Bilangan Pengunjung:

Wednesday, April 22, 2009

SPPK Satu Cara Yang Terbaik !!!

Beberapa hari yang lalu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan perlaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang bakal diguna untuk menentukan kecemerlangan pelajar daripada beberapa aspek dan dengan ini ia menanda Pendidikan beorientasikan peperiksaan semata-mata sudah hampir tamat.

Selain pencapaiaan Kokurikulum dinilai, Pencapaiaan Disiplin seseorang pelajar juga dinilai dan diambil kira untuk mengira setakat mana kecermelangan seseorang individu yang bergelar pelajar tersebut. Disiplin atau Sahsiah diri seseorang pelajar kini akan dijadikan satu elemen di dalam penilaian pencapaian pelajar.

Mengikut SPPK, Pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR akan dinilai berdasarkan 30% Peperiksaan Umum dan 70% Sahsiah Diri (Kedatangan, Disiplin dan lain-lain). Manakala bagi pelajar yang menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mereka akan dinilai berdasarkan 50% Peperiksaan Umum, 50% Sahsiah diri. Disamping itu, Pelajar yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dinilai berdasarkan 70% Peperiksaan umum dan 30% Sahsiah diri.

SPPK CARA TERBAIK

Pada pandangan penulis Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan merupakan salah satu kaedah terbaik di dalam melahirkan modal insan yang bukan sahaja cermelang malah berakhlak tinggi, berbudaya dan beradab.

Masalah pelajar yang menghadapi tekanan terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM kerana penilaian tidak bergantung 100% kepada peperiksaan sepertimana yang diamalkan oleh sistem pentaksiran pendidikan konvesional.

Pada dasarnya penulis amat bersetuju dengan SPPK, penulis berharap rakyat Malaysia turut bersetuju dengan SPPK kerana ia amat berguna untuk mendidik anak-anak anda menjadi seorang insan yang berguna.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin