Bilangan Pengunjung:

Monday, September 14, 2009

Presiden MIC Hanya Dibenar Maksima 3 Penggal...

Malaysian Indian CongressImage via Wikipedia

Presiden MIC Hanya Dibenar Maksima 3 Penggal
Oleh: yieMEGA

JAWATAN Presiden MIC sebelum ini tanpa had tempoh masa sehinggakan Presiden sedia ada masih terus berkuasa walaupun rakan dari parti komponen Barisan Nasional lain sudah banyak kali bertukar Presiden contohnya UMNO sendiri sudah dua kali bertukar Presiden, namun MIC masih orang yang sama memegang jawatan Presiden yakni Samy Vellu. Tak tahulah kenapa mungkin kerana ahli-ahli MIC masih mahu makan nangka walaupun nangka itu sudah buruk dan berbau.

Namun pada Perhimpunan Agung MIC kali ini menyaksikan satu tamparan hebat buat Samy Vellu dengan adanya tuntutan supaya jawatan Presiden MIC hanya dipegang selama tiga penggal oleh seseorang yang memegang jawatan tersebut. Sebenarnya bagi penulis tuntutan ini adalah 'sindiran berkias' untuk Samy Vellu, tapi penulis tak pasti pulak adakah Samy perasan mengenainya ataupun buat-buat tak tahu sahaja.

Mungkin Samy merasa sedikit tergugat dengan tuntutan tersebut kerana dalam tidak sedar seolah-olah beliau mahu menjadi Presiden MIC seumur hidup tanpa beliau sedari. Tuntutan tersebut lebih kepada untuk 'menyindir' Samy Vellu agar ia faham, namun mungkin Samy sengaja buat-buat tak paham.

Nampaknya Samy pula seperti mudah melenting apabila ada orang yang berstatus negarawan mencadangkan beliau meletakkan jawatan iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad, begitu emosional kelihatan Samy memberi kenyataan berhubung cadangan Tun tersebut malah turut membidas bekas bosnya itu.

Berdasarkan keadaan itu Samy kelihatan seperti seseorang yang tidak mengenang budi, ada juga yang mendakwa Sungai Siput sepatutnya milik UMNO, tetapi oleh kerana bertolenrasi diserahkan juga kepada MIC di mana di situlah Samy Vellu menjadi calon tetapi tidak pastilah sejauh mana kebenaran dakwaan ini.


Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin