Bilangan Pengunjung:

Wednesday, July 9, 2008

Nik Aziz Kesal dengan Konsert 'Protes'

Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan hari ini melaporkan bahawa Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah melahirkan rasa kesal berhubung konsert selingan yang mengisi program Perhimpunan 'Protes' Sejuta Rakyat yang mengundang kontroversi apabila penyanyi jemputan membuat 'onar' dengan memperagakan aksi lucah semasa persembahan mereka di Konsert selingan tersebut.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, beliau menyokong matlamat perhimpunan tersebut tetapi tindakan mengadakan konsert sebagai selingan acara itu tidak patut diadakan kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam apatah lagi ia memaparkan aksi lucah yang tidak sesuai dengan imej PAS yang memperjuangkan Islam dan juga merupakan salah satu anggota Parti Pakatan Rakyat.

Matlamat perhimpunan tersebut baik, tetapi cara perhimpunan tersebut dilaksanakan juga tidak sesuai kerana matlamat tidak menghalakan cara. Beliau juga meminta supaya selepas ini insiden seumpama itu tidak akan berlaku lagi.

Itulah di antara keluhan Tuan Guru Nik Aziz, namun persoalanya di sini siapa sebenarnya yang menjemput atau memberi cadangan supaya 'konsert selingan' diadakan semasa perhimpunan protes sejuta rakyat tersebut? Dr. Hatta Ramli merupakan Ahli Parlimen PAS juga 'orang kuat' Protes, adakah beliau memberi cadangan untuk mengadakan konsert selingan semasa perhimpunan tersebut. Jika difikirkan secara 'logik' memanglah adai kaitan dengan Dr. Hatta Ramli yang juga merupakan Ahli PAS dari 'puak professional' namun sekiranya ianya tidak ada kaitan dengan Dr. Hatta Ramli sudah tentunya Parti lain yang menganggotai Pakatan Rakyat yang gila kepada hiburan Mungkin juga PKR.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin