kehendak akar umbi? ataupun ianya hanya mewakili kehendak Muhd Muhd Taib atau lebih tepat lagi Abdullah Haji Ahmad Badawi Pemimpin Berlagak Wara' tetapi tidak Wara'.

Benarkah semua ketua bahagian sebulat suara? Padahal pada masa ini umum mengetahui bahawa ramai juga Ketua Bahagian UMNO Selangor yang tidak bersefahaman dengan Abdullah dan meminta Abdullah berundur tetapi kenapa mereka tiba-tiba berubah? Adakah ada unsur 'ugutan' yang dibuat oleh Badan Perhubungan UMNO negeri ataupun UMNO Malaysia sendiri?

Penulis yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu. Sama ada Muhd Muhd Taib memberi kenyataan 'bohong' ataupun kenyataan beliau benar tetapi keputusan itu dibuat melalui paksaan atau arahan-arahan tertentu.

Rata-rata ahli-ahli akar Umbi UMNO di Selangor menolak kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi tetapi kenapa suara mereka tidak dibawa oleh Ketua-ketua Bahagian Masing-masing. Adakah ada unsur 'sekatan' untuk tidak membawa suara-suara mereka?

Budaya 'Voice Block' ini semakin menjadi-jadi semasa pemerintahan rejim Abdullah Haji Ahmad penulis berharap ahli UMNO akar umbi bertindak segera menyampaikan Suara sebenar mereka, beranikan diri untuk menonjolkan suara anda agar rejim Abdullah dapat digulingkan.

Baca Lagi!

Monday, July 7, 2008

Apabila Himpunan Protes Sejuta Rakyat Diprotes Oleh Peserta Sendiri!

Pentas politik tanah air yang sudah sememangnya hangat, semakin hangat apabila beberapa hari yang lalu ada satu perhimpunan Sejuta Rakyat bagi memprotes kenaikkan harga minyak yang diadakan di Selangor.

Penulis menyokong matlamat pehimpunan itu kerana membantah kenaikkan harga minyak, tetapi penulis tidak menyokong perhimpunan tersebut kerana matlamat tidak menghalalkan cara. Menyebut 'matlamat tidak menghalalkan cara' di dalam perhimpunan sendiri ada cara yang tidak sepatutnya berlaku.

Maksud penulis dengan cara yang tidak sepatutnya berlaku ialah, di dalam perhimpunan tersebut ada segmen selingan yang memuatkan konsert selingan dan paling memeranjatkan penyanyi semasa konsert tersebut adalah penyanyi dari kumpulan muzik yang bermazhab Punk. Paling memeranjatkan ada insiden yang tidak sepatutnya lagi apatah lagi perhimpunan tersebut ada kaitan dengan Pakatan Rakyat dan PAS merupakan salah satu parti di dalam Pakatan Rakyat yang mengambil bahagian di dalam perhimpunan tersebut. Insiden 'tonggeng punggung' atau dengan kata lain 'insiden aksi lucah' telah dilakukan oleh kumpulan muzik yang bermazhab 'Punk' di dalam konsert tersebut.

Namun, penulis boleh juga mengucapkan tahniah kepada PAS kerana telah menukar perhimpunan untuk memprotes kenaikkan harga minyak kepada perhimpunan memprotes konsert dalam perhimpunan memprotes kenaikkan harga minyak tersebut.

Persoalanya adakah PAS tidak diberitahu lebih awal berkenaan konsert tersebut dan adakah juga PAS sudah mengetahui lebih awal tentang konsert tersebut dan sengaja 'buat-buat tidak tahu' Persoalan ini hanya dapat dijawab oleh pihak PAS sendiri. Satu lagi persoalan kenapa Pakatan Rakyat yang menerajui perhimpunan memprotes kenaikkan harga minyak tersebut menggunakan khidmat penyanyi yang bermazhabkan 'punk' sedangkan budaya 'punk' sudah jauh terpesong bukan sahaja daripada budaya Melayu malah daripada budaya Islam. Adakah Pakatan Rakyat mahu bersubahat dengan kemungkaran?

Perlu diingatkan disini bahawa minum arak, perhubungan seks bebas merupakan amalan wajib bagi pengganut mazhab 'punk' kalau tidak percaya cubalah selidik anggota-anggota kumpulan punk semuanya mereka 'mengamalkan amalan wajib' mengikut mazhab 'Punk' ini dan juga mereka tidak akan mendengar sebarang nasihat malah sedia menyerang 'orang yang menasihatinya'.

Ingatlah 'Punk' lebih dasyat daripada Islam Hadhari, dalam masa kerajaan Pakatan Rakyat mengharamkan Islam Hadhari dalam masa yang sama juga kerajaan Pakatan Rakyat mengagung-agungkan 'budaya kuning' yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Baca Lagi!

Saturday, July 5, 2008

Bala memberi 'bala' pada Anwar

Membaca laporan Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan hari ini memaparkan tajuk 'Bala Buat U Turn". Mengikut laporan akhbar berkenaan Penyiasat Persendirian P. Bala Subramaniam yang membuat akuan bersumpah berkenaan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibu telah menarik balik akuan akuan bersumpah terbabit.

Secara tidak langsung dengan penarikkan balik akuan bersumpah yang dibuat oleh Bala 'impaknya' telah memberi kemenangan kepada Najib dan namanya sudah bersih bermakna Anwar terpaksalah berhempas pulas untuk mempertahankan dirinya berhubung tuduhan ke atasnya. Malah Anwar juga mungkin terpaksa menghadapi tuduhan 'menipu' kerana memberi maklumat palsu berhubung kes pembunuhan Wanita Mongolia Altantuya sharibu. Nampaknya Anwar akan jatuh dan kemudian ditimpa tangga.

Penarikan balik Akuan bersumpah P. Bala Subramaniam akan memberi impak yang besar terhadap karier politik Anwar Ibrahim dan juga kredibiliti Anwar Ibrahim, malahan Amerika Syarikat yang cuba campur tangan berhubung isu tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim juga memberi kesan negatif kepada Anwar Ibrahim dan seolah-olah tuduhan beliau adalah ejen Amerika akan menjadi benar apabila Amerika Syarikat mula masuk campur berhubung hal ini.

Berbalik kepada penarikkan balik Akuan Bersumpa P. Bala Subramaniam, penarikkan ini akan memberi 'tekanan' kepada Anwar kerana secara tidak langsung 'peluru' pertama yang beliau lepaskan kepada Najib telah kembali menembusi badan 'tuannya' sendiri atau dengan kata lain peluru sudah makan tuan.

Baca Lagi!

Friday, July 4, 2008

Perang Anwar VS Najib

Perang Sidang Media sudah bermula apabila Anwar mula menyerang Najib secara sidang media. Najib juga sudah mudah mengorak langkah dengan juga memulakan perang dengan menggunakan sidang media. Hebat betul iklim politik di Malaysia ini, pendek kata iklim politik di Amerika Syarikat pun tidak mampu menandingi iklim politik di Malaysia ini.

Iklim politik di Malaysia kini makin panas apabila kedua-dua pihak yang terlibat sudah berani menyerang secara terbuka. Anwar membuat tuduhan bahawa Najib terlibat dengan kes pembunuhan Wanita Mongolia Altantuya Sharibu, manakala Anwar pula terpaksa menghadapi tuduhan meliwat pembantu peribadinya atau dengan kata lain personal assistant Anwar Ibrahim sendiri.

Kenapa Najib menjadi pilihan Anwar Ibrahim untuk diserang? Kenapa tidak Abdullah sedangkan banyak isu-isu berkaitan Abdullah yang timbul tetapi tidak menjadi mangsa serangan Anwar? Adakah ini kerana beliau 'terhutang budi' dengan Abdullah kerana membebaskan dari penjara? ataupun ada pakatan bermaksud jahat Anwar bersama Abdullah. Tentu ramai masih ingat dengan 'perjanjian passport' mungkin ini adalah salah satu sebab mengapa Anwar tidak mahu menyerang Abdullah, ye lah nanti Abdullah akan 'melepaskan anjing tersepit' pula dan anjing itu ialah Anwar Ibrahim.

Berbalik kepada isu perang Anwar VS Najib, apa yang menarik kedua-duanya ada kaitan dengan perang, seperi Najib merupakan Menteri Pertahanan yang menjaga hal ehwal perang manakala Anwar pula namanya yang bermaksud ''perperangan".

Siapa yang untung daripada Perperangan Najib VS Anwar?

Penulis menjangkakan sudah tentu orang yang berada di luar medan perang akan mengambil kesempatan untuk menang secara senyap. Siapa yang berada di luar medan perang? Sudah tentulah Abdullah Haji Ahmad Badawi kerana di dalam 'senyap' dia akan menghancurkan musuh-musuhnya dan sedia melepaskan 'peluru senyap' pada bila-bila masa dan mungkin 'peluru senyap' itu akan membunuh kedua-dua orang sedang giat bertempur di medan perperangan sekaligus meranapkan segala cita-cita mereka, yang seorang itu nak jadi Perdana Menteri daripada jalan belakang, yang sorang lagi nak jadi Perdana Menteri menunggu saat peralihan kuasa tiba. Di dalam perlumbaan, mereka untuk mendaki kepada 'hierarki tertinggi' di dalam 'gunung politik' negara mungkin masuk angin keluar asap sahaja sekiranya Abdullah Haji Ahmad mengeluarkan 'peluru senyap' dan tidak mengenal mangsa itu dan akan melenyapkan sesiapa sahaja di alam yang fana ciptaan Allah tuhan seru sekian alam ini.

Mengenai cadangan Mufti Perlis S.S Dr. Mohd Asri agar Anwar Ibrahim dan Saiful Bahari bersumpah dengan nama Allah untuk memberi keyakinan kepada orang ramai yang mana betul yang mana salah, penulis berpendapat itu adalah cadangan yang terbaik dan orang yang terlibat di dalam perperangan tersebut hendaklah bersumpah dengan Nama Allah termasuklah Najib kerana dengan ini mungkin akan mengurangkan 'kekeliriuan' yang timbul di kalangan rakyat.

Mengikut maklumat terbaru, seorang penyiasat persendirian yang membuat akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan Wanita Moggolia yang mengaitkan Najib di dalam kes ini. Mungkin ini adalah salah satu petunjuk dari Allah Tuhan seru sekian alam siapa sebenarnya yang bersalah.

Marilah bersama kita memohon kepada Allah agar Allah akan menunjukkan 'jalan kebenaran' dan siapa yang berada di pihak yang benar serta siapa pula yang berada di pihak yang salah. Sesungguhnya Allah s.w.t, tuhan seru sekian alam Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.

Baca Lagi!

Thursday, July 3, 2008

Tuduhan Liwat Tehadap Anwar Ibrahim Satu Konspirasi?

Terlebih dahulu penulis memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskinikan blog ini kerana membuat sedikit penyelidikkan berhubung isu tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim yang dikatakan sebagai konspirasi untuk menjatuhkan beliau (Anwar Ibrahim).

Biarpun penulis agak lambat sedikit memberi komen berhubung isu ini namun kata orang 'better late than never". Penulis ingin memberi komen berdasarkan psikologi kerana psikologi merupakan bidang yang ada pada penulis.

Pertamanya mengenai dakwaan Anwar Ibrahim yang mengatakan tuduhan liwat ini hanya satu konspirasi untuk menjatuhkan beliau. Nampaknya istilah konspirasi sudah popular kembali dan mungkin juga istilah Tidak Relevan akan juga berulang kembali. Sebenarnya memang penulis bersetuju dengan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim adalah konspirasi tetapi ianya konspirasi yang dicipta oleh Anwar Ibrahim sendiri buktinya ialah pada hari pertama beliau dituduh liwat beliau sudah mengemukakan gambar Pembantu Peribadinya sebagai bukti menunjukkan tuduhan itu satu konspirasi seolah-olah beliau sudah mengetahui tuduhan ini akan berlaku atau dengan kata lain tuduhan ini seakan-akan dirancang sedangkan biasanya untuk mengemukakan bukti memerlukan masa yang agak lama paling cepat pun satu minggu.

Penulis melihat Anwar Ibrahim ini sengaja mencipta kontroversi ini sebagai salah satu langkah psikologi untuk mengalihkan tumpuan rakyat terutamanya selepas banyak isu yang timbul di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat dan yang terbaru sekali ialah Negeri Selangor. Dengan pendekatan secara psikologi ini, sedikit sebanyak akan menyebabkan kemarahan rakyat kepada Kerajaan semakin meningkat kerana rakyat akan mengatakan tuduhan ini adalah satu strategi yang kerajaan gunakan untuk menjatuhkan beliau(Anwar Ibrahim) jadi maknanya minda rakyat sudah dikuasai Anwar Ibrahim dan dia bebas melakukan apa sahaja semasa menjadi Perdana Menteri kelak.

Dakwaan Wan Azizah Sistem Kehakiman Malaysia Tidak Boleh Dipercayai

Mengenai dakwaan Wan Azizah yang mengatakah sistem Kehakiman Malaysia tidak boleh dipercayai, ini paling mudah sekiranya Sistem Kehakiman Malaysia tidak boleh dipercayai maka keputusan hakim yang membebaskan Anwar Ibrahim juga tidak boleh dipercayai dan maknanya pembebasan Anwar Ibrahim adalah keputusan Hakim yang 'Terkhilaf' membuat keputusan sekiranya betul Sistem Kehakiman Malaysia tidak boleh dipercayai.

Jadi penuliskan 'orang gila tempat no 2' di dalam kerajaan Malaysia ini fikir dulu sebelum berkata, berkata-katalah seumpama orang cerdik, bukanya berkata-kata sama seperti orang paleolitik inilah yang dikatakan 'bodoh tak boleh ajar, cerdik tak boleh tumpang'.

Amerika Syarikat Cuba Campur Tangan Berhubung Tuduhan Liwat Anwar Ibrahim

Beberapa hari yang lalu Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada Kerajaan Malaysia berhubung tuduhan liwat kepada Anwar Ibrahim, pertama sekali sudah menampakkan satu tanda bahawa Amerika Syarikat pro kepada Anwar Ibrahim, Fikir sejenak: Kenapa ya? Penulis rasa rakyat semua tahu sekiranya Amerika memberi sokongan kepada sesuatu pihak sudah tentu mereka mempunyai 'maksud tersirat' contohnya Amerika Syarikat yang memberi sokongan kepada Tentera Pakatan Utara di Afghanistan. Tahukah anda siapa yang berada di belakang Amerika? Yahudi sebenarnya menguasai Amerika dan boleh dikatakan hampir 80% pelabur di Amerika adalah pelabur Yahudi. Tindakan Amerika yang seolah-olah berpihak kepada Anwar Ibrahim ini telah membuktikan bahawa AnwarIbrahim adalah ejen Amerika dan Amerika sememangnya menantikan Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri dan boleh dijadikan 'boneka' kepada Amerika.

Anwar Ibrahim Bersembunyi di Kedutaan Turki

Anwar Ibrahim mendakwa ada ugutan bunuh terhadapnya dan menyebabkan beliau telah bersembunyi di kedutaan Turki. Apa yang anehnya 'ugutan bunuh' itu timbul selepas laporan Polis kerana tuduhan liwat ke atasnya sebelum ini tidak timbul pula 'ugutan bunuh' tersebut. Mengenai Turki pula, penulis yakin umum mengetahui bahawa Turki merupakan negara Sekular dan mengistiharkan yang mereka adalah kerajaan sekular dan perlu mengikuti fahaman sekular. Mungkin dengan ini dakwaan sesetengan orang bahawa Anwar Ibrahim ingin mensekularkan PAS adalah benar malahan sudah ramai pro Anwar sudah mula menguasai PAS dan menenggelamkan Ulama-Ulama di dalam PAS dan golongan profesional adalah golongan Pro Anwar Ibrahim di dalam PAS, tambahan pula Anwar Ibrahim pernah berkata yang beliau tidak menyokong apa-apa tuntutan 'Islamic States' atau 'Negara Islam'.


Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin