Bilangan Pengunjung:

Wednesday, September 16, 2015

Sekitar Himpunan Rakyat Bersatu (Baju Merah) 16 September 2015

Sekitar Himpunan Rakyat Bersatu (Baju Merah) 16 September 2015

Oleh: yieMEGA

HARI ini 16 September 2015 berlangsunglah satu perhimpunan yang dikenali dengan nama Himpunan Rakyat Bersatu atau lebih dikenali dengan nama "Himpunan Baju Merah". Adalah difahamkan perhimpunan ini diadakan adalah untuk memberi sokongan kepada Kerajaan Pilihan Rakyat di samping mahu meluahkan kekecewaan mereka terhadap insiden pijak gambar Perdana Menteri dan Presiden PAS sewaktu perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini.

Sepertimana yang dilaporkan oleh KLXpress, perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar dan aman tanpa insiden-insiden yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah lah jika benar tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Penulis mengucapkan tahniah kepada penganjur dan juga peserta perhimpunan kerana menjalankan perhimpunan mengikut etika dan tatatertib. 

Sebelum penulis terlupa, di kesempatan ini penulis mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Penulis berharap sama-samalah kita memelihara keamanan yang kita kecapi selama ini agar ianya terus berkekalan untuk selama-lamanya. 

Penulis melihat mengenai Himpunan Rakyat Bersatu yang berlangsung pada hari ini menunjukkan betapa kuatnya solidariti orang Melayu yang tidak mahu "Kerajaan Pilihan Rakyat" digulingkan. Selain itu sepanduk-sepanduk yang digunakan tidak bersifat perkauman dan malahan kebanyakkan sepanduk lebih ditujukan kepada DAP. 

Tak tahulah penulis kalau sepanduk yang menggunakan perkataan-perkataan merujuk kepada DAP dikira perkauman. Setahu penulis DAP sebelum ini telah mendakwa bahawa mereka parti pelbagai kaum dan bukanya mewakili kaum Cina jadi jika benar mereka tidak perlu sentap dengan keadaan ini. 

VIDEO SEKITAR PERHIMPUNAN RAKYAT BERSATU



Baca Lagi!

Monday, September 14, 2015

Himpunan Baju Merah

Himpunan Baju Merah
Oleh: yieMEGA

TANGGAL 16 September 2015 dijangka akan diadakan satu perhimpunan yang dikenali dengan nama "Perhimpunan Baju Merah". Mengikut maklumat perhimpunan tersebut diadakan untuk bertindak balas terhadap Perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini.

Perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini boleh dikatakan didominasi oleh kaum cina. Paling mendatangkan kemarahan orang ramai terutamanya orang Melayu ialah semasa Perhimpunan Bersih 4.0 berlaku satu insiden yang tidak diingini yakni insiden memijak gambar Perdana Menteri dan juga Presiden PAS yang secara kebetulan kedua-dua mereka ini adalah orang Melayu.

Penulis difahamkan sepertimana yang dilaporkan oleh Dr. MiiM. Perhimpunan tersebut menyaksikan pesertanya membuat perarakan penyapu di dalam Perhimpunan Bersih 4.0. Penulis percaya ramai yang berada di luar sana masih ingat sebelum peristiwa 13 Mei 1969 kaum cina juga telah membuat perarakan penyapu. Dikatakan penyapu tersebut bermaksud "Sapu Melayu" hingga mendatangkan kemarahan Melayu. Pada perhimpunan Bersih 4.0 mereka mengulangi perkara yang sama ini juga mendatangkan kemarahan umat Melayu.

Penulis percaya di luar sana pembangkang pro DAP dan DAP sendiri telah berusaha keras untuk memastikan Perhimpunan Baju Merah ini gagal dan ramai juga yang melaungkan bahawa Perhimpunan Baju Merah ini berbaur perkauman dan hendaklah dielakkan. Penulis melihat secara terang lagi bersuluh DAP sememangnya mengamalkan sikap 'double standard' dengan berkata Perhimpunan Baju Merah berbaur perkauman.

Baca Lagi!

Thursday, September 10, 2015

Kemelesetan Ekonomi

Kemelesetan Ekonomi
Oleh: yieMEGA

KEMELESETAN ekonomi menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini, penulis memilih tajuk ini ekoran daripada pada masa ini negara mengalami kemelesetan ekonomi. Percaya atau tidak kemelesetan ekonomi pada kali ini benar-benar menjejaskan pendapatan rakyat terutamanya rakyat yang mengusahakan perniagaan.

Tinjauan rambang penulis di beberapa tempat di Besut dan Kota Bharu apa yang penulis dapati memang perniagaan mereka benar-benar merosot. Malah ada yang pelangganya merosot hampir 50%, ekonomi kita pada masa ini memang benar-benar mendatangkan kerisauan terhadap keadaan ini. Dikhuatiri sekiranya kemelesetan ekonomi ini tidak dapat diatasi dengan segera tak mustahil peniaga-peniaga bumiputra akan gulung tikar. 

"Bohong" itulah yang boleh penulis katakan pada mereka yang berkata kemelesetan ekonomi ini memang tidak menjejaskan mereka. Hampir semua peniaga yang penulis temui melahirkan rasa runsing dengan keadaan ekonomi sekarang dan mereka berharap kerajaan berbuat sesuatu dengan segera agar kebimbangan rakyat dapat diatasi segera.

Mungkin penulis boleh berkongsi mengenai sebuah kedai makan yang menjual nasi bungkus yang popular di Pasar Awam Kota Putra, Besut, Terengganu. Kedai ni juga dikenali dengan nama kedai Mak Nah Juta kalau dulu pelanggan tak putus-putus berkunjung ke kedai ini tetapi sekarang dalam sejam tu paling banyak boleh dapat 2 atau 3 Pelanggan.

Jelas sekali kemelesetan ekonomi negara kita pada kali ini memamg benar-benar membuatkan rakyat tidak senang duduk dengan keadaan ini. Bayangkan macamana mereka nak bayar sewa kedai, bil utiliti dan pinjaman TEKUN/AMANAH dalam keadaan ekonomi sekarang ini.

Baca Lagi!

Friday, September 4, 2015

Pijak Gambar Najib dan Hadi serta Najib Bidas Mahathir

Pijak Gambar Najib dan Hadi serta Najib Bidas Mahathir
Oleh: yieMEGA

Pijak Gambar Najib dan Hadi

BARU-baru ini berlangsung satu perhimpunan haram anjuran Bersih. Perhimpunan tersebut diberi nama BERSIH 4.0. Perhimpunan tersebut turut dihadiri oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir. Perhimpunan tersebut dikatakan berlangsung secara aman.

Namun, apa yang mendukacitakan penulis berhubung satu insiden yang tidak sepatutnya berlaku iaitu insiden memijak gambar PM Najib Razak bersama dengan Presiden PAS Hadi Awang. Insiden ini sememangnya mendatangkan kemarahan ramai. Penulis juga tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian walaupun penulis sudah tidak lagi menyokong Perdana Menteri bernama Najib Razak. 

Pada pandangan penulis ada maksud tersirat mengenai insiden tersebut. Cuba lihat Perempuan Cina tersebut memijak gambar Najib Razak dan Hadi Awang. Apa persamaan Najib Razak dan Hadi Awang? Jawapanya mudah sahaja kedua-dua mereka adalah Melayu yang memijak gambar itu pula Cina jadi apa maksudnya???

Sebenarnya tujuan mereka memijak gambar kedua-dua pemimpin Melayu tersebut ialah untuk memastikan Melayu tak akan bersatu dan secara automatisnya Melayu jadi lemah dan ketika itulah mereka cuba merampas kekuasaan Politik yang selama ini dikuasai Melayu.

Selain daripada insiden memijak gambar tersebut, penubuhan parti serpihan PAS yakni Parti Pekerja Malaysia yang akan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara merupakan sebahagian daripada idea cina berfahaman komunis untuk menghancurkan kekuasaan politik Melayu yang masih dimiliki oleh Melayu ketika ini.

Baca Lagi!

Thursday, September 3, 2015

Cukup-Cukup Sudah Najib...

Cukup-Cukup Sudah Najib...
Oleh: yieMEGA

"Sudah cukup-cukup sudah, Cukup Sampai Disini Sahaja, Daripada Batin tersiksa lebih baik kau pergi saja". Bait-bait lagu ini memang ternyata sesuai buat Najib. Dewasa ini rakyat sudah semakin mual dengan Najib bukan sahaja rakyat biasa malahan ahli UMNO sendiripun sudah tidak suka Najib.

Ada orang bertanya dengan penulis "Kenapa ramai orang tak suka Najib?" Selamba penulis menjawab sebab "Kepimpinan beliau lemah!". Orang itu bertanya lagi kenapa anda beranggapan sedemikian sedangkan kebanyakkan orang mengatakan beliau tak suka Najib kerana Najib ni Korup?. Penulis menjawab lagi "sebab kepimpinan beliau lemah lah timbul dakwaan seperti itu". 

Bagi penulis sebagai nakhoda sebuah kapal perlu bekerja-keras dan kuat, sebaliknya jika dia tidak kuat dan keras sememangnya beliau tidak layak menjadi nakhoda maka seharusnya beliau berundur diri, kalau diteruskan juga dikhuatiri dia dan anak kapal tenggelam bersama-sama kapal pada waktu itu menangis air mata darah sekalipun tiada guna lagi.

Penulis pun hairan kenapa Najib tak mahu berundur? Adakah beliau ingin menunggu beliau dijatuhkan dalam undi tak percaya? Kalau itu pilihan beliau penulis tidak dapat menghalangnya. Kenapa susah sangat nak buat pengorbanan demi rakyat dan juga UMNO. Adakah beliau masih belum puas bergelar Perdana Menteri ataupun para Punahsihat beliau yang tidak membenarkan beliau berundur?

"Sudah cukup-cukup sudah Najib, tolonglah buat pengorbanan letak jawatan sebagai PM sekurang-kurangnya beliau dah jadi PM lebih lama daripada Pak Lah. Tak tahu lagi penulis nak kata apa lagi tetapi tolonglah dengar permintaan ahli UMNO akar umbi. Sekiranya Najib bertegas tidak mahu berundur tunggu sahaja undi tidak percaya terhadap beliau.

Pilihan di tangan anda sama ada anda berundur secara baik mahupun secara 'malu besar' Fikir-fikirkanlah demi rakyat dan Ahli UMNO akar umbi. Sekali lagi penulis ingin nyanyikan di sini "Sudah cukup-cukup Sudah" Jadi PM Najib.

Baca Lagi!

Monday, May 11, 2015

Najib, saya juga tidak gentar

Najib, saya juga tidak gentar
Oleh: yieMEGA

TADI penulis ada pembaca sebuah laporan akhbar di Harian Metro online, di mana laporan tersebut menyebut najib berkata "Saya tidak Gentar" laporan tersebut boleh dibaca di sini. Nampak begitu berani sekali Najib pada kali ini walaupun bermacam-macam isu timbul berkenaan dengan pemerintahan beliau saban hari. Mungkin juga dia ingin menunjukkan beliau bukanlah PM yang lemah lantas mengeluarkan ungkapan sebegitu rupa.

Pada hari ini Isnin 11 Mei 2015 penulis ingin mengiytiharkan bahawa penulis akan memulakan perjuangan penulis untuk mendesak agar DS Najib meletak jawatan dengan seberapa segera bagi memulihkan sokongan terhadap UMNO. Penulis juga tidak gentar dengan Najib sebegaimana Najib yang tidak gentar. Dalam masa yang sama penulis akan berusaha untuk mewujudkan Gerakan Undur Najib (GUN) bagi memperhebat usaha-usaha untuk mendesak DS Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. 

Penulis merasakan sudah tiba masanya untuk kita meminta DS Najib berundur daripada jawatan nombor satu negara itu. Setelah beberapa isu yang timbul penulis sehinggakan menjejaskan imej UMNO di mata rakyat, penulis merasa kita tidak perlu membuang masa dengan terus memberi sokongan kepada beliau untuk mengekalkan kerusi empuk Perdana Menteri di Putrajaya untuk terus menjadi miliknya. 

Apa yang penulis bimbang, sekiranya kita terus memberi sokongan kepada beliau untuk terus jadi PM sokongan rakyat terhadap BN akan terus berkurangan dan tidak mustahil pada PRU yang akan datang BN akan jadi pembangkang di Malaysia. Untuk apa kita membela seorang sedangkan ramai yang ternaniaya sekiranya kita terus memberi sokongan terhadap Najib. 

Baca Lagi!

Friday, May 1, 2015

PRK ROMPIN DAN PERMATANG PAUH

PRK ROMPIN DAN PERMATANG PAUH
Oleh: yieMEGA

CUMA tinggal beberapa hari aje lagi Piihan Raya Kecil Parlimen Rompin dan Permatang Pauh akan melabuhkan tirainya, di kesempatan masa terluang yang penulis ada ini tidak mahu penulis sia-siakanya sehingga ia berlaku begitu sahaja dimamah waktu. Penulis tidak mahu ketinggalan untuk mengulas kedua-dua pilihan raya kecil ini.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin diadakan ekoran kematian penyandangnya sebelum ini disebabkan terbabit dengan nahas Helikopter terhempas iaitu Allahyarham Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis. Manakala PRK Parlimen Permatang Pauh dibuat kerana penyandangnya sebelum ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijatuhkan hukuman penjara di atas pertuduhan liwat yang dikemukakan oleh bekas pembantu peribadinya. 

Beberapa isu cuba dijadikan modal untuk parti-parti bertanding di dalam kedua-dua PRK ini. Isu perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menjadi senjata yang cukup tajam bagi pembangkang di dalam menghadapi PRK kali ini. Manakala isu 'Parti Keluarga' juga dijadikan BN sebagai senjata di Permatang Pauh. 

Apa yang penulis ingin ramalkan di sini, kemungkinan besar Isu GST akan memberikan kesan yang besar terhadap kedua-dua PRK ini, Kenapa penulis berkata sedemikian? Rakyat akan berterusan membayar cukai GST ini, secara tidak langsung ia akan juga menjadi bebanan harian rakyat yang terpaksa mereka tanggung hampir setiap hari.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin