Bilangan Pengunjung:

Sunday, July 27, 2008

Exco Terengganu Di Larang Guna Kereta Baru

Hari ini akhbar tempatan melaporkan bahawa Exco Terengganu dilarang menggunakan kereta baru yang dibeli baru-baru ini. Kereta baru yang dimaksudkan ialah Kereta Mercedes E200 Kompressor yang sepatutnya bakal digunakan oleh kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baru.

Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi cuba mempopularkan dirinya apabila membuat larangan penggunaan kereta yang baru sahaja di beli oleh Kerajaan Negeri Terengganu tersebut dan hanya membenarkan kereta itu digunakan untuk tetamu kehormat sahaja memandangkan sekiranya kereta tersebut dijual maka pasti ia akan mengalami kerugian.

Memang penulis bersetuju sekiranya Kerajaan Negeri Terengganu yang dipimpin melalui Menteri Besarnya Datuk Ahmad Said menjual kereta-kereta Mercedes E 200 Kompressor tersebut kemungkinan besar ia mengalami kerugian kerana biasanya susut nilai bagi sesebuah kereta amatlah tinggi.

Namun, Penulis tidak bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengarahkan kereta tersebut hanya digunakan untuk tetamu kehormat sahaja kerana ia langsung tidak memberi hasil kepada kerajaan negeri Terengganu tambahan pula jumlah kereta yang dibeli oleh kerajaan negeri terbabit ialah 14 buah dan adakah logik 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor ini hanya digunakan untuk tetamu kehormat tanpa memberi sebarang hasil kepada kerajaan negeri di samping kerajaan negeri Terpaksa menambahkan peruntukkan untuk membiayai kos minyak bagi kenderaan terbabit.

Adalah lebih elok 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor tersebut dijadikan kereta sewa sekurang-kurangnya ia akan menyumbangkan pendapatan kepada kerajaan negeri tersebut di samping Kerajaan negeri tidak perlu menampung kos minyak yang digunakan untuk kereta terbabit. Itulah cara terbaik untuk isu ini.
Zemanta Pixie

No comments:

Blog Widget by LinkWithin