Bilangan Pengunjung:

Tuesday, April 20, 2010

Arak, Judi, Lina Joy dan Gambar Zaid Ibrahim

Arak, Judi, Lina Joy dan Gambar Zaid Ibrahim
Oleh: yieMEGA

PADA penulisan artikel penulis pada kali ini penulis akan membuat ulasan mengenai beberapa isu yang timbul di Hulu Selangor yang melibatkan calon PKR Zaid Ibrahim. Antaranya isu arak, isu judi dan gambar Zaid Ibrahim memegang botol arak.

Terlebih dahulu penulis ingin mengulas mengenai isu gambar Zaid Ibrahim memegang botol arak. MSO pemilik blog Merah Tinta MSO mendakwa bahawa gambar yang dikeluarkan oleh blogger Gerakkan Anti-PKR atau GAP adalah gambar palsu. Sila Baca Di Sini. Menyifatkan GAP cuma menfitnah Zaid Ibrahim. Kita baca pula penjelasan Zaid Ibrahim Di Sini.

MSO mendakwa GAP cuba membuat Fitnah, tetapi kalau diteliti penjelasan Zaid Ibrahim. Secara psikologi dia memang pernah minum arak, jadi kenapa pula ia jadi fitnah sedangkan Zaid sendiri yang mengakuinya.

Namun, ia tidak bermakna penulis bersetuju dengan kaedah serangan peribadi calon, mungkin sebelum ini taktik serangan peribadi yang dilakukan oleh pihak pembangkang dan akhirnya kini taktik sama cuba digunakan untuk menjatuhkan pembangkang. Penulis sememangnya tidak bersetuju dengan kaedah serangan peribadi.

Berkenaan dengan isu Zaid Ibrahim Kaki Judi yang didedahkan oleh Husin Lempoyang di dalam artikel blognya yang bertajuk Taubat atau Tau Buat?. Pada penulis mungkin ada betulnya dan mungkin ada salahnya. Pertama sekali, kenapa berkata mungkin ada betulnya ialah kerana memang Zaid berminat dengan Lumba Kuda dan penulis juga berkata mungkin ada salahnya kerana mungkin Zaid Ibrahim di dalam itu adalah Zaid Ibrahim yang lain yang secara kebetulan sama namanya dengan Zaid Ibrahim calon PKR. Melainkan ada bukti seperti lain seperti nombor kad pengenalan mungkin ia akan menjadikan tuduhan ini menjadi berasas kukuh.

Satu lagi berkenaan tindakan Zaid Ibrahim yang satu ketika dahulu membela Lina Joy untuk murtad dalam erti kata lain ialah bersubahat di dalam memurtadkan Lina Joy. Layakkah orang Islam seperti ini untuk diangkat menjadi pemimpin.

Penulis tidak faham kenapa beria-ria sangat Anwar Ibrahim untuk meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calon di Hulu Selangor, adakah kerana namanya ayahnya serupa atau ada udang di sebalik batu? Mungkin jawapan itu hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahuinya.
Reblog this post [with Zemanta]

3 comments:

sribuat said...

salam 1 ma'sia,

syabas, tuan adalah seorang muslim yang baik. memang tugas seorang muslim untuk mendedahkan kejahatan, keburukan seorang islam yang lain.

demi untuk bangsa dan negara, kesetiaan kemada umara, pendedahan saudara amat bermakna. Zaid ibrahim memang kaki botol, kaki judi. walau dia telah bertaubat, telah menunaikan haji, kemaksiaatan zaid perlu terus didedahkan.

kita perlu waspada taubat Zaid Ibrahim sebab kita manusia boleh menilai taubat itu benar atau sekadar tau buat.

tahniah saudara. dedahkan keburukan yang berlaku. tapi awas... kalau pemimpin UMNO terlibat kita kena lindungi sebab mereka golongan yang maksum.

terima kasih atas pendedahan.....

LakiGege said...

yes
teruskanlah menaibkan sesama islam
kenapa sekarang baru nak kecoh2 pasal isu ni?
dlu zaid ad dlm bn xde pn nk bising2?
ape kejadahnye?????

LakiGege said...

bagusla tu
bersama2 lah kita mengaibkan org lain
org dah taubat watpe kita nak kecoh2
tu antara dia ngn Tuhan la
ape kejadahnye bukak cite buruk pasal org lain?
cuba bygkan y diaibkan tu bapak kita?
lebih baik diam je la
cermin diri tu dulu

Blog Widget by LinkWithin