Bilangan Pengunjung:

Sunday, July 20, 2008

32 Cawangan UMNO Calonkan Ku Li


Hari ini diberitakan bahawa 32 Cawangan UMNO daripada UMNO Bahagian UMNO Gua Musang mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali dengan nama Ku Li sebagai calon Presiden UMNO menentang Abdullah Haji Ahmad Al-Badawi. Mungkin berita ini akan sedikit mengembirakan kita.

Terlebih dahulu penulis ucapkan jutaan tahniah buat 32 Cawangan UMNO yang berani membuat keputusan demikian. Penulis berharap tindakan mereka akan dicontohi oleh cawangan-cawangan UMNO seluruh negara yang lain.

Sebelum ini, UMNO Cawangan Kampung Ubai daripada Bahagian juga telah membuat usul yang berani iaitu mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Calon Presiden yang bakal menentang Abdullah Haji Ahmad Al-Badawi. Namun usul tersebut disambut dingin termasuklah daripada Datuk Seri Najib Al-Penakuti Tun Razak sendiri dan memilih untuk tidak bertanding.

Jelas sekali usul yang dibawa oleh UMNO Cawangan Kampung Ubai menjadi usul yang sia-sia. Bagi mana cawangan UMNO seluruh negara yang belum membuat sebarang usul atau keputusan penulis berharap agar mereka tidak akan mengeluarkan usul sia-sia. Konsepnya mudah sebagai contoh sekiranya kita ingin menyuap seseorang itu dengan nasi tetapi orang yang kita hendak suap itu tidak mahukanya malah menutup ketat mulutnya itu adalah perbuatan sia-sia.

Jadi sekiranya mana-mana cawangan UMNO bercadang mengusulkan siapa yang bakal lawan Presiden hendaklah dipastikan bahawa orang yang dicalonkan itu memang mahukan makan nasi jadi senanglah bagi kita untuk menyuapnya sebagai contoh Tengku Razaleigh mungkin yang terbaik untuk dijadikan calon menentang Presiden UMNO Abdullah Al-Bohongi.

Berbalik dengan kedudukan semasa sekarang bermakna Tengku Razaleigh sudah mendapat 32 pencalonan Cawangan, manakala Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mendapat 1 pencalonan cawangan. Jadi kesimpulan sekarang ialah Tengku Razaleigh mendahului Najib dengan 32 pencalonan cawangan.

Kepada cawangan-cawangan UMNO seluruh negara perlulah berani mengemukakan usul berani sama seperti yang diusulkan oleh 32 cawangan UMNO daripada UMNO Bahagian Gua Musang dan 1 Cawangan UMNO daripada Bahagian Pekan. Bersamalah kita membuat perubahan kepimpinan di dalam UMNO.

2 comments:

Cheguman said...

Ramai yg menganggap perubahan pucuk pimpinan adalah satu jln keluar bagi semua masalah. Benarkah?

Bagi saya kekuatan seorang pemimpin bukan semata-mata kerana kekuatan peribadinya tetapi faktor kesetiaan penyokong.

Malangnya kita sukar melahirkan penyokong seutuh Tun Tuah. Hal ini adalah satu kejayaan golongan sosialis-komunis yang merombak interpretasi terhadap Sejarah Melayu dan Hik Hang Tuah sehingga tergamak mengangkat Jebat sebagai wira.

Lebih malang lagi apabila orang yg menyokong pemimpin dituduh pengampu dan pembodek. Kedua-dua istilah tersebut dilontarkan sewenang-wenangnya sehingga 'si rajin' menjadi malu untuk menyokong manakala 'si malas mendapat alasan yg cukup bagus untuk terus bermalas.
Malah 'sang bedal' turut tumpang sekaki.

Wallahu'alam.

Salam perkenalan daripada waadat.

Cheguman said...

Asslamualaikum,
Sebuah blog yg menarik dan berpotensi untuk terus berjaya. Mungkin pengunjung lebih selesa jika setiap komen dapat disiarkan terus. (kadang2 pengunjung nak tengok semula komen sendiri pada masa itu). Blogger masih berpeluang membuang komen yg tidak sesuai dan pengunjung lain berpeluang menilai pengunjung yg kurang sopan. Apa pun, hal ini adalah hak saudara 100%.

Blog Widget by LinkWithin