Artikel kali ini bertajuk "Liberasi Kewangan Malaysia", tajuk ini sengaja penulis pilih bersesuaian dengan keadaan semasa di mana Ekonomi kita mengalami kelembapan dan pada masa ini tidak nampak lagi tanda-tanda yang menunjukkan situasi ekonomi kita akan pulih.
"Liberasi" berasal daripada kata dasar "Liberal" yang bermaksud "keterbukaan", apabila Liberasi dan Kewangan disatukan ia bermaksud "Keterbukaan Kewangan" atau dengan kata lain "Keterbukaan Ekonomi".
Kandungan Liberasi Kewangan Malaysia:
"Liberasi" berasal daripada kata dasar "Liberal" yang bermaksud "keterbukaan", apabila Liberasi dan Kewangan disatukan ia bermaksud "Keterbukaan Kewangan" atau dengan kata lain "Keterbukaan Ekonomi".
Kandungan Liberasi Kewangan Malaysia:
- Lesen Baru 2009: 2 Bank Islam, 2 Bank Perdagangan Kepakaran Khusus, 2 Takaful Keluarga, 3 Bank Perdagangan bertaraf dunia (2011).
- Had Ekuiti Pelaburan Bank Islam, Syarikat Insurans dan Pengendali Takaful dinaikkan dari 49% kepada 70%. Had Ekuiti Asing Bank Perdagangan Kekal 30%.
- Bank Perdagangan Asing dibenar buka 4 cawangan baru tahun depan dan 10 cawangan pembiayaan mikro tahun ini.
- Mulai 1 Jun, Syarikat Induk Labuan dibenar tubuh Pejabat Operasi & Pengurusan di Kuala Lumpur.
- Institusi perbankan luar persisir di bawah LOFSA boleh beroperasi di dalam negeri mulai 2010 dan syarikat insurans mulai 2011.
- Pengambilan pekerja Ekspatriat lebih fleksibel.
Penulis berharap "Liberasi Kewangan" ini mampu memberikan "momentum" khas kepada senario ekonomi negara yang masih berada di paras kelembapan masa ini. Formula Liberasi Kewangan ini mungkin dapat menyumbangkan serba sedikit kepada "pemulihan ekonomi negara".
No comments:
Post a Comment