Bilangan Pengunjung:

Friday, July 18, 2008

Muzakarah UMNO-PAS

Muzakarah UMNO-PAS yang sepertimana yang dicadangkan oleh Mufti Kerajaan Negeri S.S. Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah satu cadangan yang baik dan perlulah diterima dengan hati yang terbuka oleh kedua-dua belah pihak demi kepentingan umat Islam di Malaysia.

Dewasa ini negara-negara seagama dengan kita telah menerima padah akibat umat Islam di negara tersebut tidak bersatu, adakah mata kita buta? Cuba lihat apa yang terjadi pada nasib umat Islam Palestin, apa pula bala yang menimpa rakyat Iraq yang terus hidup di dalam ketakutan. Hujan-hujan peluru boleh dikatakan setiap hari menghujani mereka.

Kenapa mereka sangat lemah? Pepatah Melayu ada mengatakan "Bersatu teguh, bercerai roboh" dan bukanya "Bersatu teguh, bercerai kita kahwin lain". Perpaduan amatlah penting di kalangan umat Islam ingatlah Islam berpadu musuh Islam pasti akan gentar.

Adakah kita tidak mahu mengambil pedoman apa yang telah terjadi pada rakan seagama kita yang juga merupakan cucu cicit Nabi Adam di Palestin, di Iraq, di Afghanistan. Adakah kita mahu menunggu perkara yang sama terjadi di negara kita baru kita nak bersatu? Tak ada gunanya lagi kalau ketika itu baru kita nak bersatu kerana nasi sudah menjadi bubur.

Adakah penderitaan rakan kita di Palestin, Iraq dan Afghanistan itu hanyalah sandiwara? Fahamilah wahai umat Islam seluruh Malaysia bahawa setiap kejadian tentu ada hikmahnya, jadi kejadian yang berlaku di Afghanistan, Iraq dan Palestin tentu ada hikmahnya dan mungkin juga panduan daripada Allah tuhan seru sekian Alam kepada umat Islam untuk meneruskan hidup di alam yang fana ini.

Muzakarah UMNO-PAS merupakan langkah terbaik untuk menyatu padukan umat Islam di Malaysia yang sedang berpecah belah di Malaysia ini. Saya bagi contoh ada satu kampung di kawasan Besut Terengganu, nama kampung tersebut ialah Kampung Air Tawar disitu begitu ketara pepecahan umat Islam berlaku, pulau memulau menjadi perkara biasa, mereka berpecah kepada dua puak, puak pertama bersembahyang di Masjid Kerajaan dan Puak Kedua bersembahyang di Masjid yang berlogokan bulan dan pada waktu solat jumaat kebanyakkan daripada mereka bersempahyang di luar daripada daerah Besut.

Perpecahan makin menjadi-jadi apabila mereka juga turut mengajar anak-anak mereka untuk memulaukan orang yang beragama Islam tetapi bukan daripada puak mereka dan ada di antara mereka menghalang anak-anak mereka berkawan dengan anak daripada puak-puak lain.

Menurut perkiraan penulis, perpecahan umat Islam sekarang berada di tahap yang kritikal dan membahayakan jika mereka tidak berbuat sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Kalau penarafan warna penulis boleh meletakan perpaduan Islam sekarang sudah berwarna merah.

Jadi sesuailah dengan masa dan keadaan jika muzakarah diantara UMNO dan PAS menjadi kenyataan kerana perpaduan umat Islam amatlah penting. Ingatlah perpaduan teras kejayaan ummah.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin