Bilangan Pengunjung:

Tuesday, July 29, 2008

UMNO Perak Sedia Kongsi Kuasa Dengan PAS

Kelmari diberitakan bahawa UMNO Perak sedia berkongsi kuasa dengan PAS membentuk kerajaan di Perak sekiranya DAP terus memberi tekanan kepada PAS. UMNO Perak melalui jurucakapnya iaitu Datuk Seri Tajol Rosli menegaskan bahawa UMNO Perak sanggup berkongsi kuasa dengan PAS walaupun Menteri Besar Perak adalah yang berasal daripada PAS.

Tawaran UMNO Perak tersebut memang baik untuk menyatupadukan orang Islam dan Melayu di Malaysia. UMNO Perak pula nampaknya bersedia memberikan jawatan Menteri Besar kepada pihak PAS walaupun jika dibandingkan bilangan kerusi UMNO dan PAS, bilangan kerusi daripada pihak UMNO adalah lebih banyak. Namun, UMNO Perak nampaknya sedia berkorban walaupun sekiranya mereka bergabung tentulah UMNO yang lebih layak menerajui kerajaan negeri memandangkan bilangan kerusi UMNO memang banyak tetapi mereka sanggup berkorban demi menjaga kepentingan umat Islam khasnya dan Melayu amnya.

Pada pandangan penulis PAS sepatutnya mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh UMNO Perak tersebut kerana ia tidak akan memberi kerugian terhadap mana-mana pihak atau apa yang boleh katakan sebagai situasi menang-menang atau 'win-win situation'. PAS tidak akan rugi apa-apa sekiranya menerima tawaran ini kerana jelas mereka tetap menguasai pucuk pimpinan kerajaan negeri Perak kerana UMNO Perak telah memberi jaminan mereka sanggup memberikan jawatan Menteri Besar kepada Pihak PAS.

Sudah lama penulis menanti saat pengabungan UMNO dan PAS, harap-harap penggabungan UMNO dan PAS dapat menjadi kenyataan. Demi menyatupadukan umat Islam di Malaysia yang boleh diibaratkan seperti 'retak menanti belah' dan 'telur di hujung tanduk. Penyatuan Umat Islam penting di dalam menjadikan kita sebuah negara Islam yang maju dan berpontensi jauh.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin