Bilangan Pengunjung:

Saturday, July 5, 2008

Bala memberi 'bala' pada Anwar

Membaca laporan Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan hari ini memaparkan tajuk 'Bala Buat U Turn". Mengikut laporan akhbar berkenaan Penyiasat Persendirian P. Bala Subramaniam yang membuat akuan bersumpah berkenaan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibu telah menarik balik akuan akuan bersumpah terbabit.

Secara tidak langsung dengan penarikkan balik akuan bersumpah yang dibuat oleh Bala 'impaknya' telah memberi kemenangan kepada Najib dan namanya sudah bersih bermakna Anwar terpaksalah berhempas pulas untuk mempertahankan dirinya berhubung tuduhan ke atasnya. Malah Anwar juga mungkin terpaksa menghadapi tuduhan 'menipu' kerana memberi maklumat palsu berhubung kes pembunuhan Wanita Mongolia Altantuya sharibu. Nampaknya Anwar akan jatuh dan kemudian ditimpa tangga.

Penarikan balik Akuan bersumpah P. Bala Subramaniam akan memberi impak yang besar terhadap karier politik Anwar Ibrahim dan juga kredibiliti Anwar Ibrahim, malahan Amerika Syarikat yang cuba campur tangan berhubung isu tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim juga memberi kesan negatif kepada Anwar Ibrahim dan seolah-olah tuduhan beliau adalah ejen Amerika akan menjadi benar apabila Amerika Syarikat mula masuk campur berhubung hal ini.

Berbalik kepada penarikkan balik Akuan Bersumpa P. Bala Subramaniam, penarikkan ini akan memberi 'tekanan' kepada Anwar kerana secara tidak langsung 'peluru' pertama yang beliau lepaskan kepada Najib telah kembali menembusi badan 'tuannya' sendiri atau dengan kata lain peluru sudah makan tuan.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin