Bilangan Pengunjung:

Monday, July 21, 2008

Berjimat Cara Ahmad Said











Kerajaan Negeri Terengganu telah membuat keputusan untuk membeli Mercedes E200 Kompressor bagi mengantikan Perdana V6 yang sebelum ini menjadi kenderaan rasmi Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

Ramai yang telah membantah keputusan Kerajaan negeri Terengganu tersebut kerana ia dikatakan membazir. Namun, Menteri Besar Terengganu yang baru iaitu Datuk Ahmad Said mempertahankan tindakan Kerajaan Negeri Terengganu itu atas alasan mahu menjimatkan kos penyelengaraan yang mana katanya penyelengaraan bagi Proton Perdana V6 amatlah tinggi jadi lebih baik kerajaan negeri membeli kereta baru untuk mengantikan Perdana V6 tersebut.

Penulis sangat tidak bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh Datuk Ahmad Said itu, mari kita pergi kepada kos pembelian Mercedes E200 Kompressor itu terlebih dahulu, Kos pembelian bagi sebuah kereta Mercedes E200 Kompressor tersebut ialah RM245,000 dan Kerajaan Negeri Terengganu melalui Menteri Besarnya Datuk Ahmad Said membuat keputusan untuk membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor ini bermakna jumlah kesuluruhan pembelian itu ialah lebih kurang RM3.4 Juta. Jadikah inikah yang dikatakan langkah menjimatkan kos penyelengaraan.

Pada pandangan penulis penyelengaraan Mercedes E200 Kompressor adalah lebih tinggi berbanding penyelengaraan Perdana V6 dan mungkin ramai yang tahu alat ganti Mercedes adalah antara alat ganti termahal di negara ini jadi mungkinkah ia mampu menjimatkan kos penyelengaraan?

Penulis tidak tahu apa untungnya kepada Datuk Ahmad Said dengan membuat keputusan yang tidak popular ini , mungkinkah Datuk Ahmad Said mendapat komisyen daripada pihak pengedar Kereta Mercedes E200 Kompressor itu? Kemungkinan itu tetap ada namun penulis tidak suka menuduh tetapi kemungkinan itu tetap ada.

Apa yang penulis dapat lihat kali ini ialah pemikiran Datuk Ahmad Said adalah sama dengan pemikiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di dalam mengambil langkah berjimat. Penulis merasakan Datuk Ahmad Said tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Terengganu dan penulis mendesak Datuk Ahmad Said meletak jawatan dengan segera.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin