Bilangan Pengunjung:

Tuesday, April 28, 2009

Liberasi Kewangan Malaysia

Artikel kali ini bertajuk "Liberasi Kewangan Malaysia", tajuk ini sengaja penulis pilih bersesuaian dengan keadaan semasa di mana Ekonomi kita mengalami kelembapan dan pada masa ini tidak nampak lagi tanda-tanda yang menunjukkan situasi ekonomi kita akan pulih.

"Liberasi" berasal daripada kata dasar "Liberal" yang bermaksud "keterbukaan", apabila Liberasi dan Kewangan disatukan ia bermaksud "Keterbukaan Kewangan" atau dengan kata lain "Keterbukaan Ekonomi".

Kandungan Liberasi Kewangan Malaysia:

  • Lesen Baru 2009: 2 Bank Islam, 2 Bank Perdagangan Kepakaran Khusus, 2 Takaful Keluarga, 3 Bank Perdagangan bertaraf dunia (2011).
  • Had Ekuiti Pelaburan Bank Islam, Syarikat Insurans dan Pengendali Takaful dinaikkan dari 49% kepada 70%. Had Ekuiti Asing Bank Perdagangan Kekal 30%.
  • Bank Perdagangan Asing dibenar buka 4 cawangan baru tahun depan dan 10 cawangan pembiayaan mikro tahun ini.
  • Mulai 1 Jun, Syarikat Induk Labuan dibenar tubuh Pejabat Operasi & Pengurusan di Kuala Lumpur.
  • Institusi perbankan luar persisir di bawah LOFSA boleh beroperasi di dalam negeri mulai 2010 dan syarikat insurans mulai 2011.
  • Pengambilan pekerja Ekspatriat lebih fleksibel.
Penulis berharap "Liberasi Kewangan" ini mampu memberikan "momentum" khas kepada senario ekonomi negara yang masih berada di paras kelembapan masa ini. Formula Liberasi Kewangan ini mungkin dapat menyumbangkan serba sedikit kepada "pemulihan ekonomi negara".


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, April 27, 2009

Ahli PAS Ortodoks VS Ahli PAS Profesional....

Hadi Awang and Anwar Ibrahim at the Bersih RallyImage via Wikipedia

Artikel penulis pada kali ini akan membincangkan tajuk "Ahli PAS Ortodoks VS Ahli PAS Professional", penulis memilih tajuk ini bersesuaian dengan keadaan semasa di mana PAS sedang mengadakan Pemilihan Agung Mereka.

Apa yang penulis dapat lihat daripada Pemilihan PAS yang sedang berlaku sekarang, berlaku "pertempuran" hebat di antara dua kumpulan besar yang berada di dalam PAS. Kumpulan yang dimaksudkan ialah Kumpulan Penyokong PAS Ortodoks dan Kumpulan Penyokong PAS Profesional.

Apa yang dimaksudkan dengan "Penyokong PAS Ortodoks" ?

Penyokong PAS "Ortodoks" gelaran yang penulis berikan kepada kumpulan penyokong PAS yang menyokong Kepimpinan Ulama' di dalam PAS diteruskan atau dengan kata lain Penyokong PAS Tradisional dan Asli.

Kumpulan ini akan berjuang bermati-matian untuk memastikan PAS terus diterajui oleh Kepimpinan Ulama' dan tidak akan sama sekali membenarkan Ahli PAS yang bersifat profesional serta materialistik di angkat menjadi pemimpin.

Apa Yang Dimaksudkan dengan "Penyokong PAS Profesional"?

Penyokong PAS profesional adalah penyokong PAS yang beraliran Profesional dan materialistik dan sentiasa cuba untuk menjatuhkan kepimpinan Ulama' di dalam PAS. Kebanyakkan Penyokong PAS beraliran Profesional berasal daripada "penyokong-penyokong Anwar Ibrahim yang menyusup masuk untuk "menghapuskan secara senyap Perjuangan Menuntut Negara Islam di dalam PAS".

Ahli PAS yang beraliran Profesional sentiasa berusaha untuk memastikan satu masa nanti ahli yang sealiran denganya akan dapat menerajui PAS sekaligus dalam masa yang sama dapat menghapuskan kepimpinan ulama' di dalam PAS.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, April 26, 2009

Nilai 1 Malaysia: Bahagian 2: Ketabahan

KETABAHAN

Kehidupan bukan semuanya mudah. Sebarang tanggapan bahawa kehidupan adalah lakaran lurus yang sentiasa mendaki tanpa penghujungnya pada saya adalah suatu salah anggapan. Seseorang itu hendaklah menerima kehidupan sebagai satu siri naik dan turun. Tetapi jika anda adalahJustify Full seorang yang percaya kepada kerja keras, sepenuhnya berdedikasi, dan jika anda tabah menghadapi segala dugaan, maka apabila anda berhadapan dengan sebarang rintangan, semestinya anda akan berupaya mengharungi rintangan yang dihadapi dan berupaya meletakkan diri anda ke pangkal jalan, anda perlu menghargai dan memahami bahawa ada masa-masanya kesukaran perlu dihadapi. Begitu jugalah Malaysia sebagai sebuah negara, kita telah berhadapan dengan berbagai krisis sebelum ini, sama ada krisis kewangan, menentang komunis atau berhadapan dengan waktu-waktu bergolak di dalam sejarah kita. Namun pada setiap keadaan kita telah berjaya mengharungi krisis tersebut dan menjadi lebih kuat sebagai sebuah negara. Tetapi semua itu telah dicapai kerana kita telah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada permasalahan tersebut. Kita telah berkerja dengan gigih dan sentiasa menghadapi rintangan dengan ketabahan dan akhirnya membuktikan bahawa para pewaham kita adalah salah.

Tentang ketabahan mengharungi perubahan peribadi

Disepanjang kehidupan saya, saya sentiasa perlu berusaha lebih daripada biasa demi membuktikan kemampuan diri kerana saya tidak mahu orang lain memandang kepada saya dan berkata "dia berada di situ kerana nama, atau nama keluarganya melonjakkannya ke situ". Benar, saya memiliki kelebihan tersebut, namun pada masa yang sama ia seakan satu bebanan kerana anda perlu sentiasa membuktikan bahawa anda wajar mendapat semua itu. Malah saya sentiasa menyedari bahawa saya perlu menunjukkan saya mampu melakukannya, dan melakukannya dengan baik. Dan dalam hal kekecewaan peribadi, rasa saya yang paling memilukan dalam ingatan adalah kekecewaan politik yang saya alami di kawasan saya sendiri pada 1999, apabila saya menang tipis dengan majoriti yang sangat kecil iaitu 241.

Pada masa itu, ramai yang berkata tidak lama lagi saya akan menjadi sejarah, dan lebih daripada itu sebahagian daripada mereka mencadangkan supaya saya bertukar kawasan. Tetapi saya kekal berpendirian teguh dan menyatakan pada diri sendiri walau apa sekali pun saya akan terus berjuang. Jika saya perlu jatuh rebah, saya akan rebah dalam perjuangan. Dan saya menyatakan pada diri sendiri saya boleh membuktikan bahawa para pewaham adalah silap dan nah, lihatlah, dalam jangka masa 4 tahun, majoriti yang kecil, majoriti tipis 241 telah dijelmakan kepada majoriti besar berjumlah 22,922 dan sebagaimana yang anda ketahui, pada Pilihan Raya Umum yang lepas saya mencapai kejayaan terbaik dari segi majoriti BN untuk sebarang kawasan pemilihan Parlimen apabila saya berjaya meraih 26,464. Itulah saiz majoriti yang saya perolehi. Tetapi saya tidak fikir mampu mendapat majoriti sebegitu besar jika tidak kerana kekecewaan pada 1999. Apabila mengalami kekecewaan tersebut, saya menyedari perlunya melakukan lebih lagi. Saya perlu menjadi lebih kreatif serta perlu membawa pendekatan yang berbeza, dan semua itu telah menghasilkan perubahan dan peningkatan tersebut, peningkatan besar yang menakjubkan.

Baca Lagi!

Saturday, April 25, 2009

Nilai 1 Malaysia Bahagian 1: Budaya Kecermelangan...

Pada artikel penulis pada kali ini bersesuaian dengan Visi Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berlandaskan Moto "One Malaysia", ia adalah satu visi baru yang dicanangkan oleh Perdana Menteri Kita yang baru beberapa bulan menerajui Malaysia itu.

Pada Kali ini penulis ingin membincangkan Bahagian 1 didalam Visi "One Malaysia" yang menekankan tentang "Budaya Kecermelangan". "Budaya Kecermelangan" ini bermaksud menjadi kecermelangan, peningkatan prestasi, dan prinsip ketepatan atau dengan kata lain menjadikan kecermelangan sebagai budaya setiap Rakyat Malaysia.

Ketepatan dari segi pengukuran, dari segi menguruskan masa, dari segi jadual penyampaian, dari segi kualiti. Jika Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan kecemerlangan, maka setiap produk yang datang dari Malaysia, setiap perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia.

Patuh Ketepatan dari segi pengukuran, dari segi menguruskan masa, dari segi jadual penyampaian, dari segi kualiti. Jika Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan kecemerlangan, maka setiap produk yang datang dari Malaysia, setiap perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia.

Patuh Pada Masa

Rakyat Malaysia juga perlu mengubah cara hidup, dan menukar daripada budaya "Tidak Tepati Masa" kepada Budaya orang yang sering menghargai masa dan menganggap masa itu lebih mahal daripada emas atau logam-logam bernilai yang lain.

"Masa itu Emas" ataupun "Masa Itu Wang" hendaklah digunapakai oleh setiap rakyat Malaysia, tidak patut lagi ada rakyat Malaysia yang menganggap kehilangan masa itu sebagai kehilangan yang remeh temeh, sikap suka menangguh hendaklah dielakkan kerana budaya itu telah membuatkan kita jauh ketinggalan di belakang.

Budaya "Esok Masih Ada" hendaklah dibuang daripada diri seorang insan yang bergelar rakyat Malaysia dalam mengejar kecermelangan diri serta kecermelangan negara. Kakitangan Kerajaan juga hendaklah mempertingkatkan prestasi kerjanya dan mengurangkan "Masa Minum Kopinya" kerana kebanyakkan kakitangan kerajaan menghabiskan banyak masanya di Kedai Kopi dan ini adalah salah satu punca mengapa banyak kerja-kerja yang berkaitan dengan Kerajaan tertangguh.

Penulis berharap Rakyat Malaysia berusaha untuk merubah diri ke arah kebaikkan, mempertingkatkan prestasi dan sentiasa mengejar kecermelangan demi Agama, Bangsa dan Negara. Penulis akan menyambung artikel ini dengan Bahagian 2 di dalam Visi "One Malaysia" pada artikel penulis yang akan datang.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Baru (24 April 2009)

Malaysian Minister of Defense, Najib Razak, pi...Image via Wikipedia

Kelmarin Jumaat, 24 April 2009, Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO mengumumkan perubahan di dalam Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri yang menyaksikan beliau dan timbalanya serta naibnya menjadi pengerusi di beberapa negeri.

Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempengerusikan Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, manakala Timbalanya Tan Sri Muhyidin Yassin akan mempengerusikan Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Naib-naib Presiden UMNO yang dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO antaranya ialah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang akan mempengerusikan Badan Perhubungan UMNO Terengganu menggantikan Datuk Ahmad Said.

Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, serta Datuk Shafie Afdal dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah.

Di Kelantan pula, Datuk Mustapha Mohamed diberi kepercayaan untuk mempengerusikan Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan menggantikan Datuk Seri Annuar Musa, pada pandangan penulis pemilihan Datuk Mustapha adalah pilihan yang terbaik memandangkan beliau pernah mempunyai "Track Record" yang baik semasa beliau memegang jawatan yang sama hasilnya UMNO hampir-hampir menguasai Kelantan, namun era kegemilangan itu akhirnya jatuh semasa era Badan Perhubungan UMNO Kelantan dipengerusikan oleh Datuk Seri Annuar Musa.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, April 22, 2009

SPPK Satu Cara Yang Terbaik !!!

Beberapa hari yang lalu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan perlaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang bakal diguna untuk menentukan kecemerlangan pelajar daripada beberapa aspek dan dengan ini ia menanda Pendidikan beorientasikan peperiksaan semata-mata sudah hampir tamat.

Selain pencapaiaan Kokurikulum dinilai, Pencapaiaan Disiplin seseorang pelajar juga dinilai dan diambil kira untuk mengira setakat mana kecermelangan seseorang individu yang bergelar pelajar tersebut. Disiplin atau Sahsiah diri seseorang pelajar kini akan dijadikan satu elemen di dalam penilaian pencapaian pelajar.

Mengikut SPPK, Pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR akan dinilai berdasarkan 30% Peperiksaan Umum dan 70% Sahsiah Diri (Kedatangan, Disiplin dan lain-lain). Manakala bagi pelajar yang menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mereka akan dinilai berdasarkan 50% Peperiksaan Umum, 50% Sahsiah diri. Disamping itu, Pelajar yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dinilai berdasarkan 70% Peperiksaan umum dan 30% Sahsiah diri.

SPPK CARA TERBAIK

Pada pandangan penulis Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan merupakan salah satu kaedah terbaik di dalam melahirkan modal insan yang bukan sahaja cermelang malah berakhlak tinggi, berbudaya dan beradab.

Masalah pelajar yang menghadapi tekanan terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM kerana penilaian tidak bergantung 100% kepada peperiksaan sepertimana yang diamalkan oleh sistem pentaksiran pendidikan konvesional.

Pada dasarnya penulis amat bersetuju dengan SPPK, penulis berharap rakyat Malaysia turut bersetuju dengan SPPK kerana ia amat berguna untuk mendidik anak-anak anda menjadi seorang insan yang berguna.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, April 18, 2009

Lagi-Lagi Tol.......

TOL satu ungkapan yang sering menjadi isu dalam akhbar-akhbar arus perdana mahupun arus alternatif. Kekerapan kenaikan harga TOL menyebabkan rakyat akan marah dan melenting, mahu tidaknya jika tugas harian mereka memerlukan mereka melalui jalan yang bertol sudah tentu mereka terpaksa membayar TOL setiap hari.

Keangkuhan syarikat-syarikat pemegang konsensi juga menjadi punca harga TOL terpaksa dinaikkan, Apabila Harga TOL dinaikkan bukan sahaja rakyat yang menderita tetapi juga kerajaan juga terpaksa mendengar kutukan, herdikan dan desakan rakyat melalui pelbagai cara termasuklah Perhimpunan Jalanan.

Isu TOL pada masa ini sudah menjadi barah bagi Kerajaan Malaysia, Barah tersebut mungkin akan membunuh Kerajaan Barisan Nasional bila-bila masa dari sekarang, kata orang "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya", jangan nanti "Sudah Terhantuk Baru Nak Tergadah".

Kerajaan tidak boleh berdiam diri, kerajaan perlu berbuat sesuatu agar rakyat akan sentiasa merasa selesa duduk di bawah kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional. Pada Pandangan penulis, pengambil alihan syarikat konsesi TOL oleh Kerajaan mungkin Alternatif terbaik untuk menghalang kenaikkan harga TOL.

Penulis juga berpendapat, sudah tiba masanya Kerajaan mengkaji semula keperluan TOL di negara ini. Mungkin juga Kerajaan boleh memperkenalkan Sistem Kutipan TOL bermusim, melalui cara ini Kutipan TOL hanya dikenakan sekiranya sesebuah Lebuhraya memerlukan penyelengaraan. Harga Kutipan TOL juga biarlah munasabah dan tidak membebankan rakyat, Kerajaan Perlu ingat dengan PM yang Keenam iaitu DS Najib Tun Razak bahawa era "Kerajaan Sentiasa Betul telah berakhir" jangan hanya ia sekadar bertanam tebu di pinggir bibir sahaja.

Baca Lagi!

Thursday, April 16, 2009

Perangai Ahmad Said Sebenar....

Beberapa Hari Lalu keluar isu akan ada usul undi tidak percaya pada Datuk Ahmad Said Menteri Besar Terengganu. Kelmarin timbul pula isu 10 ADUN Terengganu memboikot Sidang Dewan Undangan Negeri kerana bimbang keselamatan mereka.

Kelmarin juga Ahmad Said membuat kenyataan berhubung insiden tersebut, turut membuat kenyataan tersebut ialah Mantan Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Seri Idris Jusoh. Apa kaitan Ahmad Said dengan insiden tersebut? Mungkin klip video di bawah ini ada jawapanya:


Reblog this post [with Zemanta]



Baca Lagi!

Thursday, April 9, 2009

Kabinet Rakyat 2009

Najib Tun Razak, Deputy Prime Minister of Mala...Image via Wikipedia


SENARAI MENTERI KABINET MALAYSIA BARU (9.4.2009)

PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen

Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib


MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar

Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman

Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:
Datuk M.Saravanan

"Kabinet Rakyat" itulah ungkapan yang keluar daripada Perdana Menteri Malaysia yang keenam yang baru sahaja mengangkat sumpah pada Jumaat Lepas. Penulis berharap apa yang diungkapkan oleh Perdana Menteri Baru tersebut tidak hanya kekal sebagai seindah ungkapan semata-mata.

Perdana Menteri yang keenam itu pada hari ini turut menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru mengisi tempat yang telah dikosongkan oleh beliau kerana beliau telah beralih ke kerusi Perdana Menteri.

Pada sidang akhbar pengumuman Kabinet Baru juga, DS Najib Tun Razak turut membuat kenyataan bahawa "Era Kerajaan Sentiasa Betul" Sudah Berakhir. Selain itu, beliau turut mengumumkan penubuhan Jabatan Baru untuk menilai prestasi-prestasi Menteri berdasarkan KPI.

DS Najib turut mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Ekonomi yang dianggotai oleh beberapa orang dan mereka adalah bertaraf menteri. Namun masih belum diketahui siapa yang bakal menganggotai Majlis itu yang berfungsi sebagai Pasukan Khas untuk memulihkan ekonomi negara itu.

Penulis dan Rakyat Malaysia berharap Kabinet Malaysia yang baru dibentuk ini dapat bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh, berdedikasi, bersih dan bebas dari Rasuah kerana Era Kerajaan Sentiasa Betul sudah berakhir.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, April 7, 2009

Batang Ai Kekal Milik Barisan Nasional

Keputusan Pilihan Raya Kecil Batang Ai telah diketahui ia menyaksikan calon Barisan Nasional berjaya memenangi Kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak Batang Ai dengan undian sebanyak 3,907 Undi dan Undi Majoriti sebanyak 1,854 undi. Ini bermakna Calon Barisan Nasional yakni Malcom Mussem Lamoh dengan menewaskan calon daripada PKR yakni Jawah Gerang yang hanya mendapat 2,053 Undi.

Keputusan ini bermakna Barisan Nasional berjaya mengekalkan kedudukanya di kerusi Dewan Undangan Negeri Ini. Sementara itu, beberapa penganalisis politik meramalkan ia adalah kemenangan tunggal bagi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil 2 Bukit 1 Batang ini.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, April 5, 2009

Selamat Jalan Pak Lah, Selamat Bertugas Najib

Malaysian Minister of Defense, Najib Razak, pi...Image via Wikipedia

Penulis percaya ramai di kalangan rakyat Malaysia yang sudah mengetahui bahawa Perdana Menteri Malaysia yang Kelima telah meletak jawatan atau dengan kata lain bersara daripada menjadi ketua bagi sebuah negara yang bernama Malaysia.

Pak Lah yang kini bergelar Tun Abdullah setelah berkhidmat selama sepenggal lebih sebagai Perdana Menteri Malaysia an kini tugasnya diambil alih dan bertukar tangan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Legasi Kepimpinan negara kini sudah bertukar tangan, rata-rata rakyat Malaysia amat berharap agar Perdana Menteri Yang Keenam itu membuat perubahan demi perubahan untuk kepentingan rakyat dari rakyat untuk rakyat.

Terbaru setelah "Peralihan Kuasa" berjalan dengan licin, dan Datuk Seri Najib Tun Razak pun sudah bergelar Perdana Menteri, akhirnya UMNO menerima berita baik apabila Mantan Perdana Menteri yang juga mantan Presiden UMNO iaitu Ayahnda Tun Dr. Mahathir mengistiharkan hasratnya untuk kembali ke pangkuan UMNO.


Ada juga yang akan mengikuti jejak langkah Tun Dr. Mahathir untuk masuk ke UMNO namun setakat ini tidak dipastikan siapa yang akan menjejak langkah Tun Dr. Mahathir dengan kembali ke dalam UMNO. Sama-samalah kita nantikanya dengan penuh sabar.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin