Bilangan Pengunjung:

Wednesday, April 21, 2010

Kalau BN Parti Projek, Pakatan Rakyat Parti Apa, Serangan Peribadi Siapa yang mula?

Kalau BN Parti Projek, Pakatan Rakyat Parti Apa, Serangan Peribadi Siapa yang mula?
Oleh: yieMEGA
Gambar: AgendaDaily



KALAU dahulu Barisan Nasional sering dilabelkan sebagai 'Parti Projek' oleh Pakatan Rakyat semasa mereka berkempen. Namun, apabila Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor semakin hampir jelas sekali menampakkan mereka juga 2X5 dengan BN apabila satu projek mee segera di kesan di Hulu Yam Lama iaitu menurap jalan yang sudah lama rosak dan dibiarkan dan kebetulan Pilihan Raya Kecil berlangsung dengan ini projek-projek 'mee segera' ini semakin banyak diusahakan.

Teringat dulu, semasa penulis menghadiri beberapa ceramah Pakatan Rakyat penceramah itu berkata "Kenapa Kerajaan BN akan membuat papan tanda Projek Kerajaan Barisan Nasional di setiap projek yang dia bangunkan, sedangkan mereka bangunkan guna duit rakyat".

Bagaimana pulak sekarang? Bukankah wang yang digunakan untuk membuat projek tersebut yang dilabelkan sebagai "Projek Pakatan Rakyat" bukankah ianya juga dibuat hasil daripada duit rakyat. Janganlah jadi ketam yang nak mengajar anaknya berjalan lurus. Dulu kalau BN buat kutuk habis-habisan, tapi sekarang mereka sendiri yang buat. Janganlah mengata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Serangan Peribadi Siapa yang mula?

HARI ini kita dengar suara-suara dari parti-parti komponen atau penulis lebih suka menggunakan istilah Parti-Parti Subahat Pakatan Rakyat yang tidak senang dengan kaedah serangan peribadi.

Ada juga pembesar mereka yang mendakwa bahawa BN telah terdesak sebab itulah mereka menggunakan kaedah serangan peribadi calon. Penulis rasa nak tergelak mendegar kenyataan pembesar Pakatan Rakyat itu.

Adakah mereka lupa apa yang mereka lakukan terhadap Rohaizat tak berapa lama dahulu? Mereka sanggup mendedahkan Rohaizat berbini dua, demi mendapatkan kemenangan. Adakah tindakan mereka ini tidak boleh dikira sebagai "Terdesak"? Fikir-fikirkanlah.

Penulis akhiri artikel penulis pada kali ini dengan pantun yang berbunyi:

Tangkap Ikan di sungai
Manusia dicemuh disebabkan perangai
Janganlah marah apabila perangai dirungkai
Siapa yang mulu dulu tidak dilupai

Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin