Bilangan Pengunjung:

Sunday, April 18, 2010

Laluan Sukar Untuk BN di Hulu Selangor

Flag of Barisan Nasional.Image via Wikipedia

Laluan Sukar Untuk BN di Hulu Selangor
Oleh: yieMEGA

PENULIS meramalkan yang Barisan Nasional (BN) akan menghadapi laluan yang sukar untuk memenangi Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor. Penulis membuat ramalan sedemikian berdasarkan beberapa faktor.

Terlebih dahulu ingin membuat andaian nisbah kemenangan BN dengan PKR untuk pilihan raya kecil itu. Mungkin 70:30 sesuai untuk pilihan raya kecil pada kali ini. Di mana, 70 untuk PKR dan 30 untuk Barisan Nasional.

Ini adalah berlandaskan beberapa faktor penyumbang yang menjadi penentu kepada siapa yang bakal memenangi Pilihan Raya Kecil itu. Faktor pertama ialah Jentera Pilihanraya BN, menurut maklumat yang penulis terima ialah ada Jentera Pilihan Raya BN yang tidak mendapat peruntukkan sepatutnya, kebetulan pula kebanyakkan petugas-petugas kempen BN mempunyai 'tabiat buruk' iaitu tak ada duit, tak ada kerja. Tidak seperti petugas-petugas PKR yang sanggup bekerja walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

Di samping itu, budaya peruntukkan tak sampai ke bawah juga menjadi masalah kepada BN, budaya ini sudah lama bertapak di dalam BN, tak tahulah penulis bila mereka nak muhasabah diri untuk memperbetulkan kesilapan lalu. Kebiasaanya peruntukkan hanya akan tersekat di tengah dan bukan dari atas lagi.

Satu lagi, ialah keikhlasan bekerja bagi petugas-petugas BN, kebanyakkan mereka tapi bukan semua mengharapkan sesuatu daripada kerja yang mereka buat untuk BN. Semangat BN sewaktu dulu sudah hilang yakni keikhlasan di dalam perjuangan.

Begitu juga dengan kesepakatan, mereka sukar untuk bersepakat di dalam melakukan sesuatu perkara. Ini akan merumitkan lagi keadaan dan juga menambahkan lagi jalan-jalan sukar untuk BN menguasai semula P94 Hulu Selangor.

Jadi penulis terpaksa akui, BN berkemungkinan besar akan tewas untuk Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor sekiranya perkara seperti di atas tidak diperbaiki dengan segera. Secara tidak langsung penulis bersetuju dengan sepertimana yang dikatakan oleh MSO di dalam blognya.


Reblog this post [with Zemanta]

1 comment:

drrita sandakan said...

pakatan rakyat sekarang tak habis-habis hentam UMNO/BN pasal APKO...1israel..

macam biasa UMNO tak bertindak balas....

Blog Widget by LinkWithin