Hassan Ali Dan Adam Adli
Oleh: yieMEGA
Hassan Ali dan Adam Adli, bunyinya dah dekat-dekat nak sama tetapi mereka daripada dunia yang berbeza. Cuma nama Hassan Ali ini sudah lama kita mendengarnya cuma Adam Adli je baru akhir-akhir ini namanya meletup. Mungkin Adam Adli seorang yang suka mendapat publisiti murahan atau mungkin juga ini adalah jalan pintas baginya untuk menjadi pemimpin dengan menjadi pengampu Anwar Ibrahim. Biarkan saja persoalan itu terus menjadi persoalan.
Adam Adli satu nama yang semakin popular sejak akhir-akhir ini, bertambah popular lagi apabila satu berita yang dilaporkan Agenda Daily. Mengikut berita tersebut Adam Adli digantung pengajian selama tiga semester, tindakan itu dikenakan oleh Jawatankuasa Tata Tertib UPSI kerana dia didapati mencemarkan reputasi UPSI. Walaubagaimanapun Adam Adli bercadang ingin mencabar keputusan penggantungan beliau dengan membawanya ke Mahkamah.
Penulis kagum dengan keberanian Adam Adli, namun adakah Adam Adli sedar berapa ramai yang berada di luar sana yang berminat untuk masuk UPSI tetapi tidak diberikan peluang, orang yang diberikan peluang untuk belajar di UPSI seperti Adam Adli asyik sibuk berpolitik, pelajaran entah ke mana, bagi penulis sekiranya Adam Adli berminat sangat dengan politik adalah lebih baik baginya supaya berundur daripada UPSI secara sukarela dan menyertai mana-mana parti politik.
Penulis ada juga mendapat maklumat bahawa Adam Adli ini begitu mesra dengan Anwar Ibrahim, sejauh mana kemesraan beliau dengan Anwar Ibrahim tidakah penulis ketahui, apa yang penulis tahu dia seorang yang bermuka jambu atau jejaka jambu. Kita akhiri kisah Adam Adli di sini untuk memberi laluan kepada kisah Hassan Ali.
Hassan Ali
SEPERTIMANA yang kita tahu bahawa EXCO Selangor yang juga merupakan bekas Pesuruhjaya
PAS Selangor Hassan Ali telah pun dipecat daripada PAS, pemecatan ini adalah dipercayai berpunca daripada beberapa kritiikan pedas yang dibuat Hassan Ali beberapa hari yang lalu.
PAS yang selama ini mendokong dan berkempen untuk "kebebasan bersuara", tetapi hari ini tindakan pemecatan Hassan Ali ini membuktikan bahawa tiada kebebasan bersuara di dalam PAS dan demokrasi juga sudah mati di dalam PAS.
Hassan Ali yang juga dilabel "Hassan Akidah" oleh Mohd Sayuti Omar (MSO), manakala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa tindakan Hassan Ali tersebut adalah tidak senonoh. Hebat juga ya, hanya melemparkan beberapa kritikan sudah dikatakan tidak senonoh, ini bermakna kritikan tersebut hampir sama dengan seorang yang bertelanjang bulat dihadapan ramai.
Penulis pun hairan adakah TG Nik Aziz ini tersalah guna istilah ataupun beliau sendiri sememangnya tidak reti menggunakan istilah. Jawapan itu hanya ada pada beliau. Namun, penulis tidak bersetuju dengan hanya kritikan tersebut sudah dianggap tidak senonoh.
Ada yang mengatakan Hassan Ali akan dilamar UMNO, namun berdasarkan kenyataan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa UMNO tidak akan melamar Hassan Ali tetapi menyerahkan kepada Hassan Ali untuk menyertai organisasi politik mana yang menjadi minat di hati beliau.
Penulis pun hairan adakah TG Nik Aziz ini tersalah guna istilah ataupun beliau sendiri sememangnya tidak reti menggunakan istilah. Jawapan itu hanya ada pada beliau. Namun, penulis tidak bersetuju dengan hanya kritikan tersebut sudah dianggap tidak senonoh.
Ada yang mengatakan Hassan Ali akan dilamar UMNO, namun berdasarkan kenyataan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa UMNO tidak akan melamar Hassan Ali tetapi menyerahkan kepada Hassan Ali untuk menyertai organisasi politik mana yang menjadi minat di hati beliau.
No comments:
Post a Comment