Bilangan Pengunjung:

Thursday, April 29, 2010

BN Mungkin Sukar Mempertahankan Sibu....

Flag of Barisan Nasional.Image via Wikipedia

BN Mungkin Sukar Mempertahankan Sibu....
Oleh: yieMEGA

PILIHAN RAYA Kecil P212 Sibu semakin hampir, malah calon dari Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat telah kita ketahui. Bagi pembaca yang masih mengetahui siapakah calon-calon yang bakal dipertaruhkan oleh Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat pada PRK itu nanti biarlah penulis jelaskan.

BN mempertaruhkan Robert Lau Hui Yew dari parti komponenya iaitu MCA. Sementara itu, Pakatan Rakyat menerusi Parti Subahatnya iaitu DAP. Sebelum ini kerusi P212 Sibu disandang oleh BN dengan ini bermakna PRK kali ini BN akan mempertahankan kerusi P212 Sibu daripada terlepas ke tangan PAKATAN RAKYAT.

Mungkin ada pembaca yang telah membaca artikel penulis yang terdahulu. Dalam artikel yang terdahulu penulis mengatakan bahawa 'mempertahankan lebih susah daripada kita menawan'. Ini bermakna BN juga akan menghadapi laluan yang sukar untuk mempertahankan kerusi P212 Sibu.

Pandangan penulis ini berlandaskan faktor penolakkan kaum Cina terhadap BN, senario ini jelas berlaku pada PRK Hulu Selangor baru-baru ini. BN perlu kaji secara mendalam kenapa senario ini terjadi mungkin juga menghantar skuad risikan untuk mengetahui apakah sebenarnya yang Kaum Cina mahukan daripada BN.

Sekiranya BN gagal untuk memperbaiki sokongan kaum Cina terhadapnya, berkemungkinan besar BN akan tersungkur di sibu, tambahan pula P212 Sibu mempunyai penduduk majoriti berketurunan Cina. Jika BN tidak berbuat sesuatu sudah pasti mereka akan menghukum BN dalam bentuk undian.

Sindrom kempen 'Lebih Kurang' juga perlu dielakkan memandangkan sindrom ini telah dikesan berlaku pada PRK Hulu Selangor baru-baru ini. Antara puncanya 'peruntukkan tidak sampai ke bawah' oleh demikian ramai yang tak berminat untuk turut berkempen untuk BN. Malah golongan muda lebih suka berkhidmat dengan Pakatan Rakyat kerana ganjaranya lebih lumayan daripada BN.

Menurut maklumat yang penulis terima ada juga petugas kempen yang berkhidmat tanpa apa-apa imbuhan daripada parti atau dengan kata lain mereka dapat 'zero' sedangkan petugas kempen Pakatan Rakyat mendapat 'One'. Biarpun Petugas Pakatan Rakyat mendapat imbuhan yang sedikit namun 'better one than zero'.

BN perlu memastikan yang perkara seumpama ini tidak akan terjadi di Sibu. Biarpun perkara ini nampak remeh, namun ia bukanlah boleh dijadikan sebab mengapa tidak dipedulikan. Ingatlah perkara yang remeh seperti ini pun akan diambil kira oleh pengundi.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, April 28, 2010

Dari Hulu Selangor Ke Sibu

Dari Hulu Selangor Ke Sibu
Oleh: yieMEGA

SELESAI sudah Pilihan Raya Kecil P94 kini tiba giliran sebuah parlimen yang letaknya di Malaysia Timur mengadakan pilihan raya kecil. Seperti yang diketahui umum kerusi P94 Hulu Selangor dulunya milik PKR tetapi telah bertukar tangan kepada BN semasa Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor baru-baru ini.

Kini P212 Sibu pula akan menjadi rebutan antara Barisan Nasional melalui MCA dan Pakatan Rakyat melalui parti Ultra Kiasu Cina iaitu DAP. Kata orang tua-tua 'mempertahankan' adalah lebih susah daripada 'menawan'. Ini diburukkan lagi dengan majoriti pengundi di parlimen tersebut adalah berbangsa Cina. Sebagaimana yang kita tahu, di dalam PRK P94 Hulu Selangor ternyata undi kaum Cina memihak kepada Pakatan Rakyat.

Besar kemungkinan sindrom ini akan merebak ke Sibu. Mungkin ini akan memberikan kesukaran kepada Barisan Nasional untuk mempertahankan kerusi P212 Sibu. Jadi ini bermakna Barisan Nasional tidak boleh terlalu yakin untuk mempertahankan kerusi parlimen P212 tersebut.

Petugas-Petugas BN perlulah bekerja kuat semasa berkempen dan juga usaha-usahanya perlulah lebih berlipat kali ganda berbanding kempen semasa PRK Hulu Selangor. BN juga perlu memastikan pos-pos BN mendapat peruntukkan yang secukupnya dan tiada kebocoran di dalam mengagihkan peruntukkan untuk pos-pos BN.

Perlu diingatkan DAP akan berjuang bermati-matian untuk merampas kerusi P212 Sibu dan berdasarkan pengalaman di Hulu Selangor nampaknya mereka ada 'Advantage' mereka sendiri dan kemungkinan kemerosotan pengundi cina mengundi BN juga akan berlaku di Sibu.

Dalam pada itu, penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengulas mengenai MCA yang menunding jari kepada PERKASA kerana ia dikatakan sebab masyarakat Cina kurang memberi sokongan kepada Barisan Nasional semasa di Hulu Selangor baru-baru ini.

Sebenarnya, ini bukanya masa untuk kita bertelagah adalah lebih elok kita kaji secara mendalam kenapa masyarakat cina di Hulu Selangor tidak memihak kepada BN. Mungkin juga untuk BN menghadapi PRK Sibu mereka bolehlah menghantar 'perisik khas' untuk mengetahui apakah sebenarnya yang masyarakat cina mahukan.

Dalam masa yang sama calon PRK Sibu untuk kedua-dua belah pihak kita telah ketahui. BN telah mempertaruhkan Robert Lau Hui Yew dan DAP telah mempertaruhkan Wong Ho Leng. DAP mungkin akan berkempen dengan lebih agresif lagi bagi menebus kekecewaan kekalahan di PRK Hulu Selangor.

Ini bermakna BN perlu lebih berhati-hati di dalam PRK kali ini, mereka juga perlu memastikan agar semasa berkempen mereka tidak akan mengeluarkan kenyataan yang mengguriskan hati masyarakat cina.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, April 26, 2010

Hulu Selangor Milik BN

Hulu Selangor Milik BN
Oleh: yieMEGA

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor telah diketahui dengan rasminya semalam. Ternyata kerusi yang dahulunya milik PKR sudah bertukar tangan kepada Barisan Nasional selepas P. Kamalanathan berjaya menewaskan Zaid Ibrahim. BN berjaya melalui P. Kamalanathan berjaya mendapat 24, 997 undi manakala PKR menerusi Zaid Ibrahim berjaya mendapat 23,272 undi dan ini menjadikan BN menang dengan majoriti 1, 725 undi.

Penulis mengucapkan tahniah kepada BN dan Juga P. Kamalanathan kepada Zaid Ibrahim dan PKR jangan kecewa dengan kekalahan ini kerana kalah dan menang adat pertandingan. Mungkin hari ini mereka kalah siapa tahu akan datang mereka pula menang.

Kepada BN jangan cepat berpuas hati dengan kemenangan yang mereka perolehi ini. YB Kamal juga hendaklah jangan mensia-siakan kemenangan ini, jadikan kemenangan ini untuk memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat Hulu Selangor.

BN pula dinasihatkan agar tidak 'mabuk' dengan kemenangan ini. Mungkin para pembaca masih ingat sebelum Pilihan Raya Umum Ke 12 BN menang di kebanyakkan Pilihan Raya Kecil sebelum PRU12 tapi oleh kerana BN 'mabuk' dengan kemenangan itu akhirnya dihukum melalui 'tsunami politik' yang melanda tanah air pada PRU12 apabila banyak Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional tumbang.

Walaupun BN memenangi Pilihan Raya Kecil ini, penulis mencadangkan agar mereka membuat satu 'Post Mortem' mencari sebab mereka menang dan juga mencari sebab kenapa mereka tewas di peti undi yang terdapat ramai kaum cina dan sebab dan musababnya diperolehi cuba perbaikinya mungkin ianya dapat mengekalkan kerusi ini kepada BN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

YB Kamal juga perlu berpindah ke Hulu Selangor untuk memberikan kemudahan kepada rakyat untuk mendapatkan khidmat dari beliau. Pastikan juga beliau kerap berada di Pusat Khidmat tersebut bagi memastikan rakyat sentiasa mendapat khidmat dan pembelaan daripada beliau. Ingatlah kemenangan YB Kamal adalah hasil dari undian rakyat, jadi jangan sia-siakan amanah rakyat ini kerana rakyat berkuasa menghukum YB pada pilihan raya yang akan datang.

BN juga perlu menunaikan semua janji-janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor berlangsung, jangan janji tinggal janji atau sekadar bertanam tebu di pinggir bibir. Ingatlah kerana janji BN menang kerana Janji juga BN boleh kalah.

Dalam masa yang sama, sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin mensasarkan BN akan menang dengan majoriti yang melebihi 6,000 undi tetapi hasilnya tidak sampai separuh daripada sasaran yang ditetapkan, mungkin TS Muhyidin terlupa pengalaman BN di Bagan Pinang, pada masa itu TS Najib Tun Razak hanya mensasarkan 1 undi pun sudah dikira menang hasilnya BN menang dengan majoriti yang agak besar. Kalau pengalaman ini digunapakai pasti BN dapat majoriti lebih besar kerana biasanya pengundi tidak suka dengan parti yang suka terlalu yakin atau 'over confident'.

Penulis mengakhiri artikel penulis pada kali ini dengan pantun yang berbunyi:

PRK Hulu Selangor Sudah Selesai
Calon yang menang sudah diketahui
yang kalah janganlah memusuhi
Marilah kita bersama bersatu hati

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, April 21, 2010

Kalau BN Parti Projek, Pakatan Rakyat Parti Apa, Serangan Peribadi Siapa yang mula?

Kalau BN Parti Projek, Pakatan Rakyat Parti Apa, Serangan Peribadi Siapa yang mula?
Oleh: yieMEGA
Gambar: AgendaDaily



KALAU dahulu Barisan Nasional sering dilabelkan sebagai 'Parti Projek' oleh Pakatan Rakyat semasa mereka berkempen. Namun, apabila Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor semakin hampir jelas sekali menampakkan mereka juga 2X5 dengan BN apabila satu projek mee segera di kesan di Hulu Yam Lama iaitu menurap jalan yang sudah lama rosak dan dibiarkan dan kebetulan Pilihan Raya Kecil berlangsung dengan ini projek-projek 'mee segera' ini semakin banyak diusahakan.

Teringat dulu, semasa penulis menghadiri beberapa ceramah Pakatan Rakyat penceramah itu berkata "Kenapa Kerajaan BN akan membuat papan tanda Projek Kerajaan Barisan Nasional di setiap projek yang dia bangunkan, sedangkan mereka bangunkan guna duit rakyat".

Bagaimana pulak sekarang? Bukankah wang yang digunakan untuk membuat projek tersebut yang dilabelkan sebagai "Projek Pakatan Rakyat" bukankah ianya juga dibuat hasil daripada duit rakyat. Janganlah jadi ketam yang nak mengajar anaknya berjalan lurus. Dulu kalau BN buat kutuk habis-habisan, tapi sekarang mereka sendiri yang buat. Janganlah mengata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Serangan Peribadi Siapa yang mula?

HARI ini kita dengar suara-suara dari parti-parti komponen atau penulis lebih suka menggunakan istilah Parti-Parti Subahat Pakatan Rakyat yang tidak senang dengan kaedah serangan peribadi.

Ada juga pembesar mereka yang mendakwa bahawa BN telah terdesak sebab itulah mereka menggunakan kaedah serangan peribadi calon. Penulis rasa nak tergelak mendegar kenyataan pembesar Pakatan Rakyat itu.

Adakah mereka lupa apa yang mereka lakukan terhadap Rohaizat tak berapa lama dahulu? Mereka sanggup mendedahkan Rohaizat berbini dua, demi mendapatkan kemenangan. Adakah tindakan mereka ini tidak boleh dikira sebagai "Terdesak"? Fikir-fikirkanlah.

Penulis akhiri artikel penulis pada kali ini dengan pantun yang berbunyi:

Tangkap Ikan di sungai
Manusia dicemuh disebabkan perangai
Janganlah marah apabila perangai dirungkai
Siapa yang mulu dulu tidak dilupai

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, April 20, 2010

Arak, Judi, Lina Joy dan Gambar Zaid Ibrahim

Arak, Judi, Lina Joy dan Gambar Zaid Ibrahim
Oleh: yieMEGA

PADA penulisan artikel penulis pada kali ini penulis akan membuat ulasan mengenai beberapa isu yang timbul di Hulu Selangor yang melibatkan calon PKR Zaid Ibrahim. Antaranya isu arak, isu judi dan gambar Zaid Ibrahim memegang botol arak.

Terlebih dahulu penulis ingin mengulas mengenai isu gambar Zaid Ibrahim memegang botol arak. MSO pemilik blog Merah Tinta MSO mendakwa bahawa gambar yang dikeluarkan oleh blogger Gerakkan Anti-PKR atau GAP adalah gambar palsu. Sila Baca Di Sini. Menyifatkan GAP cuma menfitnah Zaid Ibrahim. Kita baca pula penjelasan Zaid Ibrahim Di Sini.

MSO mendakwa GAP cuba membuat Fitnah, tetapi kalau diteliti penjelasan Zaid Ibrahim. Secara psikologi dia memang pernah minum arak, jadi kenapa pula ia jadi fitnah sedangkan Zaid sendiri yang mengakuinya.

Namun, ia tidak bermakna penulis bersetuju dengan kaedah serangan peribadi calon, mungkin sebelum ini taktik serangan peribadi yang dilakukan oleh pihak pembangkang dan akhirnya kini taktik sama cuba digunakan untuk menjatuhkan pembangkang. Penulis sememangnya tidak bersetuju dengan kaedah serangan peribadi.

Berkenaan dengan isu Zaid Ibrahim Kaki Judi yang didedahkan oleh Husin Lempoyang di dalam artikel blognya yang bertajuk Taubat atau Tau Buat?. Pada penulis mungkin ada betulnya dan mungkin ada salahnya. Pertama sekali, kenapa berkata mungkin ada betulnya ialah kerana memang Zaid berminat dengan Lumba Kuda dan penulis juga berkata mungkin ada salahnya kerana mungkin Zaid Ibrahim di dalam itu adalah Zaid Ibrahim yang lain yang secara kebetulan sama namanya dengan Zaid Ibrahim calon PKR. Melainkan ada bukti seperti lain seperti nombor kad pengenalan mungkin ia akan menjadikan tuduhan ini menjadi berasas kukuh.

Satu lagi berkenaan tindakan Zaid Ibrahim yang satu ketika dahulu membela Lina Joy untuk murtad dalam erti kata lain ialah bersubahat di dalam memurtadkan Lina Joy. Layakkah orang Islam seperti ini untuk diangkat menjadi pemimpin.

Penulis tidak faham kenapa beria-ria sangat Anwar Ibrahim untuk meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calon di Hulu Selangor, adakah kerana namanya ayahnya serupa atau ada udang di sebalik batu? Mungkin jawapan itu hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahuinya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, April 18, 2010

Laluan Sukar Untuk BN di Hulu Selangor

Flag of Barisan Nasional.Image via Wikipedia

Laluan Sukar Untuk BN di Hulu Selangor
Oleh: yieMEGA

PENULIS meramalkan yang Barisan Nasional (BN) akan menghadapi laluan yang sukar untuk memenangi Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor. Penulis membuat ramalan sedemikian berdasarkan beberapa faktor.

Terlebih dahulu ingin membuat andaian nisbah kemenangan BN dengan PKR untuk pilihan raya kecil itu. Mungkin 70:30 sesuai untuk pilihan raya kecil pada kali ini. Di mana, 70 untuk PKR dan 30 untuk Barisan Nasional.

Ini adalah berlandaskan beberapa faktor penyumbang yang menjadi penentu kepada siapa yang bakal memenangi Pilihan Raya Kecil itu. Faktor pertama ialah Jentera Pilihanraya BN, menurut maklumat yang penulis terima ialah ada Jentera Pilihan Raya BN yang tidak mendapat peruntukkan sepatutnya, kebetulan pula kebanyakkan petugas-petugas kempen BN mempunyai 'tabiat buruk' iaitu tak ada duit, tak ada kerja. Tidak seperti petugas-petugas PKR yang sanggup bekerja walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

Di samping itu, budaya peruntukkan tak sampai ke bawah juga menjadi masalah kepada BN, budaya ini sudah lama bertapak di dalam BN, tak tahulah penulis bila mereka nak muhasabah diri untuk memperbetulkan kesilapan lalu. Kebiasaanya peruntukkan hanya akan tersekat di tengah dan bukan dari atas lagi.

Satu lagi, ialah keikhlasan bekerja bagi petugas-petugas BN, kebanyakkan mereka tapi bukan semua mengharapkan sesuatu daripada kerja yang mereka buat untuk BN. Semangat BN sewaktu dulu sudah hilang yakni keikhlasan di dalam perjuangan.

Begitu juga dengan kesepakatan, mereka sukar untuk bersepakat di dalam melakukan sesuatu perkara. Ini akan merumitkan lagi keadaan dan juga menambahkan lagi jalan-jalan sukar untuk BN menguasai semula P94 Hulu Selangor.

Jadi penulis terpaksa akui, BN berkemungkinan besar akan tewas untuk Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor sekiranya perkara seperti di atas tidak diperbaiki dengan segera. Secara tidak langsung penulis bersetuju dengan sepertimana yang dikatakan oleh MSO di dalam blognya.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, April 17, 2010

Selamat Ulang Tahun Ketiga Merah Tinta MSO

Selamat Ulang Tahun Ketiga Merah Tinta MSO
Oleh: yieMEGA

HARI ini, 17 April 2010 genaplah tiga tahun blog Merah Tinta MSO yang dikendalikan oleh Penulis Buku Politik terkenal iaitu saudara Mohd Sayuti Omar atau MSO. Penulis mengetahuinya daripada perutusan khas yang dibuat di dalam blog miliknya itu, artikel tersebut yang bertajuk "Blog Merah Tinta Genap Tiga Tahun".

Mungkin pembaca setia blog penulis ini perasan kadang-kadang ada juga penulis mengkritik MSO, namun bukanlah bermakna penulis menolak bulat-bulat pandangan MSO, ada juga yang penulis bersetuju dengan MSO tetapi penulis bukanlah seorang yang suka menerima bulat-bulat pandangan MSO.

Walaupun penulis kadang-kadang tidak sependapat dengan MSO, namun penulis tetap menganggapnya sebagai idola penulis memandangkan banyak yang masih boleh penulis belajar darinya kerana beliau seorang penulis yang berpengalaman sedangkan penulis masih mentah dalam bidang penulisan dan juga politik. Mungkin satu hari nanti sekiranya diberikan peluang penulis akan berjumpa denga MSO untuk mempelajari lebih banyak lagi daripadanya.

Mungkin penulis dengan MSO kerap juga berbeza pendapat, namun tidak semestinya kami tidak boleh bersatu kerana penulis akui beliau seorang penulis yang hebat dan di kesempatan ini penulis ingin berterima kasih kerana menyiarkan komen penulis di blognya.

Penulis mengakhiri artikel kali ini dengan pantun empat kerat yang berbunyi begini:

Kalau Lapar Silalah Makan
Kat pasar ada Jual Ikan
Kalau ada kesalahan yang dilakukan
Harap MSO sudi maafkan



Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin