Bilangan Pengunjung:

Sunday, July 20, 2008

Penentu Kejayaan Muzakarah UMNO-PAS

Baru-baru ini penulis telah mengupas isu cadangan Muzakarah UMNO-PAS tetapi penulis terpanggil sekali lagi untuk memberi pandangan penulis mengenai Penentu Kejayaan Muzakarah UMNO-PAS yang mungkin bakal diadakan di dalam tempoh masa yang terdekat. Penulis sangat komited di dalam usaha menganjurkan Muzakarah seperti ini untuk menyatupadukan Umat Islam atau Umat Melayu ini dikira satu perkara yang amat penting bagi menjaga kepentingan umat Islam.

Pertama sekali penulis ingin menjawab pertanyaan seorang pembaca yang diemailkan kepada penulis kelmarin. Saudara Rahman menanyakan penulis berkenaan apakah penentu kejayaan yang menjadi kayu pengukur untuk memastikan Muzakarah UMNO-PAS dijayakan dengan jayanya. Terlebih dahulu penulis mengucapkan terima kasih kepada saudara Rahman kerana sudi bertanyankan soalan kepada penulis.

Pada pandangan penulis penentu kejayaan yang boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai sama ada Muzakarah UMNO-PAS tersebut mencapai matlamatnya ialah pemimpin itu sendiri sebagai contoh di pihak UMNO terlebih dahulu hendaklah mempunyai pemimpin yang bersih daripada kekotoran dosa-dosa ini adalah sama seperti keadaan di mana ada seorang yang baru sahaja bergelumang dengan najis, adakah kita tergamak untuk bersalam denganya? Jawapanya sudah tentu tidak.

Pada pengamatan penulis pemimpin UMNO sekarang yakni Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah banyak dosa-dosa yang terpalit pada tubuhnya memandangkan beberapa isu yang meragukan yang melibatkan dan hanya dijawab dengan ayat "I Don't Know, I'M Not Involved". Sebenarnya tidak cukup dengan menggunakan ayat itu sahaja untuk menjawab tohmahan-tohmahan yang dilemparkan kepadanya kerana mana ada orang yang berak tengah jalan mengaku dia yang berak jadi fahamilah dengan sedalam-dalamnya.

Mungkin ramai tertanya-tanya siapakah yang betul-betul layak menerajui UMNO dan akan memberi peluang yang cerah di dalam kejayaan Muzakarah UMNO-PAS. Firasat penulis kuat mengatakan yang Tengku Razaleigh sememangnya betul-betul layak di dalam menentukan kejayaan Muzakarah UMNO-PAS sesuai dengan imejnya yang masih bersih dan tambahan pula beliau pernah bekerjasama dengan PAS suatu masa dahulu ia mungkin akan memberi ruang dan peluang mengadakah Muzakarah UMNO-PAS dengan jayanya. Kalau anda semua firasat penulis ini menjadi kenyataan atau tidak cubalah bagi peluang kepada Tengku Razaleigh memimpin UMNO.

KOMEN MSO MENGENAI MUZAKARAH UMNO-PAS

Mohd Sayuti Omar seorang penulis bebas telah menulis artikel mengenai Muzakarah UMNO-PAS di dalam blognya Merah Tinta MSO. MSO menyifatkan Muzakarah UMNO-PAS amatlah penting bagi menjaga kepentingan umat Islam dan mengelakkan nasi yang sudah sedia lembik daripada terus menjadi bubur. Pandangan ini penulis amatlah bersetuju dan bersependapat dengan MSO jadi tidak perlu dipertikaikan lagi Muzakarah UMNO-PAS sememangnya amat penting bagi menjaga kepentingan Umat Islam.

Penulis cuma kurang bersetuju dengan pandangan MSO mengenai tidak mungkin UMNO dan PAS bergabung tetapi bukanlah bermakna penulis mengatakan UMNO dan PAS akan bergabung tetapi kemungkinan itu tetap ada kerana politik sejuta kemungkinan, Mungkin Ya, Mungkin Tidak juga merupakan sebahagian daripada rencah politik.

Kalau ditakdirkan UMNO-PAS bergabung sepertimana UMNO-S46 bergabung satu ketika dahulu penulis merasakan ia satu saat kemenangan bagi semua umat Islam seluruh Malaysia kerana bukan sahaja ketuanan Melayu dapat diselamatkan malah Ketuanan Islam juga dapat diselamatkan kerana Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan bagai aur dengan tebing, bagai irama dan lagu. Sekiranya ini berlaku penulis tidak ada halangan ke atas mereka.

Namun sekiranya UMNO-PAS hanya sekadar bermuzakarah untuk menyelasaikan isu-isu umat yang timbul di kalangan umat Islam pun sudah dikira baik kerana di dalam kita berbeza pendapat di dalam banyak perkara, kurang-kurangnya kita sependapat dengan satu perkara. Marilah semua kita doakan agar Muzakarah UMNO-PAS menjadi kenyataan.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin