Bilangan Pengunjung:

Friday, April 22, 2016

PERCAYAKAH ANDA DENGAN KERAJAAN BARISAN NAJIB?

PERCAYAKAH ANDA DENGAN KERAJAAN BARISAN NAJIB?
Oleh: yieMEGA

PERCAYAKAH anda dengan Kerajaan Barisan Najib? Itulah tajuk yang penulis sengaja pilih untuk artikel penulis pada kali ini. Kenapa Kerajaan Barisan Najib tidak Kerajaan Barisan Nasional? Mungkin ada yang tertanya-tanya jadi penulis tidak mahu membuat mereka terus tertanya-tanya. Barisan kepimpinan negara kita kita kini telah dikuasai oleh penyokong tegar manusia bernama Najib Tun Razak hasil percaturan yang telah dibuat oleh manusia itu. Jadi kurang tepat kalau kita panggil Kerajaan Barisan Nasional dan lebih tepat sekiranya kita panggilnya dengan nama Kerajaan Barisan Najib. 

Percayakah anda dengan Kerajaan Barisan Najib pada hari ini? Adakah anda percaya apa yang Najib Razak dan koncu-koncunya cakap. Adakah anda boleh menerima bulat-bulat dengan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi yang mengesahkan bahawa 2.6B itulah adalah derma daripada Arab Saudi di mana sebelum ini Menteri Luar berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia bukan derma tetapi pelaburan. Adakah anda percaya dengan orang Arab? Adakah anda rasa orang Arab seorang yang jujur? Adakah dengan pakaian orang Arab yang berjubah itu bermakna ia seorang yang maksum? Kalau anda anda nak tahu Perompak di Arab pun memakai jubah? Kalau anda menilai seseorang dari segi pemakaian maknanya anda silap. Kita patut membuat pertimbangan yang sewajarnya dan janganlah menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh Pak Arab ini. Kita patut fikir kenapa Pak Arab ini mengubah pendirian, adakah kenyataan beliau itu ikhlas ataupun ada udang di sebalik mi. 

Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi ini telah 'dijaja' ke seluruh negara terutamanya media-media arus perdana yang boleh diibaratkan sebagai 'anjing perang' Kerajaan Barisan Najib. Menteri-menteri pemakan dedak juga tidak ketinggalan untuk 'menjaja' perkara yang sama. Tak tahulah penulis zaman sekarang ni ramai sungguh Menteri nak jadi penjaja, kalau nak jadi penjaja letak jawatan menteri dan jadilah penjaja, ingat-ingat para Menteri termasuklah Perdana Menteri, gaji anda dibayar oleh rakyat kerana kerajaan anda kononya dipilih oleh rakyat tapi akhirnya rakyat juga yang disusahkan tapi anda berselang lenang dengan gaji yang dibayar oleh rakyat.

Adakah anda percaya dengan hanya Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu telah berjaya membersihkah nama Najib Razak. Terpulang kepada anda sekiranya ingin percaya kerana penulis tidak memaksa untuk tidak percaya. Bagi penulis adalah tidak adil sekiranya kita menghukum seseorang itu tidak bersalah dengan hanya satu kenyataan sahaja. Tun Mahathir turut menjelaskan perkara yang sama di dalam artikel blognya yang bertajuk "The Foreign Minister Of The Saudi Arabia " .


KOMEN JURUKOMEN BACUL

Dalam Artikel penulis sebelum ini yang bertajuk "TUN MAHATHIR BOLEH MENGANCAM NEGARA - KETUA POLIS NEGARA" Ada seorang pembaca yang penulis gelarkan sebagai jurukomen bacul kerana hanya menggunakan Anonymous


Nampaknya penulis masih masih mentah dan tak ngerti dgn impak sebenar..

Tun adalah seorang yg sgt berpengaruh dan seluruh dunia kenal.
Dan segala ucapan beliau sgt serious.
Org yg tak ngerti betapa seriousnya impak ucapan beliau sahaja yg anggap ucapan beliau 'tader hal la'..
Byk lagi perlu timba ilmu pengetahuan politik..

Terima kasih kepada Anonymous yang sudi memberikan komen walaupun boleh dianggap bacul kerana umpama membaling batu tapi tangan disembunyi kerana tidak mendedahkan nama sebenar sebaliknya hanya menggunakan Anonymous. Penulis akui penulis masih mentah tapi penulis tidak bersetuju dengan katanya bahawa penulis ini tidak mengerti dengan impak sebenar.

Sebelum ini kebanyakkan pak Menteri Kera jaan Barisan Najib telah mengatakan bahawa rakyat sudah tidak peduli dengan Tun Mahathir jadi kalau tidak peduli. Dah kata rakyat tak peduli Tun Mahathir apa nak ditakutkan dengan kenyataan beliau kerana rakyat peduli adakah kenyataan Kera Jaan Barisan Najib sebelum ini hanya sekadar 'syok sendiri' dan mungkin juga jurukomen ini yang sudah masak ini tidak menggunakan otak dengan betul semasa membuat komen. Penulis sentiasa menimba ilmu pengetahuan politik penulis dan tidak tahulah penulis dengan jurukomen bacul itu. Mungkin dia kuat sangat menimba sehingga terlupa bahawa timbanya sudah tiris dan tidak mampu memuatkan air yang banyak lagi. 

Akhir kalam, itu sahaja artikel penulis pada kali ini. Kesimpulanya janganlah kita cepat percaya pada orang yang mungkin ada agenda tersebunyi di sebalik kenyataanya. Kita hendaklah memikirkan bukan sahaja apa yang tersurat tetapi kita juga hendaklah berfikir apa yang tersirat. 



1 comment:

1malaysiakini.wordpress.com said...

Tq baca komen sy...
Menteri luar negara arab saudi (negara islam)..
He is not just "some1"
Sy terus terang sgt hormat mahathir dan "memuja" beliau.. tapi sy tidak mahu taksub pada beliau..
Cuba fikirkan... sekelip mata tun bole berpakat dgn limguan eng nd geng.. wow! Fikirkan.. yg dulu2 tun menghentam gitu gini pakatan.. tetiba berkawan? paling hipokrit tun dan pakatan. Jadi apa makna tentangan masa dahulu?
Kalau pun dia nk buang najib.. dia tak perlu bersatu dgn pembangkang, dia bole buat sendiri dgn sokongan tuan dn rakan2. So apa makna tentangan tun selama ni terhadap pembangkang? Sgt hipokrit.. jilat ludah semula? Tak betul? Fikirkan tuan.. maksudnya, kita buang masa sebelum ni tentang pembngkang.. sebenarnya tun bole bergabung dgn musuh bila2 masa..
Menteri sebuah negara buat pengumuman dan seluruh dunia dengar tp masih kita persoal, sedangkan if tun ckp ada duit hilang u percaya.. sedangkan dia tidak ada bukti dan tidak berurusan langsung dgn 1mdb. Siapa yg lebih bole dipercaya?
Fikir fikirkan lah.. hormat2 juga pd tun tapi hmmm... dlm tuduhan tun yg tiada pengesahan... lebih baik percaya seorg menteri sebuah negara islam yg masih aktif dlm urusan kerajaannya..

Blog Widget by LinkWithin