Bilangan Pengunjung:

Monday, March 21, 2011

Video Adegan Seks Ahli Politik

Video Adegan Seks Ahli Politik
Oleh: yieMEGA

MENGEJUTKAN! mungkin itulah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai berita terbaru yang tersebar meluas di dalam internet. Paling memeranjatkan video panas tersebut melibatkan Ahli Politik Melayu dan yang beragama Islam. Sungguh tak bermoral ada pemimpin jenis ini.

Penulis sudah mengetahui siapakah gerangan Ahli Politik yang dimaksudkan itu, namun penulis tidak berminat untuk mendedahkanya buat masa ini, namun sekiranya pembaca berminat untuk mengetahui siapakah gerangan Ahli Politik di dalam video tersebut bolehlah membaca artikel yang ditulis oleh PapaGomo atau KickDefella.

Keadaan ini memang memeranjatkan banyak pihak, sekiranya benar video tersebut dan video itu disahkan asli apa yang penulis kesalkan ialah kenapa di Malaysia ada pemimpin yang tak bermoral seperti ini, yang menyedihkan lagi pelakunya beragama Islam. Di mana maruah seorang Pemimpin Islam, sehinggakan sanggup gadaikanya demi nafsu serakah.

Pemimpin jenis ini tidak layak langsung untuk dinobatkan menjadi pemimpin kepada manusia malah ia lebih layak menjadi pemimpin kepada para Lembu, Para Ayam dan Para Itik dan semua jenis binatang kerana sekarang ini beliau sudah sama taraf dengan binatang.

Penulis berharap rakyat Malaysia jangan tertipu lagi dengan pemimpin-pemimpin jenis ini kerana pemimpin jenis ini yang akan meruntuhkan akhlak anak-anak muda remaja kita. Sepatunya sebagai pemimpin beliau perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kita ini tidak dia telah menunjukkan contoh yang tak bermoral kepada anak-anak kita, pemimpin jenis apa ini.

Adakah kita ingin biarkan perbuatan pemimpin ini? Adakah kita mahu keruntuhan akhlak di kalangan remaja-remaja kita terus bertambah? Adakah ingin kita benarkan semua ini berlaku kepada anak-anak kita dek kerana ada pemimpin yang tidak bermoral seperti ini? Fikir-fikirkanlah....


Baca Lagi!

Sunday, March 20, 2011

DUN Sarawak Bubar Isnin


DUN Sarawak Bubar Isnin
Oleh: yieMEGA

ISNIN ini bersamaan dengan 21 Mac 2011 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Dalam pengumuman yang dibuat kelmarin itu juga berlaku satu kejutan apabila Abdul Taib telah memberi jaminan beliau sudah bersedia untuk berundur, walaubagaimanapun beliau mahu mengetuai pilihan raya DUN Sarawak untuk kali terakhir pada kali ini sebelum beliau meletak jawatan.

Dalam artikel sebelum ini yang bertajuk "KM Sarawak Patut Berundur Atau Tidak" di dalam artikel penulis menjelaskan adakah patut KM Sarawak berundur atau tidak, secara kebetulan dalam pengumuman Taib di dalam sidang media mengenai pembubaran DUN Sarawak beliau sendiri telah memberi jaminan akan berundur walaupun bukan sebelum pilihan raya tetapi sekurang-kurangnya beliau melafazkan keinginan untuk berundur.

Marilah kita menunggu dengan penuh sabar, janji-janji yang telah dibuat oleh KM Sarawak itu. Dalam pada itu, penulis pasti orang ramai di luar sana pasti ternanti-nanti siapakah yang bakal menggantikan KM Sarawak sekarang selepas Abdul Taib Mahmud meletak jawatan.

Beralih pula kita kepada ramalan keputusan Pilihan Raya negeri Sarawak adakah ia akan memihak kepada BN atau sebaliknya. Sebelum ini, penulis pasti ramai orang melabelkan Sarawak adalah simpanan tetap buat BN. Penulis ingin nasihatkan kepada BN, jangan jadikan label 'simpanan tetap' alasan untuk berkempen secara ala kadar.

BN tidak boleh terlalu yakin dengan label 'simpanan tetap' yang diberikan, ingat rakyat Sarawak adalah manusia, dan lazimnya manusia sentiasa menilai daripada apa yang dilihatnya. Jadi petugas-petugas kempen BN haruslah mengambil pusing mengenainya.

Perlu diingatkan kegagalan pemimpin tempatan seperti ADUN menjaga kawasanya sebelum ini akan dinilai rakyat. Hasil daripada penilaian rakyat tersebut akan dizahirkan di dalam bentuk undi kepada parti yang menentang BN.

Itulah yang dinamakan politik, oleh yang demikian mulai sekarang semua petugas-petugas BN hauslah bekerja kuat mulai dari sekarang, ia juga termasuk pemimpin-pemimpin BN yang lain yang berada di Sarawak.

Baca Lagi!

Saturday, March 19, 2011

Layakkah PAS Ganti UMNO?

Layakkah PAS Ganti UMNO?
Oleh: yieMEGA

SEMALAM penulis berkunjung ke Bandar Jerteh, Besut, Terengganu dan secara tidak sengaja ternampak satu ceramah yang dianjurkan oleh PAS yang bertajuk PAS ganti UMNO. Kebetulan pula di kawasan yang berdekatan dianjurkan juga satu ceramah oleh UMNO yang bertajuk PAS Kluk - Klek. Tak tahulah adakah ia sengaja dibuat pada hari yang sama ataupun masing-masing ada alasan sendiri.

Namun, persoalan sebenar yang penulis ingin ulas pada hari ini ialah adakah PAS ini layak atau tidak nak menggantikan UMNO. Terang-terang apa yang penulis boleh katakan PAS tak layak untuk ganti UMNO.

Kenapa penulis berpandangan sedemikian? pasti soalan ini akan bermain-main di kepala setiap pembaca yang membaca artikel ini. Baiklah berikan penulis jelaskan mengenainya. Pertama sekali kenapa PAS tak layak ganti UMNO adalah, di dalam Barisan Nasional UMNO merupakan parti yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak berbanding parti komponen yang lain, sedangkan PAS di dalam Pakatan Rakyat bukanlah parti yang mendominasi Pakatan Rakyat jadi syarat utama untuk mengganti UMNO pun tidak cukup jadi bagaiamana nak ganti UMNO.

Kedua, UMNO dalam BN susah juga nak di control oleh parti-parti komponen yang lain, sedangkan PAS dalam Pakatan Rakyat saling tak tumpah seperti Kuda Tungangan oleh Parti-Parti Pakatan yang lain. Bagaimana nak ganti UMNO?

Ketiga, adakah PAS benar-benar boleh menguruskan negara lebih hebat daripada UMNO sedangkan beberapa negeri yang berada di bawah naungan Pakatan Rakyat kebanyakkanya mengalami masalah dan terus dilanda masalah.


Ada banyak lagi, yang boleh mengesahkan bahawa PAS sememangnya tidak layak menggatikan UMNO. Akhir kalam, pesan penulis pada PAS hentikanlah meniru idea orang, adalah lebih baik menggunakan idea sendiri, ini tidak tengok rakyat di Mesir buat revolusi kebangkitan rakyat, dia nak buat juga. Lama-lama kelamaan orang akan cap PAS parti cetak rompak pula. Fikir-fikirkanlah....

Baca Lagi!

Thursday, March 17, 2011

KM Sarawak Berundur Patut atau Tidak?

Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, Chief Mi...Image via Wikipedia
KM Sarawak Berundur Patut atau Tidak?
Oleh: yieMEGA

KETUA MENTERI Sarawak berundur patut atau tidak dipilih menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini. Ini adalah bersesuaian dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak semakin dekat. Sebagai memenuhi tanggungjawap penulis adalah lebih elok penulis mengulas mengenainya.

Penulis percaya persoalan yang timbul di kalangan rakyat-rakyat Sarawak termasuk juga pemimpin-pemimpin di Sarawak adalah patut atau tidak Ketua Menteri Sarawak sekarang ini berundur sebelum Pilihan Raya Negeri. Itulah persoalan yang penulis ingin rungkaikan pada hari ini.

Umum mengetahui Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah lama menjadi Ketua Menteri Sarawak. Pada pandangan penulis ia patut berundur dan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin muda, masa yang terbaik adalah sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Sebarang tindakan yang kita buat haruslah yang kurang risikonya, pada pandangan penulis sekiranya Abdul Taib Mahmud terus mengetuai Kerajaan Negeri Sarawak ia akan mendatang risiko yang besar terutamanya terhadap BN, Abdul Taib perlu mengambil ikhtibar dengan peristswa kejatuhan Kerajaan BN Terengganu pada tahun 1999 ekoran daripada keenganan Tan Sri Wan Mohktar Ahmad melepaskan jawatan akhirnya membawa padah apabila Kerajaan BN Terengganu BN tumbang pada tahun 1999.

Dalam Islam sendiri pun, mengalakkan umatnya membuat sesuatu perkara yang kurang dari segi risikonya atau dengan kata lain kurang musibahnya. Sebelum nasi menjadi bubur adalah lebih elok dan molek benar kalau Abdul Taib Mahmud berundur. Perlu ditegaskan di sini, tujuan penulis menulis artikel ini bukanya untuk menjatuhkan Abdul Taib tetapi sebagai teguran membina demi memastikan kesinambungan pemerintahan BN di Sarawak.

Tempoh pemerintahanya juga sudah melayakkan beliau untuk mengundurkan diri dan melepaskan jawatan yang dipegangnya sekarang kepada individu lain. Penulis percaya sekiranya ini keputusan yang dibuat oleh Abdul Taib rakyat Sarawak sendiri akan gembira dengan keputusan yang dibuatnya.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Thursday, March 10, 2011

Apa akan jadi jika GSTT Menjadi Penjawat Tetap



Apa akan jadi jika GSTT Menjadi Penjawat Tetap
Oleh: yieMEGA

GSTT adalah akronim kepada Guru Sandaran Siswaza Tidak Terlatih. Kendengaran pihak Kerajaan sedang mengkaji untuk menyerap guru GSTT ini sebagai Guru Tetap keputusan mengenainya akan diumukan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu depan.

Sebelum kita pergi lebih jauh, apa yang penulis nak bincangkan pada hari ini ialah Apa Akan Jadi Jika GSTT diserap menjadi penjawat tetap. Persoalan ini adalah suatu perkara penting dan perlu dibincangkan bersama.

Terlebih dahulu ingin penulis tegaskan di sini, bukanlah tujuan penulis menerbitkan artikel ini untuk merendah-rendahkan kredibiliti guru-guru GSTT, namun apa yang penulis ingin sampaikan biarlah ia mengikut keutamaan.

Adakah Kerajaan sedar atau tidak di luar sana, masih ramai graduan-graduan yang mengikuti kursus pendidikan di IPTS masih tidak dapat bertugas sebagai guru, sepertimana yang kita semua tahu GSTT adalah asalnya daripada mereka-mereka yang tidak berasal daripada bidang pendidikan. Jadi siapa yang patut diberi keutamaan.

Penulis sendiri mendapat maklumat graduan pendidikan daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) masih ramai yang belum mendapat tempat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran. Sedangkan mereka ada kelayakkan kalau nak dibandingkan dengan GSTT.

Mereka-mereka seperti ini perlu diberi keutamaan untuk menjadi Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST). Mengikut apa yang disampaikan kepada penulis, jarang sekali permohonan untuk Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) keluaran IPTS dibuka dan kebanyakkan permohonan adalah menumpukan kepada siswazah keluaran IPTA semata-mata.

Kerajaan perlu sedar, kebanyakkan graduan-graduan pendidikan IPTS membuat pinjaman daripada badan-badan kerajaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Yayasan-yayasan negeri dan ada juga yang membuat pinjaman daripada Bank.

Sekiranya mereka gagal mendapat kerja bagaimana mereka hendak membayar pinjaman-pinjaman tersebut. Oleh yang demikian sebelum kerajaan memutuskan untuk menyerap GSTT adalah lebih baik mereka menerima graduan-graduan pendidikan daripada IPTS yang masih menganggur ini.

Kerajaan perlu mengambil keputusan yang tepat berhubung hal ini agar di kemudian hari tidak pula timbul masalah lain. Bagi penulis graduan pendidikan yang masih menganggur adalah lebih berkelayakkan untuk diserap menjadi guru tetap.

Baca Lagi!

Wednesday, March 9, 2011

Memperkasakan Umat Islam Di Malaysia


Memperkasakan Umat Islam Di Malaysia
Oleh: yieMEGA

UMAT ISLAM di Malaysia merupakan suara majoriti di negara kita ini. Tujuan penulis mengentengahkan artikel ini adalah lebih kepada bertujuan untuk memperkasakan umat Islam di Malaysia, ini adalah kerana sejak akhir-akhir ini penulis dapat lihat umat Islam di Malaysia semakin hari semakin lemah.

Perlu diingatkan artikel penulis ini lebih kepada Islam dalam konteks agama dan tidak ada kaitan dengan mereka yang mempergunakan Islam untuk kepentingan politik dan kuasa. Buat masa ini penulis tidak mahu menyentuh mereka yang mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.

Kekuatan Umat Islam perlu diperkukuhkan di perkasakan lagi di Malaysia ini, perlu diingatkan sekiranya Umat Islam di Malaysia tidak kuat, musuh-musuh Islam akan jadi lebih kuat dan dikhuatiri ia akan membahayakan kedudukan Umat Islam di Malaysia.

Memperkasakan Umat Islam di Malaysia bukanlah bermakna kita melatih umat-umat Islam untuk menjadi pejuang-pejuang Islam. Banyak cara lain lagi kita boleh memperkuatkan kedudukan Umat Islam di Malaysia.

Misalnya, kita boleh memperkuatkan Umat Islam di Malaysia dengan menyeru umat-umat Islam agar bersatu dan berganding bahu untuk mengadakan Jihad Ekonomi. Pada hari ini, umat Islam di Malaysia masih ketinggalan dari segi ekonomi kalau nak dibandingkan dengan penganut agama lain.

Oleh yang demikian, di dalam jihad ekonomi marilah kita berganding bahu untuk memastikan kuasa ekonomi di negara kita akan dikuasai oleh umat-umat Islam. Perkara ini tidak mustahil sekiranya kita semua sebagai umat Islam berusaha keras dan bersungguh dan bukanya melakukan sesuatu perusahaan yang membabitkan ekonomi hanya sekadar melepaskan batuk di tangga semata-mata.

Sampai bila kita nak biarkan umat Islam di negara kita terus ketinggalan dan sentiasa berada di barisan belakang apabila ianya melibatkan ekonomi. Sudah tiba masanya kita berusaha sekeras-kerasnya untuk memperkasakan lagi umat-umat Islam di Malaysia.

Ingat, Islam bukan sekadar Solat Lima waktu, menunaikan haji, menunaikan ibadah puasa dan lain-lain lagi semata-mata. Umat Islam perlu sedar dan akur bahawa pekerjaan adalah satu ibadah dan jihad ekonomi juga satu ibadah.

Marilah bersama-sama kita mengemudi bahtera Islam agar ianya dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan tamadun Islam yang dulu kala. Fikir dan renung-renungkanlah demi kekuasaan umat Islam di Malaysia.

Baca Lagi!

Monday, March 7, 2011

BN Tidak Boleh Selesa dengan Siri Kemenangan PRK


Justify FullBN Tidak Boleh Selesa dengan Siri Kemenangan PRK
Oleh: yieMEGA

BARISAN NASIONAL tidak boleh selesa dengan beberapa siri kemenangan Pilihan Raya Kecil sebelum ini, sepertimana yang sedia maklum BN telah banyak kali memenangi PRK di dalam beberapa siri PRK sebelum ini dan yang terbaru ialah PRK Merlimau dan Kerdau di mana BN berjaya memenangi kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri tersebut.

Penulis ingin mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin BN tidak mengira apa pun jawatan mereka, walaupun mereka banyak memenangi beberapa siri PRK ia tidak bermakna BN boleh merasa selesa untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang penulis sendiri tidak tahu bila ia akan diadakan.

BN perlu ingat sebelum PRU12 yang lepas, BN telah melalui beberapa siri kemenangan di dalam PRK sebelum PRU12 seingat penulis yang terakhir sebelum PRU12 BN telah memenangi PRK DUN Ijok oleh kerana terlalu selesa dengan beberapa siri kemenangan pilihan raya kecil akhirnya di dalam PRU12 BN telah diberikan pengajaranya apabila parti hampir tersebut kehilangan majoriti dua pertiga di dalam Dewan Rakyat dan Kerajaan Barisan Nasional hanya dibentuk dengan majoriti mudah. PRU12 setakat ini adalah prestasi terburuk buat BN.

Oleh yang demikian, BN tidak boleh merasa selesa dengan beberapa siri kemenangan PRK sebelum ini kerana bagi penulis kemenangan tersebut adalah bersifat sementara, jadi adalah lebih baik BN menumpukan usaha untuk terus memperkasa parti di dalam membuat persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 yang bakal mendatang.

BN tidak boleh leka dengan kemenangan-kemenangan yang dilalui sebelum ini, malah BN perlu bekerja dengan lebih kuat lagi agar tragedi Tsunami Politik pada PRU12 tidak berulang lagi sepertimana kata pepatah melayu yang berbunyi "Jangan biarkan pisang berbuah dua kali".

Peringatan ini sengaja penulis berikan agar BN tidak terus tenggelam dan terleka dengan beberapa siri kemenangan di dalam PRK sebelum ini. Sudah tiba masanya mereka perlu melipatkan gandakan usaha dan apa yang penting setiap apa yang dibuat mesti dahulukan rakyat.

Ini adalah bersesuaian dengan slogan 1Malaysia yang seringkali dilaung-laungkan kini iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan. Ingat jangan pula slogan ini hanya tinggal slogan. Ingatlah apa yang penting rakyat mesti di dahulukan.

Baca Lagi!

Saturday, March 5, 2011

Revolusi Mentaliti Umat Melayu

Revolusi Mentaliti Umat Melayu
Oleh: yieMEGA

REVOLUSI Mentaliti Umat Melayu sengaja penulis memilihnya untuk menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini. Tujuanya ialah tiada lain untuk merubah mentaliti umat Melayu dan tiada niat walau sedikitpun ataupun sebesar zarah sekalipun untuk menghina atau merendah-rendahkan umat Melayu, niat saya ialah untuk mempertingkatkan keupayaan Melayu kerana saya pun Melayu (meminjam ungkapan yang diberikan oleh Zaid Ibrahim).

Hari ini kita lihat bangsa Melayu semakin layu dan lemah, masalah sosial turut menyerang anak-anak muda remaja Melayu kita. Selain itu, bilangan pembabitan anak-anak Melayu di dalam kes-kes jenayah terus meningkat saban hari. Ini sesuatu yang merbahaya kepada umat Melayu kita jika tidak ditangani dengan segera besar kemungkinan anak-anak Melayu di satu hari nanti akan senasib dengan anak-anak Melayu di Singapura.

Jadi hari ini penulis ingin membuat seruan kepada semua umat Melayu dan anak-anak Melayu seluruh Malaysia agar bersama-samalah kita membuat Revolusi Mentaliti Melayu. Fikirlah sejenak sampai bila kita mahu biarkan bangsa kita terus dihina, dihina dan dihina lagi.

Bangkitlah wahai umat Melayu sedarlah daripada tidurmu, jangan bermimpi di siang hari lagi. Tiba masanya kita merubah kehidupan kita. Tingkatkan usahamu agar bangsa kita tidak akan dihina lagi. Marilah kita buktikan kepada dunia yang umat Melayu boleh lakukanya.

Hari ini, kita masih belum mendengar lagi anak-anak Melayu boleh membuat kapal terbang, boleh membuat senjata untuk kelengkapan perang, malah kita tidak boleh lihat pun anak-anak Anak Melayu yang boleh mencipta sekecil-kecil jarum.

Kini tiba masanya kita buktikan kepada dunia yang Umat Melayu boleh lakukanya dengan lebih hebat lagi. Berusahalah agar di suatu hari nanti ada anak-anak Melayu yang mampu membuat Kapal Terbang, membuat senjata dan kelengkapan perang dan pelbagai peralatan yang canggih yang lain.

Hentikanlah perbuatan yang membuang masa, berhentilah menjadi bangsa yang suka membuang masa. Ubahlah menjadi satu bangsa yang pentingkan masa dan anggaplah masa itu emas tak pun masa itu wang.

Marilah bersama-sama kita membuat revolusi mentaliti bangsa kita, berusahalah agar kita tidak lagi menjadi bangsa yang masih berpegang kepada mentaliti subsidi. Berusahalah sekeras-kerasnya agar bangsa kita terus Maju dan musuh-musuh bangsa kita terus kecut perut dengan kedudukan kita.

Ingatlah berapa lama lagi bangsa kita mampu bertahan, kita tak tahu esok milik siapa. Jangan dibilang esok masih ada, ingatlah esok mungkin bukan milik bangsa kita lagi. Anak-anak Melayu di bangku pelajaran tingkatkan usahamu agar kamu akan lulus cemerlang.

Sudah tiba masanya kita membuat perubahan drastik terhadap bangsa kita sendiri. Jangan biarkan kita akan menerima nasib yang sama sepertimana rakan-rakan serumpun kita di Singapura.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin