Bilangan Pengunjung:

Saturday, July 26, 2008

Muzakarah atau Muqabalah

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via WikipediaSebelum ini penulis telah membuat komen berhubung isu Muzakarah UMNO-PAS yang telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan spekulasi terhadap pihak-pihak yang terlibat, diberitakan kelmarin dulu diadakan satu perbincangan mengenai Muzakarah UMNO-PAS yang dibincangkan bersama dengan Majlis Syura PAS di JKR 10 di Kota Bharu, Kelantan.

Perbincangan tersebut menampilkan dua kumpulan yang sebelum ini tidak bersefahaman di dalam Muzakarah UMNO-PAS di sebelah satu pihak yang menginginkan Muzakarah UMNO-PAS itu diadakan dan satu kumpulan lagi yang tidak bersetuju dengan Muzakarah UMNO-PAS tersebut malah mengarahkan Muzakarah tersebut dihentikan.

Namun setelah perbicangan itu selesai pihak PAS atau Parti Islam seMalaysia tampil dengan cadangan menukarkan istilah Muzakarah menjadi Muqabalah atas alasan Muqabalah lebih sesuai berbanding dengan Muzakarah.

Alhamdullilah walaupun namanya ditukar tetapi apa yang pastinya ialah matlamatnya tetap sama iaitu menjaga perpaduan umat Islam dan juga menjaga kepentingan dan nasib umat Islam di Malaysia yang majoritinya terdiri daripada kalangan Melayu kerana ia saling berkaitan mengikut persepsi Malaysia.

Berharap usaha-usaha untuk mengadakan Muqabalah ini diadakan secara berterusan agar ia dapat membela umat Islam khasnya dan Melayu amnya. Penulis juga berharap agar Muqabalah ini tidak hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam' ataupun dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga.

Semua pihak baik pihak UMNO mahupun pihak PAS hendaklah memberi komitmen di dalam menjayakan Muqabalah ini. Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kerana sudah dapat menerima usaha-usaha untuk membawa umat Islam bersatu ini.

Terima kasih dan tahniah juga penulis ucapkan kepada Presiden PAS iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kerana mencadangkan Muzakarah pada mulanya dan kini dikenali dengan nama Muqabalah dan juga tahniah kerana telah berjaya mengubah diri daripada seorang yang ekstrem dan tidak boleh dibawa berbincang menjadi seorang yang berfikiran terbuka.
Zemanta Pixie

No comments:

Blog Widget by LinkWithin